Tok
Tok
Tok"Masuk."
Kreakk...
"Tuan." Seorang lelaki yang lengkap berpakaian kemeja kemas menunduk 90° darjah ke arah seseorang. Tertera di nametag nya bernama MyungSoo.
"Ada apa?" Kata seorang lelaki sambil membancuh teh di meja nya.
"Ada orang nak jumpa tuan. Madam-"
"Suruh dia masuk." Potong lelaki itu. MyungSoo mengangguk faham lalu berlalu keluar dari bilik majikannya itu.
Pintu dibuka semula perlahan-lahan.
Berdiri seorang wanita dalam lingkungan 30-an menghadap lelaki tersebut. Dia menutup semula pinru itu dengan perlahan.
Lelaki tersebut tersenyum. "Choi Ji Woo. Lama tak jumpa."
"Kau pun sama, Jeon Ji Sung." Balas semula wanita bernama Ji Woo itu dengan penuh berhemah.
"Hrm...marilah minum dahulu. Aku tahu kau pasti ada tujuan datang ke sini bukan?" Ji Sung menuang air teh panas ke dalam dua bekas cawan yang berhias bunga matahari.
Ji Woo tanpa berkata apa-apa terus duduk berhadapan dengan Ji Sung. Dia menyambut gelas panas yang diberi oleh Ji Sung dan terus meminumnya dengan berhati-hati.
Usai menikmati air teh yang suam-suam panas itu terus sahaja Ji Woo berbicara. "Mana anak-anak aku?"
Ji Sung tergelak.
"Bagus betul kau masih ingat kat anak-anak kau. Ada. Anak kau ada dekat Seoul ni. Kau jangan risau." Ji Sung kembali menghirup air teh di tangannya.
"Bukan tu je yang aku risau. Aku cuma nak sampaikan berita ni pada kau..." Ji Woo memandang tepat ke dalam ajak mata Ji Sung.
"...yang aku pasti akan buat kau takut."
Ji Sung mengangkat kening sebelahnya. "Apa maksud kau? Berita apa yang aku tak dengar lagi?"
Ji Woo menarik nafasnya perlahan. "Sung In. Dia..
...dia masih hidup."
Serta merta gelas yang berada di tangan Ji Sung jatuh menghempas lantai sehingga pecah.
"Kau..kau buat lawak ke? Mustahil pompuan tu hidup lagi. Aku ada bukti yang dia dah mati."
"Heh. Aku nak berlawak dengan jantan macam kau? Jangan harap. Lagipun aku yang upah mahal ejen khas aku dan mustahil dia salah. Aku ada bukti kukuh nak bagi kau percayakan aku." Ji Woo mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.
"Ini..." Ji Sung memerhati beberapa keping gambar yang diberi oleh Ji Woo.
Kreak... pintu dibuka secara tiba-tiba. Ji Woo cepat-cepat menyimpan gambar-gambar tersebut ke dalam beg tangannya semula.
...
Ji Woo dan Ji Sung memandang remaja lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.
"Eomma?" Wonwoo tidak mengedipkan matanya selepas melihat kelibat Ji Woo yang tercengang memandang wajahnya.
Ji Woo dengan segera memeluk tubuh Wonwoo erat.
"Anak eomma. Eomma rindu kamu! Ke mana je kamu pergi sayang?" Ji Woo memberi ciuman sekilas di pipi anaknya itu.
"Besar dah kamu ni. Eomma tak sangka masa berlalu begitu cepat." Ji Woo memeluk semula badan anaknya itu. "Mana adik kamu? Eomma rindukan dia juga."
YOU ARE READING
My Crush Stole My Diary
Fiksi PenggemarKwon Mina telah lama memendamkan perasaannya terhadap Jeon Wonwoo. Ya, itupun setelah sembilan tahun mereka tidak bersua muka. Sehinggalah pada suatu ketika, diary kecil milik Mina telah hilang. And guess what? Diary itu ada pada Jeon Wonwoo itu se...