"Ini..." Wonwoo meneliti buku tersebut.
Dan entah mengapa, tiba-tiba dirinya terasa hendak membaca diary kepunyaan yeoja yang dia sudah mulai jatuh cinta terhadapnya itu.
●●●●●
Jungkook sedang berseorangan di tasik kecil kepunyaan bapanya. Leka termenung ke arah ikan emas yang dibelanya sejak kecil. Dinamakan ikan itu sebagai Leo, entah kenapa. Mungkin kerana namanya itu sedap didengar.
"Leo, betul ke apa aku buat ni?" Jungkook berbual bersama Leo walaupun dia tahu Leo tidak mungkin akan menjawab persoalannya.
"Aku cuma nak buktikan pada hyung yang aku ni kuat. Aku tak suka tengok bila dia dekat dengan Yuju. Walhal hyung tahu aku sukakan Yuju sejak dari dulu lagi." Jungkook meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Leo hanya menjadi pendengar setianya di dalam tasik kecil tersebut.
"Aku iri hati dengan hyung. Sebabkan aku, Mina dalam bahaya. Aku pengecut. Aku yang beritahu eomma dan appa tentang ibu Mina. Dan tengoklah sekarang, kucar-kacir semuanya." Ujarnya lagi. Kesal.
"Apa patut aku buat, Leo?"
....
"Betul juga, kau takkan faham apa yang aku kata..." Jungkook tersenyum hambar. Dia mengerti bahawa Leo hanyalah seekor ikan emas yang tidak boleh bercakap.
"Jungkook." Satu suara menyapa Jungkook dari arah belakang.
Jungkook menoleh dan matanya membuntang.
"Yu-Yuju?"
●●●●●
Diary 1
Hai diary. Nama saya Kwon Mina. Saya dalam darjah tiga di sekolah. Gembira sangat hati saya bila appa belikan diary ni untuk saya. Appa kata saya boleh luahkan apa yang terbuku dalam hati saya.
Thank you appa. Saranghae...
Wonwoo tergelak kecil membaca ayat Mina. Memang seperti budak kecil. Desis hati Wonwoo. Dia ke mukasurat seterusnya.
Diary 2
Diary, saya menangis lagi hari ni. Krystal tak habis-habis panggil saya miskin. Dia kata orang yang darjatnya tinggi berhak membuli orang yang berdarjat rendah.
Saya tak setuju dengan apa yang dia kata.
Semua orang berhak mendapat kebahagiaan.
Wonwoo terpegun. Mina walaupun ketika itu dia baru berumur sembilan tahun, dia tahu pandangan apa yang benar dan apa yang salah.
Diary 3
Diary, tadi saya ternampak ada seorang budak lelaki ni masa saya hendak ke sekolah...dia panjat pokok semata-mata mahu selamatkan anak kucing yang tersangkut kat dahan pokok tu.
Baik betul hati dia kan?
Diary 4
YOU ARE READING
My Crush Stole My Diary
FanfikceKwon Mina telah lama memendamkan perasaannya terhadap Jeon Wonwoo. Ya, itupun setelah sembilan tahun mereka tidak bersua muka. Sehinggalah pada suatu ketika, diary kecil milik Mina telah hilang. And guess what? Diary itu ada pada Jeon Wonwoo itu se...