Episod 42: Oh-Oh

1.9K 203 11
                                    




Dan aku menoleh untuk melihat...

.....Mingyu yang sedang tersenyum ke arah aku.

"Hey." Sapa Mingyu masih tersenyum mangkuk ke arah aku.

"Hey." Balas aku tenang. Dia ke pemberi mesej Unknown tu?

"Apa kau buat kat sini?" Soalnya.

Eik...

"Urm, nak kena jumpa someone lah. Yang kau ni pula, buat apa kat taman ni?" Soalku balik. Yes aku dah tak ada topik lain nak dibincangkan.

"Saja. Ambil angin." Jawabnya ringkas.

"Ambil angin ke buang angin?"

"Hurm dua-dua boleh kot." Mingyu tergelak. Eew tak senonoh. Eh kejap aku yang soal dia benda tu aku lah yang tak senonoh. Adui mak ilai-ilai...

"Weh Mina. Kebetulan kau ada kat sini, aku nak tanya sesuatu boleh tak?" Mingyu menyoal dengan nada sedikit excited.

"Tanya apa?" Aku menjongketkan kening aku sebelah.

Mingyu menoleh kiri kanan sebelum mendekatkan diri dia kepada aku. Gaya dah macam kitorang dua ni jadi ejen cari pembunuh bersiri bla bla bla .... melalut sudah.

Disebabkan Mingyu ni sama tinggi macam tiang lampu tepi jalan, dia membengkokkan lutut dia bagi paras kepala sama dengan paras telinga aku.

"Kawan kau Yein tu...dia single tak?" Bisik Mingyu perlahan. Aku ternganga. Oh oh, Yein you have a new secret admirer!

"Haah dia single. Setakat ni tak jumpa pula kembar DOUBLE iras dia kat mana-mana." Jawab aku dengan nada tenang. Hahaha saja je uji mamat ni dengan lawak katak aku yang hambar nak mampus.

"Serius lah." Mingyu dah pasang muka serius dia. Oh oh~

" Haih... ya dia single. Setakat ni aku tak pernah dengar pun dia berkapel bagai. So...kau ada chance kot dengan dia?"

Wajah Mingyu berubah ceria. "Serius? Weh bagi nombor telefon dia boleh?" Dia keluarkan henfon jenama Samsung dia dan mula membuka aplikasi Phone dan sudah bersedia untuk menaip nombor pada keyboardnya.

" Eii tak macho lah minta nombor telefon macam ni. Kang nanti tak pasal-pasal Yein bunuh aku macam mana? Kau nak sponsor kubur untuk aku?"

"Haah ya aku sponsor. Aku ada banyak cara nak jadi macho dan aku yakin Yein tak kejam sangat sampai nak bunuh orang macam kau ni. Sekarang, bak nombor fon." Mingyu berkeras.

Dasar namja tak makan saman. Puih.

Aku terus membuka henfonku dan mencari nama Yein di senarai nama kenalan aku. Selepas aku terjumpa nombor Yein aku terus berikan telefon aku kepada Mingyu untuk beri dia salin nombor telefon Yein yang tertera pada skrin telefon aku. Harapnya ayat ni tak berbelit untuk dibaca.

Siap salin and save nombor fon Yein, Mingyu memulangkan telefon aku. "Thanks weh. Aku hutang kau satu."

"Hmm yelah-yelah. Goodluck." Ucapku. Mingyu mengangguk lalu melambaikan tangannya dan berlalu pergi dari situ. Aku membalas lambaiannya.

Tiba-tiba aku teringat semula tujuan aku datang ke sini.

Unknown tu! Mana dia!? Sekarang dah pukul lima suku!

Pasrah, menyerah. Aku kena mesej nombor tu.

Hey, saya dah lama tunggu. Mana awak? Tak muncul-muncul pun lagi...

Send.

Ting! Mesej masuk. Aku segera membaca mesej tersebut.

Forget it.

Wadda.... dah kenapa pula ni? Tadi bukan siap main emotic senyum lagi.

Fine. Aku balik je dulu. Sekejap, aku cuba nak mesej Wonwoo sama ada dia dah makan ke belum. Tiba-tiba pula ada mood nak ajak makan bersama.

Urm, sebagai kawan? Aduh sakit hati dengar perkataan tu.

Hey Wonwoo. Urm, dah makan? Kalau belum jom lah makan sama-sama kat Seoul Mall. Aku belanja.

Send.

Woah, kali pertama aku ajak Crush keluar makan. Yang hebatnya yeoja yang berani belanja namja. Dunia terbalik lah kau ni Mina.

Ting!

Dia dah reply.

Omo, gemuruhnya.

Kau ajak lah Mingyu makan. Nak buat apa ajak aku.

A
P
A
K
A
H
?

Wait wait wait...kenapa dingin semacam je ni? Apa salah aku pula kali ni? Wonwoo nampak aku dan Mingyu kat taman ni ke? Wonwoo ada datang ke taman Cheonsa ni ke tadi?

Apa guna aku tanya sorang-sorang. Takkan ada yang jawab pun.

Haih....aku terus duduk di sebuah bangku yang disediakan di taman Cheonsa tersebut.

Paboya Mina.

Aish Jinjja..! Aku mengusutkan rambut aku. Lalu aku mendongak memandang langit.

Cerah sungguh langit.

Tapi tak secerah wajah aku. Sebab? Wajah aku dah kusut!

Aku harap episod kegelisahan aku akan berakhir. Aku tak suka konflik macam ni berlaku pada aku...!

●●●●●●

Wonwoo merenung skrin telefonnya. Terpapar wajah ceria Mina yang diambil secara tidak sengaja.

"Aku tak suka...." Wonwoo menggenggam telefonnya. Dia mengetap bibir.

Kwon Mina...aku akan tunjukkan pada kau...desis hati Wonwoo.

●●●●●

Busy, busy, busy!

Maaf ya kalau chap kali ini tak berapa seronok. Aigoo author really busy lah 😢

Btw check out ff author lagi satu yang bertajuk Boo's Diary! Kalau ada Carat yang sukakan MakcIk Diva Boo tu, dialu-alukan untuk baca! <3

Ps: Media diatas tu sila abaikan ya. Sebab gallery author dah penuh. Huhu sayang nak delete ಠ ∩ಠ






My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now