♛
×The little mermaid has her happy ever after with Prince Eric, Cinderella has her happy ever after with Prince Charming, when will be my happy ever after×
***
Farhan's povSeperti biasa, aku bangun seawal pukul 4 pagi. Kehidupanku di asrama sejak tingkatan 1 lagi mengajar aku untuk hidup berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. Setelah mengejutkan Izat si 'kaki tidur' ni, aku segera mengambil barangan mandi aku daripada dalam loker. Asrama Putra kelihatan sunyi subuh-subuh ni, bilikku terletak di Blok Kenanga. Sejak tingkatan 1 lagi, aku sebilik dengan Izat, di bilik kami ada 8 makhluk yang menghuninya termasuk aku dan Izat yang 6 orang lagitu junior.
Setelah aku mengambil barangan mandian aku daripada dalam loker, aku terdiam seketika apabila melihat suatu gambar yang telah lama ku lekat di dalam lokerku.
"Yang kau tercegat kat situ lagi kenapa?", Izat berkata kepadaku sambil membuat regangan di atas katilnya.
Aku menggaru kepalaku yang tak gatal lalu menutup kembali lokerku dan berjalan ke bilik mandi.
Usai mandi, aku memakai baju biru pengawasku lalu memasukkannya ke dalam seluarku dengan kemas. Seperti biasa, setiap hari Khamis dan Jumaat aku akan memakai songkok ke sekolah. Barulah hensem sikit. Kalau hensem banyak susah pula, nanti tak pasal-pasal cair pula perempuan-perempuan kat sekolah tu. *Amboi perasannya aku.
"Lambat la kau ni jat! aku jalan dulu la", aku memberitahu Izat yang baru mahu mandi sambil mengikat ketat tali kasut hitamku.
Sebaik sahaja aku keluar dari pagar asrama, aku lihat Izhara baru sahaja tiba di sekolah. Dia melihat ke arahku, mahu saja aku lambai ke arahnya. Tapi bukan aku tak tau si Izhara ni dahlah rabun tapi tak nak pakai spek mata. Ntah dia nampak aku ke tak ni.
Aku lihat dia sedang berjalan ke dewan. Laju semacam je dia jalan macam kena kejar anjing tak siuman tu.
Aku cuba untuk memanggilnya, "Izhara!", tapi dia langsung tak menoleh ke belakang. Selain daripada rabun, dia ni pun pekak juga ke.
Sambil memegang tali begku, aku pun mempercepatkan langkahku ke dewan.
Sistem di sekolah ini ialah pergaulan pelajar lelaki dan pelajar perempuan sangat dititikberatkan oleh pihak sekolah. Maklum sajalah, pengetua sekolah kami ni dah 2 kali menunaikan Haji, Encik Haji Abu Bakar Md Lani merangkap 'Pengetua Cemerlang'. Sebab tu, barisan pelajar lelaki dan pelajar perempuan jauh jaraknya. Pokok-pokok bunga plastik menjadi sempadan.
Aku pun mengambil tempat duduk di barisan paling belakang. Dari celah-celah pelajar yang duduk di dewan tersebut aku lihat Izhara sedang asyik berbual dengan Sinarti. Aku suka melihat muka Izhara yang macam 'panda' tu. Dah la kulitnya putih melepak tambah lagi dengan 'eyebag' di bawah matanya tu. Aku senang berkawan dengan Izhara biarpun dia tu macam tomboy sikit pastu selalu jahat dengan aku, tapi sebenarnya dia baik.
eh eh kejap? kenapa aku puji dia ni? aku bukannya suka dia pun. Aku pun menampar-nampar pipiku takut aku sedang bermimpi.
***"Oh, cakap pasal dia ni, aku baru teringat yang di--- aku memotong ayat Sinarti. Ntah kenapa kalau cakap pasal si Izhar ni aku semangat semacam je. "yang dia apa? dia apa Sinar?", aku menolak-nolak tangan Sinarti untuk menyuruh dia mempercepatkan ceritanya.
YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Fiksi RemajaSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...