Episod 14: Failed

2.6K 292 13
                                    

--- P.O.V

Aku memerhati gerak-geri Krystal. Aku takkan benarkan dia mengganggu Mina lagi. Walaupun aku bukan sahabatnya, aku tetap berkeras untuk menghalang Krystal daripada terus-terusan membulinya.

Aku juga pernah melalui kes sebegini. Dibuli, dikecam dan bermacam lagi. Namun kali ini aku harus menegakkan keadilan. Setahu aku Mina pelajar yang bijak dan baik dan tidak sepatutnya pelajar terbaik itu menjadi target Krystal Jung yang suka membuli bagaikan dunia ini miliknya.

Watch Out Krystal. Im watching you..

●●●●●●

Third Person P.O.V

"Weh buku tu bosan sangat. Buku lain tak ada ke?"

"Eh! Buku paranormal? No no. Kat sekolah tak ada mood seram sangat lah. Tukar!"

"Buku cinta? Maaf aku terlalu hot untuk baca menda alah tu."

Buntu...buntu! Apa lah si mamat Wonwoo ni nak? Dah lah ikut orang ke perpustakaan and then minta tolong carikan buku untuk dia. Kalau tu tak apa lagi tapi...Cerewet!

"JEON WONWOO."

"Apa dia?"

"Just baca dan duduk diam. Masa rehat ni satu-satunya masa untuk aku cari ketenangan. See? Aku dah sampai mukasurat 295. Lagi sepuluh mukasurat and buku ni akan sampai penamat. Tapi sebab kau memilih sangat, aku terpaksa postpone penamat tu esok. Itu pun belum tentu-" belum sempat menghabiskan kata-kata daripada mulut, Wonwoo laju sahaja mencelah.

"-Kenapa kau nak baca buku-buku tu sedangkan kau boleh je tengok muka aku yang hensem mengalahkan Lee Min Ho ni?" Selamba sahaja percakapannya. Dia tak tahu yang setiap hari Mina renung dia bila ada kesempatan datang menjelma.

Mina menghela nafas panjang. "Ok last time. Buku apa kau nak baca?" Kini nada Mina bertukar serius. Tidak mahu lagi menahan muka merah dek kerana ayat selamba Wonwoo yang mudah sangat mencuri hatinya.

Mata Wonwoo melekat ke atas sambil memikirkan sesuatu. Kemudiannya barulah dia menatap matanya semula ke arah Mina. ( Ayat kling ii )

"Aku nak baca buku...." Perlahan-lahan jari telunjuk Wonwoo menuding ke arah Mina. "....diary kau."

Senyap sunyi.

Haih...Mina mengeluh. Penat hati menanggung beban malu yang dirasainya.

"Wonwoo. Dah tentu jawapannya TIDAK BOLEH."

"Arasseo-arasseo. Aku gurau je. Baiklah aku nak buku paranormal tu tadi. Kau ni susah betul nak ajak gurau." Wonwoo menjuihkan bibirnya sambil tangannya menyambut perlahan buku paranormal yang diberi oleh Mina.

"Aaaaaaaak!!!!" Serta-merta Wonwoo dan Mina menoleh selepas terdengar jeritan seseorang yang nyaring dan menyeramkan.

"Bunyi apa tu? Macam dekat sini je bunyinya?" Soal Mina kepada Wonwoo sambil tidak henti-henti matanya memandang sekeliling. Mina yakin benar suara itu muncul berdekatan dengan library tetapi tak ada pula bunyi tembakan atau bunyi barang terjatuh?

Wonwoo hanya menjongketkan bahunya. "Ilusi kita agaknya."

Betul juga..Mungkin hanya ilusi kita...desis hati Mina.

Tap! tap! Sesuatu menepuk bahu Mina laju. Segera Mina menoleh ke belakang.

"Eh awak ni..

...Jung Yein?"

"Anyeong...kita jumpa lagi nampaknya." Yein tersenyum manis ke arah Mina.

"Oh...erm..."

"Jadi awak berdua dating bersama di perpustakaan ya?" Soal Yein selepas mendapati Mina seperti janggal untuk berborak dengannya.

"Tak."

"Yup."

Mina menjeling Wonwoo tajam. Malang sekali, Wonwoo tidak mengendahkan jelingan yang diberikan oleh Mina. Yein tergelak kecil melihat gelagat mereka berdua itu.

●●●●●

"What the hell! Siapa yang jatuhkan aku tadi hah!? Baru je aku nak campak kamus tebal tu pada Mina. Nampak tak apa yang dah jadi ni!?" Aduh Krystal. Amarahnya membuak-buak di dalam dada.

Baru sahaja tadi dia, Luna dan Victoria berusaha mencari buku kamus yang tebal dan mempunyai buju tajam. Tujuannya adalah untuk mencederakan Mina dengan kamus tersebut. Memandangkan rak-rak di library terlalu tinggi, mereka perlu menggunakan tangga supaya mudah untuk Krystal membaling kamus tersebut dari atas rak library.

Malang sekali, tangga tersebut hilang skrunya. Ini menyebabkan Krystal hilang kawalan imbangannya dan akhirnya jatuh mendarat hampir terkena lantai. Nasib baik badannya sempat disambut oleh Luna dan Victoria namun punggungnya sahaja yang tidak selamat kerana terlebih dahulu mengetuk lantai.

"S-Sorry Krys! Sumpah kitorang tak tahu langsung tentang skru tu!" Bersungguh-sungguh Luna mempertahankan dirinya dan Victoria dari dimarahi Krystal.

"Ah! Sudahlah!" Tingkah Krystal. Jikalau dia tahu siapa yang mencabut skru tersebut, siap orang tu dikerjakan olehnya!

Sedang tiga sekawan itu sedang berada dalam kekecewaan yang mendalam, seseorang melihat mereka dari jauh. Dia tersenyum sinis.

Siapa lagi kalau bukan...

Jung Yein.

Dia yang mengaturkan semuanya agar rancangan Krystal gagal.

"Mian Krystal but you has failed." Kata Yein perlahan sambil tersenyum sebelum berjalan pergi menuju ke arah Mina dan Wonwoo.

●●●●●

Shitty part of the year ;-; mian

Correction sedikit. Saya lupa mid-year exam ni semua matapelajaran masuk jadi saya exam 22 sehingga 26 May dan bukan 24. Andai kata saya terkasar bahasa, maafkan saya dan jangan lupa

Vote and Comment ^^

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now