♛
It's the little things that you do that makes I crazily attracted to you💜💜💜💜
***
Setelah beberapa hari berlalu, akhirnya Hari Sukan Sekolah pun bermula🏁
Aku datang ke sekolah awal pada hari ni. Sendiri. Tanpa Sinarti dan Sasmita. Batang hidung Farhan pun langsung tidak kelihatan dari pagi tadi.
Padang sekolah kelihatan sungguh meriah dan agak sesak kerana dibanjiri pelajar-pelajar serta ibu bapa- ibu bapa.
Hmm mana pula dorang ni. Aku mengeluh sendiri.
Takde pun Sinar dan Sasmita kat tempat bertugas St John.
Saat aku mula mengatur langkah untuk mengambil tempat duduk, aku lihat Farhan di tepi padang.
Tapi dia tak keseorangan.
Aih kenapa pula budak tu ada dengan dia sekali??? aku menggosok-gosok mataku. Jarak antara kami tidaklah begitu jauh sebab tu aku masih boleh nampak lagi Farhan dengan lelaki tu.
"Kau buat apa datang sini?", aku menyoal Faizrel yang masih berdiri di sebelah Farhan.
Faizrel dengan muka selamba menjawab, "nak tengok korang sukan la, takkanlah nak hadap muka kau. Lagipun, salahke aku datang ke sekolah baru aku?", lalu dia melihat ke kanan dan ke kiri.
"Hmm sopan jawapan awak ya Faizrel. Mana kau tau harini sukan sekolah mula?", aku menyoal Faizrel lagi.
"Ini Faizrel lah, kenalan aku kat serata dunia semuaaaa ada", jawabnya mendabik dada.
Aku berpura-pura batuk. Aku lihat ke kanan dan sedikit terkejut melihat keberadaan Farhan disebelahku.
Lengan baju Farhan aku tarik, "Jomlah duduk somewhere, tinggalkan je si Faizrel ni". Ajakku. Namun langkahku diberhentikan oleh cikgu Fatma merangkap guru penasihat rumah sukan kuning. "Kamu boleh tolong cikgu tak Farhan?", tanya cikgu Fatma.
"Boleh. Cikgu nak saya tolong cikgu buat apa?", jawab Farhan sopan. Dengan segera, lengan baju Farhan ku lepaskan.
"Tolong cikgu angkat kotak-kotak makanan dari kantin kat padang. Cikgu sorang tak larat nak angkat semua tu.", terang cikgu Fatma yang sedang sarat mengandung 4 bulan.
"Boleh je cikgu.", jawab Farhan lalu dia dan Faizrel bergerak menuju ke kantin. Aku hanya mengekori langkah mereka daripada belakang.
"Kenapa kau ikut sekali, kau larat ke nak angkat?", persenda Farhan yang diiringi oleh gelak tawa Faizrel.
"Korang dua jangan pandang aku takde mata tau.", aku menunjukkan mukaku yang penuh dengan keyakinan.
Dalam perjalanan menuju ke kantin, kami melewati bilik persalinan St John. Sasmita dan Sinarti yang ketika itu berada di situ terserempak dengan kami.
"Hai Sinarti!", laju Faizrel menyapa.
Muka Sinarti yang tadinya ceria lantas bertukar serius sebaik melihat muka Faizrel.
"Korang nak pergi mana ni?", Soal Sasmita.
"Nak angkat makanan dari kantin, cikgu Fatma yang suruh.", beritahuku.
Farhan dan aku pun meneruskan langkah, namun Faizrel masih tidak berganjak daripada situ.
Aku dan Farhan hanya membiarkan dia hanyut sendiri dalam dunianya apabila melihat Sinarti.
Gedebuk!
Aku berlanggar dengan Selina ketika aku asyik menoleh ke belakang.
"Alamak!", keluhku. Air sirap yang dipegang oleh Selina tertumpah ke bajuku. Telah membuatkan baju, seluar serta kasutku basah dan sedikit melekit.
"Opss sorry aku tak sengaja la Iz", Selina meminta maaf sambil menghulurkan tisu kepadaku. "Hmmmm kesian kau. Gara-gara aku, baju, seluar dan kasut kau dah basah.", tambah Selina.
Farhan pun segera membantu aku untuk mengelap kasut ku yang sedikit basah kerana turut terkena percikan air itu tadi. Aku yang merasakan sedikit janggal kerana asyik diperhatikan oleh Selina segera mengundurkan diri, "eh eh tak payah susah-susah la Farhan. Sikit je tu."
"Sikit kau kata? nanti kaki kau bersemut pula. Siapa yang susah?", ish ish si Farhan ni sempat lagi dia buat punchline ye waktu-waktu macam ni.
"Kecik punya hal je ni. Kau pergi kantin dululah. Aku nak ke tandas jap bersihkan ni.", arahku.
"Hmmmm kau mesti tak selesa kan Iz pakai kasut yang melekit macam tu. Apa kata kalau kau guna kasut aku? kebetulan, aku ada bawa kasut spare harini kawan aku nak pinjam tapi dia tak hadir pula.", terang Selina sambil mengeluarkan bungkusan plastik yang berisi kasut daripada begnya.
"Susah-susah je la kau ni. Aku okay ni kan.", aku menolak.
"Farhan kau tengok si Izhara ni, degilllll.", kenapa aku rasa lain macam je si Selina ni cakap ngan Farhan.
Tidak ingin membuang masa, aku pun mengambil kasut di tangan Selina lalu ku berterima kasih. Selina pun pergi dan setelah aku pergi ke tandas mencuci kotoran di bajuku, aku memakai kasut yang dipinjamkan oleh Selina lalu menuju ke kantin.
"Kan aku dah kata tadi, kotak ni berat. Kau nak juga tolong.", kata Farhan apabila melihat aku yang hampir mati mengangkat sekotak makanan itu.
"Ish aku bolehla. Bukannya berat mana pun benda ni. Cuma... aku tak selesa dengan kasut ni. Kaki aku macam.. sakit..", jelasku.
Semakin lama aku berjalan menggunakan kasut ni, semakin sakit kaki aku.
Farhan hanya ketawa kecil lalu berjalan laju di hadapanku.
Aku yang berasa kesakitan memperlahankan langkahku. Ku lihat Farhan telah jauh dihadapanku.
Lama-kelamaan, sakitnya semakin bertambah. Aku berhenti dan meletakkan kotak itu di lantai lalu ku lihat kasut sukan yang berwarna kuning hitam itu bertukar ke warna merah. Darah? kaki aku berdarah ke?
Farhan yang berada di hadapanku menoleh melihat aku di belakang setelah aku tidak bersuara daripada tadi. Dari kejauhan, Farhan menyoal ku, "Kau okay tak? Kenapa kau berhenti?"
"Aku okay. Kau jalanlah dulu.", aku sengaja berbohong kerana tidak mahu menyusahkan Farhan dengan masalahku ini.
Aku memegang kasutku lalu ku membuka kasut dan ku lihat tapak kaki ku tercedera seolah-olah telah tercucuk sesuatu.
"Ya Allah! kaki kau berdarah ni Iz! kenapa tak bagitau aku?", soal Farhan yang tiba-tiba berada di hadapanku dengan nada yang tinggi. Kasut yang ku pakai dihempas-hempasnya ke lantai dan beberapa biji paku tekan keluar daripada kasut itu. Rupanya, kakiku telah dicucuk paku tekan.
"Aku dah agak dah! si Selina ni memang sengaja nak kenakan kau!", bentak Farhan.
Aku hanya terdiam.
***
So, orang ketiga yang tak suka tengok Farhan dan Izhara tu dah diketahui 😝 apa yang akan berlaku dengan Izhara? Apa motif Selina buat semua ni? stay tune! vote votee☆
YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Novela JuvenilSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...