CSS | 20

106 11 2
                                    

×I wonder what goes through your mind when someone mentions my name to you×

***

"Hmmmm Izhar ye?", tanya Sinarti sambil meletakkan tangannya di dagu.

"Ya Izhar tu siapa? kau jangan buat aku ulang ayat aku berkali-kali", terang Farhan sedikit terdesak.

"Eh? camna kau boleh kenal dia?"

"Adalah.. takkanlah Izhara langsung tak bagitau kau apa yang jadi tempoh hari masa kami belajar kat library?"

"Takde. Dia takde kata apa-apa pun."

"Oh. Lantaklah, aku cuma nak tau Izhar tu sapa dalam hidup Izhara?"

"Izhar tu... dia tu boleh dikategorikan sebagai crush merangkap bakal suami Izhara la. Sebab dia tu suka sangat ngan Izhara. Hmm kau nak tau kenapa?", tipu Sinarti sedikit untuk melihat reaksi Farhan.

"Bakal suami? tapi Izhara macam tak suka dia pun", Farhan berkata senada namun jauh di sudut hatinya mula terbit rasa cemburu.

"Eh... kau jeles kan?? Hahahaha jeles Farhan jeles! Kau pun suka Izhara ke?"

"Eh! jeles? Memandai je kau ni! mana ada, tanya je. Eh dahlah, kau pergilah tandas aku nak masuk kelas", dalih Farhan lalu bergegas menuju ke kelas.

Sinarti pun pergi ke tandas sejurus loceng berbunyi menandakan masa rehat telah tamat.

Setibanya di kelas, Sinarti perasan akan perubahan Farhan. Dia enggan membuat eye contact dengan Izhara seolah-olah dia takut yang Sinarti akan tahu perasaannya yang sebenar terhadap Izhara.

"Iz kau tau tak?", Sinarti yang baru sahaja masuk ke kelas tiba-tiba menanyakan aku soalan.

"Tau. Semalam hujan.", selorohku.

"Ish! kau ni. Aku nak tanya kau ni, yang kau perasan tak perubahan Farhan? dia macam pelik sikit kan?", kata Sinarti dengan suara perlahan.

"Hmmm takde pun. Kau je kot yang perasan lebih. Kau ni pula kenapa nak berbisik bagai."

"Ishh kau ni hati batu sangatlah! hmmm balik nantilah aku cerita", Sinarti segera membetulkan kedudukannya sebaik melihat Cikgu Fizik, Sir Amos memasuki kelas.

"Okay baiklah sementara masih ada masa berbaki sebelum kamu mula menjawab paper Bi kamu ni, cikgu nak bagi kamu tugasan dan kamu perlu hantar tugasan ni masa buka sekolah habis je cuti semester." Kata Sir Amos sambil memegang rotan pada tangan kanannya.

Kedengaran keluhan pelajar di setiap sudut dalam kelas. Kenapalah Sir kena bagitau sekarang, kan dah hilang fokus aku nak jawab soalan nanti. Aku juga tidak terkecuali. Huh, baru je nak santai-santai sikit lepas exam.

"Tugas kamu adalah kamu perlu membuat dan menyiapkan model bagi 'Osiloskop Sinar Katod' beserta label, fungsi dan cara operasinya. Tapi jangan risau, cause I will divide you all into 5 groups which mean 4 people in each group.", penerangan Sir Amos membuatkan kami sedikit tergamam.

"Okay? I will not accept any excuse kalau kerja kamu tak siap." tambah Sir Amos lagi.

Kami semua menjawab serentak, "okay". 

"Huh, spoil la Sir ni.", keluhku.

Dengan otak dan minda yang serabut, aku menjawab dan menulis esei Bi ni.

Waktu persekolahan sudah tamat...

Kring kring kring!!

"Aduhh payahlah aku, kau dengan Sinar satu group, aku je yang terpisah", rungut Sasmita.

Aku, Sinarti, Farhan dan Nurul adalah satu kumpulan. Kami berempat telah merancang untuk pergi ke rumah aku untuk menyiapkan tugasan ini setelah tamat peperiksaan -_- kenapalah rumah aku?

"Hahaha harap tabah ya Sasmita", kata Sinarti cuba untuk menenangkan kecelaruan Sasmita.

"Group kau okay apa? Huzai tu kan serba boleh, dah tu kreatif pula tu!", aku cuba memberi sokongan moral kepada Sasmita.
Moral la sangat ><

"Oh oh oh", Sinarti tiba-tiba bersuara memotong aku yang baru saja aaaa hendak bercakap.

"Kau ni dah kenapa oh oh oh ni? nak jadi burung kakak tua?" ajuk Sasmita.

Aku hanya tergelak.

"Iz aku baru ingat yang masa aku ke toilet rehat tadi, aku terserempak ngan Farhan, pastu dia ada tanya aku... Dia tanya pasal Izhar", kata-kata Sinarti membuatkan ku sedikit terkejut.

"Dia tanya apa? pastu kau jawab apa?", soalku bertubi-tubi.

"Dia tanya Izhar tu sebenarnya sapa dalam hidup kau. So, aku pun tipulah dia sikit sebab aku nak nampak reaksi dia tu , aku bagitau dia yang kononnya kau ngan Izhar tu suka sama suka dan Izhar adalah bakal suami kau!", terang Sinarti panjang.

Mendengar sahaja penerangan Sinarti, aku segera menolak kepalanya tanda geram, "gilalah kau ni Sinar! kenapa kau kata macam tu! nanti dia ingat kau serius pula. Memandai je kau ni kan !"

"Hahahaha", gelak Sasmita dan Sinarti serentak. Mukaku yang penuh dengan rasa marah diabaikan begitu sahaja oleh 2 orang sahabatku ini.

pfttt.

Setelah aku sampai ke rumah manis rumah (Home sweet home)
, lantas aku menuju ke bilik, aku membuka galasan begku dan membuka tudung.

Lalu, tubuhku aku biarkan rebah di atas katil. Huh, penatnya hari ni, nak belajar tapi kepenatan telah menguasai diriku.

Aku menarik nafas dalam lalu menutup mata. Wajah Farhan terus bermain di fikiranku. Aku perasan bahawa hari ini perangai Farhan tak macam hari-hari sebelumnya. Hari ni, kami tak banyak bercakap antara satu sama lain. Dia juga seolah-olah cuba untuk menghindari 'eye contact' dengan aku. Takkan la dia percaya ngan apa Sinarti dah bagitau dia tu? kalau ya, terkesan ka dia dengan ayat Sinarti?

Telefon pintarku yang ku letak di bawah bantal, ku capai lalu ku menatap skrinnya. Jauh di sudut hati, sungguh aku mengharapkan nama orang tu akan pop out kat notification telefon aku.

Perasaan aku kat Izhar ibarat on dan off. Bila dia chat aku, on. Bila dia langsung tak peduli pasal aku langsung tak chat aku dalam seminggu, perasaan aku kat dia off. Kadang-kadang aku pun tak faham pasal perasaan aku. Betulkah aku suka dia atau cuma disebabkan oleh perembesan hormon yang semakin aktif xD wkwkwk poyo sungguh.

  ***

Thanks for reading people! :)  Hmmm sorry la kalau cerita ni tak best. Sorry lagi sebab lama tak update 😅 maklumlaa test dah dekat. Kalau sudi sharelah pendapat kamu pasal cerita ni. Komen sja, no worries! sya tidak makan  orang juga, sya makan nasi je xD wkwkw okay merapu.
Kalau suka, vote okay.


Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now