♚
×The truth
? I like you a lot. You make me happy. You make me laugh. You're smart. You're different. You're a little crazy and awkward, and your smile alone can make my day×***
"Eh Farhan!" Faizrel berkata sambil memeluk lalu menepuk-nepuk belakang badan Farhan.
"Rel, kau buat apa kat sini?", soal Farhan dengan senyumannya yang berlesung pipit.
Aku yang tidak memahami situasi ini, memotong perbualan mereka. "Korang dua kenal ke?"
"Eh mestilah kenal! Kalau kau nak tau, aku kenal si Farhan ni masa pertandingan bola sepak peringkat bahagian tempoh hari. Takkan kau lupa kot yang sepupu kau yang hensem ni pemain bola sepak harapan Smk Seri Aman (sekolah Faizrel). Farhan ni pemain paling top meletop masa match haritu sampaikan ada perempuan sangkut dengan dia ni, sapa nama dia tu? Sha.. Sha.. Ahhh Shakila! ---" ayat Faizrel segera dipotong oleh Farhan dan Farhan menolak siku Faizrel "Aaa merepeklah kau! Aaaaa Izhara ni sepupu kau ke Rel?"
"Ah'ah sepupu aku yang paling giler. Paling tak malu, paling ta--" mendengar Ayat Faizrel aku dengan pantas mencubit lengannya beralaskan baju dia lah. Nanti aku sentuh kulit dia kang lain pula Farhan pandang aku.
"Aduhh, sakitlah!", jerit Farhan apabila aku menarik dia masuk ke dalam rumahku. Ku perasan Farhan hanya melihat karenahku bersama Faizrel. "Kau mari sini, aku banyak nak soal ni!", tambahku.
Dalam fikiranku pula masih memproses maklumat-maklumat yang telah dikatakan oleh Faizrel tadi. Siapa perempuan tu? Sha.sha.. Shakila? Hmmm. Dorang dua ni pula nampak macam rapat je. Siap boleh mencelah lagi, siap boleh cakap kasar-kasar lagi. Tak sangka betul Farhan dengan Faizrel ni berkenal. Kecil sungguh dunia ni kan.
Setelah itu, aku melihat Farhan untuk mendapatkan kepastian atas apa yang telah dikatakan oleh Faizrel dan Farhan yang masih bersikap dingin terhadapku hanya tersenyum hambar.
"Kau kenapa selalu kol aku? kalau aku jawab,tak pula kau reti nak bersuara!", Soalku geram kepada Faizrel sambil lengannya masih ku cubit. "Salah ke aku kol sepupu aku?" balas Faizrel.
Farhan hanya mengikuti langkah kami dari belakang. Faizrel pula mengusap-gusap lengannya yang telah ku cubit.
"Izhara gunting kau mana?", jeritan Sinarti daripada atas menghentikan kekecohan antara kami di bawah.
"Ada kat dalam laci meja aku tu ha", aku menjerit kembali untuk menjawab soalan Sinarti.
"Siapa tu Iz? ramai pula orang kat rumah kau ni, ingatkan kau berdua je dengan Farhan. Rupanya, ada orang lain. Ada open house..." Faizrel yang masih ingin meneruskan ayatnya tehenti apabila melihat Sinarti yang sedang menuruni tangga menghampiri kami. Mulutnya agak terbuka sedikit, mungkin dia terpesona dengan keanggunan Sinarti yang mengenakan pakaian ringkas iaitu skirt hitam, baju berlengan panjang serta shawl yang dililit rapi pada kepalanya. "Tak jumpa pu--" Sinarti tidak meneruskan ayatnya apabila melihat aku yang masih memegang lengan Faizrel. Mukanya agak sedikit blur. Maklum sajalah, dia mana kenal si Faizrel ni.
Faizrel segera menepis tanganku lalu mengemaskan bajunya yang telah sedikit kusut. Dengan penuh rasa tidak malu di dada, dia menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan Sinarti, "Hai! saya Faizrel Akmal. Sepupu kesayangan Izhara and you..?",
Tangan Faizrel hanya dibiar basi oleh Sinarti apabila Sinarti tidak menyambut huluran tangannya sebaliknya dia memeluk tanganku dan berdiri di sebelahku.
"Hahahaha Faizrel Faizrel! kawan aku ni tak inginlah kenal dengan kau. Turunkanlah tangan kau tu. Buat malu aku je la kau ni", sindirku.
Aku lihat muka Faizrel bertukar menjadi sedikit merah macam tomato. Malu la tu.
Farhan yang daritadi diam membisu akhirnya mengatakan sesuatu, "oi kalau cam ni, bila nak start buat tu?"
Aku yang hampir terlupa dengan tujuan sebenar mereka datang ke rumahku tersedar sebaik mendengar ayat Farhan. "Korang naik dululah. Aku nak ke dapur jap", arahku kepada mereka.
Farhan, Sinarti, Nurul dan Faizrel pun menaiki tangga ke atas. "Eh eh, kau buat apa naik atas Faiz? kau jangan tak malu eh, kau sini! kita belum settle lagi ni."
Faizrel mencebikkan mulutnya sebaik aku mengarahkan dia untuk mengikut aku sekali ke dapur.
"Iz sapa nama kawan kau yang tadi tu?", soal Faizrel kepadaku yang tengah sibuk menuangkan air fresh oren ke dalam jag air.
"Kenapa?kau suka kat dia?"
"Tanya je kot."
"Kau tu macam aku baru kenal sehari, aku bukan tak tau gaya kau kalau kau dah suka kat mana-mana perempuan. Baik kau mengaku sebelum aku bagitau Sinarti!", ugutku kepada Faizrel.
"Oh so nama dia Sinarti la ya", Farhan yang berkata dalam nada yang nakal dan agak sedikit menggoda. Tapi aku sungguh tak tergoda. Aku dah naik bosan nampak muka dia ni dari kecil.
Aku yang tiba-tiba rasa hendak buang air kecil memasuki tandas dan hanya meletakkan telefonku di atas meja mekan. Faizrel ku biarkan bermonolog seorang diri di situ.
Ding!
Aku mendengar telefonku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.Sejurus aku keluar daripada tandas, Farhan ku lihat memegang telefonku sambil ketawa terbahak-bahak.
"Kau kenapa? Bak sini fon aku"
Faizrel yang enggan menyerahkan telefonku masih tergelak dan kemudiannya berkata, "Aku rindu kau lah Izhara"
"Kau dah kenapa sebenarnya? Aku kata bak sini, bak sinilah!", aku segera merampas telefonku daripada tangan Faizrel dan melihat rupanya apa yang Faizrel kata tadi tu adalah mesej yang Izhar hantar kepada aku melalui whatsapp.
"Aku rindu kau la Izhara",ulang Faizrel.
Eih ni la padahnya bila tak lockscreen.
"Kau jangan Faizrel, ni bukan macam yang kau fikirkan. Lebh baik kau diam!"
"Hahha so nama lelaki yang berjaya merentap hati dan perasaan sepupu aku yang macam lelaki ni, Izhar la ya"
Aku hanya mendiam diri. Lantak kau lah Faizrel.
"Hmmm so kau berdiam diri ni kau nak aku bagitau Puan Roslina dan Encik Manaff (ibu ayah aku) la ya"
"Faizrel! kau jangan nak merepek. Dia ni kawan aku je kot", terangku.
"Memanglah kawan.. tapi lama-lama tu.. " Ayat Farhan terhenti sebaik aku mendail nombor Niza yang merupakan ex-girlfriend si Faizrel ni. Ini je lah cara aku mengugut dia sejak beberapa abad yang lalu. Aku kenal sangat dia ni, playboy tapi penakut! Sebab tu lah, aku save semua nombor awek-awek dia kat fon aku. Wkwkwkwkwk
"Hahaha janganlah macam tu, aku main-main je Izhara", pujuk Faizrel.
***
Okay tu je untuk bab ni :) Raya tinggal beberapa hari je lagi, so banyak kekangan untuk menulis cerita ni. Buat kuih la, kemas rumah la. Fuhh! Btw, i hope you all still enjoy this chpter 😘 kalau suka, do vote!

YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...