CSS | 17

133 10 2
                                    

×I want to tell you how I feel before it's too late but im afraid of your response.×

***

Aduh, ramai la pula orang kat panggung ni. Tak ke jenuh kaki  aku beratur beli tiket. Kalau ikutkan aku, aku tak nak pun tengok movie ni! balik rumah, tidur lagi bagus. Nasiblah, aku dah janji dengan si Farhan nak belanja dia tengok wayang sebab dia dah rela hati nak ajar aku Sejarah.

Setelah hampir 15 minit beratur, akhirnya aku berjaya membeli 2 tiket untuk menonton 'Ada apa dengan cinta 2'.

Tayangan bermula pukul 1.00, aku dan Farhan masih ada 10 minit lagi. So, aku pun mengambil tempat duduk di hadapan kaunter membeli tiket sambil menunggu Farhan datang daripada membeli popcorn dan coke! Lama juga si Farhan pergi membeli ni. Dia beli popcorn ke buat popcorn? Ku lihat ramai orang telah pun masuk ke dalam panggung. Tapi si Farhan tak muncul-muncul lagi.

Tak lama kemudian, Farhan pun muncul sambil tercungap-cungap. Dia berlari agaknya. Di tangannya ada 1 box popcorn jumbo, coke kat cawan plastik 1 dan sekotak Milo.

"Apsal lambat?" soalku.

"Sorryla Iz, kau kan tak minum coke so aku carikan Milo untuk kau la."

Auchh. Sungguh memahami dirimu wahai Farhan ><

Kami berdua pun bergerak masuk ke dalam panggung. Keadaan panggung yang gelap menyukarkan penglihatanku. Tempat dudukku dan Farhan terletak di barisan ke-7, bahagian tengah. Farhan duduk di sebelah kananku manakala di sebelah kiriku pula seorang lelaki. Keadaan yang gelap membuatkan aku tidak dapat melihat dengan jelas siapa yang duduk disebelahku.

Ketika aku melabuhkan punggungku di kerusiku, aku secara tidak tersengaja terpegang paha lelaki di sebelah kiriku, bukan niat nak menggedik. Aku ingatkan tu pemegang kat tepi kerusi.

Sebaik menyedari bahawa apa yang telah ku pegang itu bukan pemegang kat tepi kerusi, mulutku terus laju mengucap maaf sambil membongkok-bongkokkan badanku, "eh sorry sorry! aku tak sengaja".

"Eh, Izhara?", kata lelaki itu.

Aku memejamkan mataku beberapa kali untuk melihat siapakah lelaki itu.

Jantungku pun terus berdegup laju. Dup dap dup dap!

Betullah kecil sungguh dunia ni. Tak sangka dalam seratus lebih tempat duduk dalam panggung ni, Izhar juga yang duduk sebelah aku.

Tak selesanya duduk sebelah crush ni. Terpaksa la aku mengawal keayuan aku biarpun aku tak ayu sebenarnya.

"Kenapa Iz?", soal Farhan yang sedang  mengunyah popcorn dalam mulutnya.

"Duduklah Izhara. Tayangan dah nak mula ni", arah Izhar sebaik sahaja Farhan menghabiskan ayatnya.

Aku pun segera melabuhkan punggungku di tempat dudukku.

"Nah, popcorn", ujar Farhan dan Izhar serentak.

Aduh macam dalam drama la pula. Nak pilih mana satu ni, kalau aku makan si Izhar punya, mesti Farhan kecil hati. Kalau aku makan si Farhan punya pula, mesti Izhar kecil hati. Okay, aku pun membuat keputusan untuk menolak tawaran mereka berdua.

"Oh, takpelah Iz, Farhan. Aku kenyang.", kataku sopan.

Sepanjang 5 minit pertama tayangan, aku langsung tak fokus melihat movie yang ditayangkan ni apabila melihat Izhar dan Farhan saling berpandangan dari tadi.

Kenapa dengan mereka berdua ni? takkanlah dua-dua syok kat aku >< eh, tak mungkin tak mungkin! perasannya aku ni. Farhan ni kan ibarat aku punya bodyguard, so mesti dia buat macam ni sebab tak nak Izhar apa-apakan aku.

"Iz, lepas ni kita pergi karaoke  nak tak?", soal Farhan tiba-tiba.

Aku menoleh ke arah Farhan, "Ahh tak naklah, aku nak balik."

"Iz, kau nampak makin comel sekarang", kata Izhar sambil mencucuk-cucuk lenganku apabila melihat aku yang berpaling ke arah Farhan.

Drama apa pula ni? bukan aku memang comel ke? xD Pening kepala aku asyik toleh kanan kiri kanan kiri.

Malaslah nak layan karenah mereka berdua ni, macam budak-budak! biarpun, aku suka kat Izhar, tak nak lah ketara sangat. Oleh itu aku hanya tersenyum kepada Izhar dan langsung mendiamkan diri.

Apakah bosannya wayang ni. Aku mula rasa mengantuk, pandanganku mula kabur, kepala dan mataku juga mula terasa berat. Akhirnya aku terlelap.

💤

"Ahh tayangan dah habis ke?", soalku kepada Farhan sebaik menyedari bahawa hanya aku dan Farhan yang masih ada di dalam panggung.

Aku perasan bahawa kepalaku ada di bahu Farhan. Lena sangat ka aku tidur tadi sampai tak perasan semua orang dah keluar?

Aku mengusap-mengusap mataku lalu melihat tempat duduk Izhar. Dia juga sudah tiada.

"Oh kau cari mamat tu ke? Dia dah keluar dah, dalam 10 minit sebelum habis tayangan lagi", terang Farhan.

"Ah?", aku mengerutkan keningku sambil membetulkan semula shawl ku yang serabut ni.

"Gf dia kol dia kot tadi, sebab habis je dia jawab kol tu, dia terus keluar.", kata Farhan lalu berdiri dan menanti untuk aku berdiri juga.

Hmmm. Kenapa aku rasa kecewa sikit dengan perbuatan si Izhar tu.

"Kau terlalu berharap dengan dia, sebab tu kau kecewa", bisik suara hatiku.

"Dah jom sayang!", ajak Farhan sambil menguntumkan senyuman berlesung pipitnya.

Aku membuat muka menyampah.

Hmm dia mula lagi.

***

So, how about dis one?

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now