CSS | 3

217 19 3
                                    



IR - Saya rindu awak, Nul Izhara Azura Binti Sarjan Manaff ♥


Berdebar-debar jantung aku apabila membaca mesej tersebut. Siapa lelaki ni ber 'awak-awak' pula, siap taip nama penuh aku lagi??


Okay, off data dulu la. Sampai rumah baru balas mesej lelaki gilerr ni.

Kereta yang ku naiki telah pun sampai tepat depan pagar rumahku. Aku menghulurkan wang seringgit kepada pemandu grab tersebut. Maklumlah, hari ni kan ada promo.


Aku mengatur langkah menuju ke rumah. Ligat kepala otak aku memikirkan identiti lelaki tersebut.

Sampai sahaja di rumah, aku menuju ke bilikku, meletakkan beg ku di atas katil lalu baring meniarap menghadap telefon bimbitku.

Sepantas kilat, aku mulakan misi penyiasatan bagi mengetahui identiti sebenar orang tersebut. Aku segera menjenguk profilnya. Hasil penyiasatan mendapati bahawa :

Nama : I.R
Jantina : Lelaki
Gambar profil : Gambar lelaki pakai baju sekolah nampak paras dada, muka tak nampak
What's up: None of your business
Posts : -

Amboi ganas sungguh bahasa ya kat whatsapp tu.
Misteri sungguh lelaki ni.
Aku kenal dia ke?
Macam mana dia boleh kenal aku?
Macam mana dia boleh tahu wechat aku?

.
.
.
.
misteri~

Tanpa teragak-agak aku pun membalas mesej daripada lelaki tersebut.

Izhara : Keep that words for yourself 😒

tak lama kemudian..

I.R : Amboi garangnya cik adik, sampai tak ingat kat kita dah 😜

Izhara : kau siapa? aku kenal kau ka??

I.R : Kenal. Lebih daripada kenal kenal. Even nama kita sama 😇

Izhara : Apa kau merepek ni? Nama kau Izhara? Jangan nak tipu la.

I.R - Ya, nama saya Izhara tinggal awak buang huruf A kat belakang tu je.

Sebaik menerima balasan daripada lelaki tersebut, teragak-agak tangan aku ingin memberikan balasan. Muncul 1 wajah dalam fikiranku. Hmmm takkanla? takkanla itu dia? Aku menggigit ibu jariku tanda keresahan.

I.R : Are you there?

Aduh! nak balas apa ni. Memang sah lah ni dia ni Izhar Rayqal! Aku bukan benci dia, cuma aku malu bila mengenangkan peristiwa yang terjadi antara kami berdua 5 tahun lalu.

Sebaik sahaja mengetahui bahawa lelaki tersebut ialah Izhar, terus tak tenang Izhara dibuatnya.

Kenapa dia perlu muncul lagi dalam hidupku -_-

♪♪tak ku mendugaaa ka-- okay okay back to the story. Terlebih feeling pula.

Izhar Raqyal. Lelaki paling top meletop kat sekolah rendah aku dulu merangkap my old flame masa sekolah rendah. Aku memang dah lama suka dekat dia dan kami sekelas. Aku tak pernah bagitau dia pasal perasaan sebenar aku kepada dia. Malula aku xD

Dia hensem, ada lesung pipit sebelah kanan yang lagi dalam daripada Farhan. Dia tak tinggi tapi tak pendek sangat, orang kata 'yang sedang-sedang saja♪♪♪' eh eh menyanyi pula. Okay, lepastu dia ni pintar terutamanya dalam subjek mengira-gira ni. Maths tu kat hujung jarinya saja kot. Hmm jeles la tu -,-

Kali terakhir aku nampak dia masa Pesta Pantun tahun lalu. Hasil paksaan dan desakan guru serta rakan-rakan, aku yang tak tau pantun tu binatang apa pun terpaksa ikut. Kebetulan dia pun mewakili sekolahnya, SMK Seri Harmoni.

5 tahun yang lalu..

Seminggu sebelum aku habis darjah 6, secara tak tersengaja aku tertinggal coklat yang telah ku bungkus rapi untuk Izhar di dalam kelas kononnya sempena hari jadinya. Kalau setakat tu yang tertinggal tak apa, ni siap buku diari aku tertinggal.

Kenapa diari aku boleh tertinggal?

Ceritanya begini...

Waktu tu tinggal seminggu je lagi persekolahan jadi tak ramai orang datang ke sekolah, masa nak balik tu, aku ingatkan tinggal aku dengan sinarti je kat kelas so aku pun letak sajala beg dan buku diari ku di atas meja dan pergi ke tandas bersama si Sinar.

Sungguh malang tak berbau dan berwarna, rupanya Izhar masih ada di kawasan sekolah. Yelah kalau malang tu berwarna bolehlah aku detect ada perkara perkara buruk nak jadi lepas ni. Kan kan kan?

Setibanya aku dan si Sinar kat kelas, aku nampak Izhar tengah duduk kat tempat aku sambil membelek-belek buku diari aku.

Aku yang gelabah segera merampas buku tu dari dia. Sejak peristiwa tu, aku tak pernah bercakap dengan dia lagi. Pemalu kan aku? hmm *gigit jari

Hmm poyo kan cerita aku? Hahahahaha maklumla masa tu masih tak matang lagi tulis-tulis diari bagai.

Apa yang buat aku malu sangat sebab kat muka depan diari aku tu, aku ada tampal gambar dia yang aku curi-curi ambil dari papan kenyataan sekolah. Mengenang kisah zaman-zaman jahiliyah masa sekolah rendah, sungguh aku tak nak mengaku tu aku yang buat.

**End of flashback**

Oh lupa pula nak balas mesej dia tu,

Izhara : Izhar kalau kau nak cakap pasal kisah 5 tahun lalu tu, lupakan je la. Aku tiada masa nak dengar.

Ding! Ada mesej masuk. Wow! lajunya dia balas.

I.R - Kisah apa ek?

Lah mamat ni buat-buat tak tau pula. Menyampah pula aku.

Izhara : Takde apa2. Kau nak apa tiba2 muncul dalam hidup aku ni?

I.R : Aku cuma nak bagitau kau yang aku ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

buat orang saspen pulak mamat siol ni, gerutu ku.

***

cliffhanger!! Hahaha apa yang ingin dikatakan oleh Izhar?? deng deng deng *drumroll. Nantikan chapter seterusnya!

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now