Special Episod (Part 3)

2K 183 15
                                    

Cerah

"Haih..bosannyaaaa." Aku melepaskan keluhan berat lalu badanku jatuh lemah ke atas katil bujang milik aku.

  Aku memandang ke luar tingkap sambil badan aku tertiarap di atas katil. Cerah sungguh cuaca hari ni erk? Kalau masa depan aku cerah macam ni kan bagus.

"Wonwoo dah nak kahwin.." ucap aku perlahan sambil di fikiran aku terbayang-bayang wajah Wonwoo ketika kecil.

  Aku ingat lagi, masa kami kecil...aku ni jenis tak mudah terima kekalahan. Apa je yang Wonwoo dapat, aku mesti WAJIB dapat.

   Tapi itu yang menyebabkan aku bencikan diri aku yang dahulu. Aku suka dengki si Wonwoo tu sampaikan bapak dia pun aku nak hasut. Fakta yang menerangkan aku dan dia merupakan sepupu langsung tidak menyenangkan hati aku. Lagi benci adalah.

Tapi persoalannya...apa yang membuatkan aku benci sangat pada dia? Kenapa aku iri hati sangat dengan sepupu kandung sendiri?

Ah...hampir aku terlupa. Dia ada kelebihan dalam permainan berlawan.

Karate? Taekwondo? Satu-satunya kelebihan dia ada yang aku tak ada.

  Bukan itu sahaja, bakal pengantin dia...apa nama dia? Mona, Bama?  Oh Mina.

    Muka dia..muka dia hampir sama dengan bekas teman wanita aku. Okay tak adalah sama sangat tapi ketinggian mereka dan rambut lurus berwarna hitam mereka lebih kurang sama. Tengokkan wajah dia membuatkan aku teringat kembali peristiwa teman wanita aku meminta kata putus aku untuk kami berpisah.

  Apa kelemahan aku? Nak kata aku playboy, aku jarang-jarang lepak dengan yeoja-yeoja lain. Muka aku kalau nak diikutkan boleh tahan kacak lah juga. Tapi still, urgh.

   Rupa-rupanya dia dah tak sukakan aku. Aku terdengar gosip mosip Jemah Jemuh kata dia dah sukakan Wonwoo. Perempuan spesies macam ni pun ada ke? Kapel ngan orang lain tapi sukakan orang lain. Watde Poop? Perempuan memang sukar nak dipercayai. Asyik-asyik namja juga dipersalahkan.

Okay kenapa aku emotion tiba-tiba ni. Wakey wakey Taehyung! Sekarang kau dan Wonwoo dah berbaik. Kau sepatutnya gembira dengan khabar perkahwinan ni! Bukan makin cemburu!

TOK TOK TOK

TOK TOK TOK

PANG PANG PAN-

"WOI!!" Aku cepat-cepat membuka tingkap bilik aku.

" Wat the hell  KAI? Kenapa kau nak ketuk tingkap aku juga?! Pikir rumah aku ni letak kat atas hutan ke?" Aku menyoal Kai dengan nada yang bengang. Eii orang minyak sorang ni...perlu ke kau panjat rumah aku sampai ke bilik aku?

  "Rilek brader. Seribu kali ketuk pintu rumah kau seribu kali juga kau bajet pekak. Ha, aku nak minta tolong kau ni . Tentang perkahwinan Wonwoo-"

"Wonwoo? Asal nak minta tolong aku? Pikir aku ni apa? Slave kau?" Cepat-cepat aku menyampuk percakapannya dengan mengutarakan soalan yang bertubi-tubi keluar dari mulut aku.

  Macam mana aku boleh kenal si Kai ni? Let just say kitorang pernah satu sekolah tadika. Dan tengok-tengok dia sama sekolah menengah dengan Wonwoo. Banyak pula kebetulan berlaku dalam hidup aku ni.

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now