♛
×I want a person who comes into my life by accident and stays on purpose×
***
Aku segera menoleh ke belakang. Rupanya, Farhan yang memanggil namaku. Kenapa semua tempat yang aku ada, Farhan pun mesti ada kat situ? Dia pasang GPS kat aku ke apa?
Dia senyum melihat ku. Lesung pipit si Farhan ni sungguh merentap jantungku. Wkwkwkwk.Aku segera menoleh ke hadapan semula dan terus berjalan. Farhan mengekoriku dan berjalan di sebelahku lalu bertanya, "Kenapa kau pelik semacam je ni, Izhar", soalnya.
"Pelik? mana ada, merepek je kau ni", aku berkata sambil mempercepatkan langkahku.
"Kau ni dari mana? boleh pula kau keluar dari asrama.", aku cuba menukar topik perbualan dengan menyoal Farhan.
"Aku dari beli barang-barang hostel aku la", jawabnya.
Mahu saja aku menanya dia tentang Selina. Bukan apa, cuma aku mahu tahu apa yang tengah terjadi antara mereka berdua tu. Lain macam je aku tengok.
"bye, Farhan". Aku melambai tangan kananku kearahnya sebaik sahaja aku berkata kepadanya yang kononnya aku ingin ke 'Watson' untuk membeli barangan 'kosmetik dan kecantikan' ku. Tahu sajala, bila sudah meningkat remaja ni, jerawat pun mulalah aktif parking sana parking sini -,-
***
Setelah meletakkan mouse yang ibu suruh aku beli tadi di atas meja di ruang tamu, aku pun berlari menaiki tangga menuju ke bilikku. "Ibuuuuuu mouse yang ibu nak tu Ara letak atas meja kat ruang tamu ye buuuu", teriakku.
"Bertuah punya anak.", aku dengar ibu berkata daripada bilikku.
Beg sekolahku yang masih aku galas aku buka dan tudungku juga. Setelah itu, aku menarik laci di sebelah kiri katilku untuk mengambil telefonku lalu aku duduk bersila di atas tilamku.
Aku teringat kembali saat aku melihat Izhar tadi, dia tak nampak aku ke? Aku mula tidak senang duduk. Data telefonku segera ku hidupkan. Aku membuka Wechat ku dan mencari namanya di senarai kontek. Mesej-mesejku dengan Izhar sudah aku padam. Aku memang tidak suka menyimpan perbualanku dengan sesiapa terutamanya lelaki. Memenuhkan memori aku je.
Haa ni pun dia. Aku menekan skrin telefonku apabila telah menemui namanya 'I.R' di senarai kontek. Kontek aku dekat Wechat sedikit sahaja. Aku tidak berkawan dengan orang yang tidak ku kenali.
Perlukah aku mesej dia? Aku pun mebuat 'tilikan nasib' menggunakan jari-jariku.
Tak. Mesej. Tak. Mesej. Tak. Mesej.Tak. Mesej. Tak. Mesej.
Alamak mesej. Aku melihat jam di dinding bilikku menunjukkan pukul 3.25 petang.
Okay kalau dalam jam 3 setengah dia tak ada mesej aku, aku mesej dia dulu. Meskipun, aku malu. Nanti dia fikir aku terhegeh-hegeh kat dia pula! aku cuma mahu memastikan aku tidak salah lihat orang lain sebagai dia tadi.
Tik.
Tik.
Tik.2.30 petang.
Aku pun mula menaip sesuatu. Apa aku nak taip ni? Hmm kan lagi 'afdal' kalau aku bagi salam dulu. Aku pun mula menaip, "Assalamualaikum, Izhar." Send!
Setelah aku menghantar mesej tersebut kepada Izhar aku pun menekup mukaku menggunakan bantal. Apa aku dah buat ni!! Malunya aku!! nanti dia kata aku ni 'perigi cari timba' la pula.
Ding!
Telefonku yang tadinya telah ku humban ke atas tilam kerana rasa malu yang melampau aku ambil semula sebaik sahaja mendengar bunyi ada mesej baru masuk.
I.R : Waalaikumussalam, kenapa?
Izhara : Takde la, tadi aku ke bandar dan aku nampak kau.
Beberapa saat kemudian..
I.R : Habis tu kenapa tak tegur aku?
Amboi lajunya dia balas.
Izhara : Aku kat dalam kedai kot masa tu, takkanla nak menjerit dari dalam kedai tu.
I.R : Haha ya tak ya juga. Hmm kita jumpa nak?
Izhara : Buat apa nak jumpa?
I.R : Soalan ke tu cekodok? aku nak jumpa kau la.
Sarkastik juga mama siot ni.
Izhara : Tapi aku tak nak jumpa kau.
Sungguh aku belum bersedia untuk berjumpa dengan Izhar ditambah-tambah lagi dengan semua perbualan maya antara kami berdua.
I.R : SOMBONGNYA.
Dia nak apa sebenarnya ni. Aku pun terus menukar topik perbualan kami. Sememangnya, aku telah lama mau bertanya kepada si Izhar ni mengenai orang yang selalu 'kol' aku tu.
Izhara : Kau ke yang selalu 'kol' aku tu?
I.R : Aku memang nak 'kol' kau tapi aku takde nombor kau 😞
Izhara : Nak acah-acah sedih konon, masa sekolah rendah sikit pun kau tak kesah pasal aku.
I.R : Tu dulu. Hmm Iz aku nak gi main futsal ngan kawan aku dulu lah. Assalamualaikum.
Izhara : Waalaikumussalam.
Klik. Telefonku aku matikan lalu aku buang di atas tilam dan aku berbaring di atas tilamku sambil menatap siling bilikku. Fikiranku seolah-olah sedang memainkan rakaman memori-memoriku bersama Izhar sewaktu sekolah rendah dahulu.
Tanpa ku sedar, senyuman kegembiraanku terukir di bibirku. Sungguh aku kelihatan seperti orang kurang siuman! Kalau betul Izhar maksudkan apa yang dia telah katakan pada aku tempoh hari mengenai perasaannya terhadap ku, patutkah aku bagi dia peluang?
Tapi...
Setiap kali berchat, mesti dia yang tamatkan perbualan dulu seolah-olah dia tidak berminat untuk berchat dengan aku. Ada-ada saja alasannya. Pentingkah aku dalam hidupnya atau... aku hanya sekadar tempat untuk dia melepaskan bosannya?
Dan siapa pula yang selalu 'kol' aku tu??

YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Novela JuvenilSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...