8. Go Out With Eunji

1.5K 110 5
                                    

-SKIP-

Di Rainbow Café ,

"Aish .. Mana Eun Na ni ?" Eunji memandang ke jam di pergelangan tangannya beberapa kali .

Seketika kemudian ,

"Eunji ah !" Aku duduk di hadapannya .

Aku perasan expression muka Eunji berubah masam . Ni semua salah Sehun ! Kalau lah dia cepat sikit tadi mesti aku tak lambat nak jumpa Eunji .

"Awalnya kau datang . Kenapa tak datang lagi 10 minit ?" Perli Eunji .

"Alahh .. Sorry lah . Kenit buat hal tadi . Sorry tau ." Kelentong ku .

Mianhaeyo , Kenit .. Noona terpaksa guna nama kau .

"Iye lah . Kau nak minum tak ?" Soal Eunji .

"Hmm .. Tak apa kot . Jom lah ." Ajak ku .

Kami keluar dari café tu . Aku perasan Sehun mengikuti kami dari jarak jauh . Macam spy pulak gayanya . Kami berhenti di sebuah butik pakaian . Rekaan bajunya semua mengikut trend terkini . Aku tertarik pada sehelai T-shirt ni . Rekaannya sungguh ringkas dan sesuai dengan gaya ku .

"Eun Na ah .. Jom pergi tempat lain . Aku bosan lah kat butik ni ." Ajak Eunji . Dia menarik-narik tanganku .

Aku hanya mengikut . Mata ku merenung ke arah T-shirt tu buat seketika sebelum pergi dari situ .

"Cantiknya baju tu .. I wish I can get that shirt ." Kataku dengan nada yang hampa .

"Alahh .. Nanti kita patah balik kat butik tu then kau beli lah baju tu , okay ?" Kata Eunji .

"Iye lah .." Balasku .

Di panggung wayang . Semasa Eunji tengah beli tiket dan popcorn , aku memerhatikan sekeliling . Namun aku langsung tak nampak batang hidung Sehun .

"Aik ? Mana pulak dia ni pergi ? Kata nak ikut aku ke mana je aku pergi .." Kataku . Mataku melilau mencari Sehun .

"Kau cari sapa ?"

Aku memandang ke belakang . Eunji muncul dengan muka yang selamba .

"Omo ! Ya ! Eunji ah .. Jangan lah muncul tiba-tiba macam ni .. Nasib baik aku tak ada sakit jantung ." Aku mengurut dadaku .

"Mian .. Jom masuk ." Ticket dihulurkan kepada ku .

Kami menuju ke nombor bilik yang terpapar di atas tiket .

"Kita nak tengok movie apa ?" Soalku setelah kami duduk di tempat yang ditempah .

"Poltergeist ." Balas Eunji dengan ringkas .

"Mworagu ? Ya .. Kau tahu kan yang aku ni takut nak tengok movie hantu-hantu ni ." Aku mula tak senang duduk . Rasa nak lari keluar dari sini pun ada .

"Alahh .. Relax lah . Aku kan ada . Kau boleh lah peluk aku kalau hantu tu muncul ." Eunji menyumbat sebutir popcorn ke mulutnya . Matanya tertumpu ke skrin pawagam yang kini ditayangkan beberapa iklan .

"Aku nak tengok cerita lain .." Bisikku kepada Eunji apabila movie Poltergeist start ditayangkan .

"Shh ! Dah start ni .." Marah Eunji .

Aku mencebik . Aku memeluk badan dan cuba fokus pada skrin . Tetapi kini minda ku mula memikir ke arah negatif . Aku perasan ada seorang namja duduk di sebelah ku . Aku takut nak memandangnya kerana risau itu cuma ilusi aku . Entah-entah bukan manusia ! Ahh ! I hate horror movie !!

Tiba-tiba hantu tu muncul !

"Ahhhhhhhhh !!!!!" Jeritku .

Secara automatik aku memeluk orang sebelahku . Bukan Eunji tapi namja yang duduk di sebelah kiri ku . Tapi yang aku pelik .. namja tu bukannya marah kat aku tapi dia turut memeluk ku . And dia mengusap kepala ku .

Aku cuba memandang muka namja tu . Namja tu cuma senyum .

"Sehun ?!!" Nada suaraku dikawal kerana kami berada di tempat awam .

Aku melepaskan pelukan . Kini aku tidak lagi memandang ke skrin malah ke arah muka Sehun .

"Iye .." Balasnya dengan senyuman yang sangat manis .

"Kau pergi mana tadi ?"

"Wae ? Kau takut kau tak ada sapa nak peluk ke ?" Senyuman nakal terbentuk di bibirnya .

Mula lah jantung aku nak buat hal ..

"Bukan lah ! Aku takut kau sesat je . Lepas tu terserempak dengan Eunji . Kalau dia tahu hubungan kita macam mana ? Sapa yang susah-susah nak cover balik ? Aku jugak .." Aku mula membebel tetapi dalam nada berbisik . Takut Eunji di sebelah terdengar pulak .

Aku memandang ke skrin semula . Bulu roma mula menegak . Aku berharap dah tak ada part-part hantu muncul .

Once again ..

"Ahhhh !!" Aku memeluk .. Sehun lagi .

Kali ni memang aku tak nak lepas langsung . Aku dah tak nak pandang skrin lagi . Sepanjang di dalam panggung wayang , aku hanya memeluk Sehun dan menyembunyikan wajahku ke dada bidangnya . Sehun hanya membiarkan tindakan aku tu . Malah tangannya mengusap belakang ku . Macam rela kena peluk je ..

Nasib baik lah panggung wayang ni gelap . Cuma cahaya daripada skrin yang menerangi . Eunji pun bukannya kisah kat aku . Dia tengah khusyuk menonton movie . Kalau boleh , nak masuk dalam cerita tu .

appear in my life + oh sehun [✔]Where stories live. Discover now