♚
×Technically, I am single but my heart is taken by someone I can't call my own×
***
Dengan penuh rasa malas di dada, aku melangkah masuk ke sekolah. Harini hari Isnin dan seperti biasa, aku dilanda 'monday blues'. Dahlah, aku belum siap kerja rumah Kimia! nasib sajalah hari ni ada perhimpunan so sempat juga aku buat sambil mendengar ucapan pengetua yang tiada kesudahan tu xD
Setelah hampir setengah jam pengetua berucap akhirnya perhimpunan pun tamat dan kerja rumah aku pun dah siap! :)
Di kelas, aku hanya duduk terdiam memperhatikan gelagat rakan-rakan sekelasku yang lain. Bukan apa, cuma 'geng keras' aku takde. Sinarti tak hadir harini, sakit kot! mungkin tu la 'kifarah', sapa suruh dia aniaya aku haritu.
Lagipun, tinggal beberapa minggu sahaja lagi nak cuti penggal pertama sebab tu lah ramai pelajar yang dah mula cuti sendiri. Hanya 17 orang sahaja yang hadir di kelas kami tak termasuk Sasmita yang belum sampai ni.
Sasmita belum masuk ke kelas, lewat lagilah tu, padahal rumahnya dekat je kot. Kalau jalan kaki, 59 saat macam tu sampaila hahahah. Okay, gurau :')
Minggu depan pula adalah peperiksaan pertengahan tahun. Aku langsung tak ada buat ulangkaji lagi. Sudahla tak pandai, rajin pula tu. Aku ni tak la macam Sasmita tu, biarpun selalu datang lewat ke sekolah tapi result 'gempak'!
Sedang aku tekun menelaah buku sejarah, Farhan bangkit daripada tempat duduknya lalu duduk di sebelahku. Farhan yang memakai baju sekolah putih serta tali leher yang berwarna merah kelihatan sungguh kemas seperti hari-hari biasa. Cuma, bezanya rambut Farhan disisir ke tepi dengan rapi tidak seperti selalunya. Hensem juga si Farhan ni. "Tekun nampak?", sapanya lalu merampas buku sejarah yang ku baca.
Aku pun melihat tepat ke mukanya, "kau nak apa, kau tak nampak ke aku tengah belajar ni?", kataku.
"Tak. Sebab di mata aku, aku nampak kau je", kata Farhan dengan suara yang kononnya seksi sehingga boleh mencairkan perempuan-perempuan di seluruh jagat raya ni. Over k Farhan over.
Aku meletakkan tangan kananku di mulut berpura-pura menguap, "sorry la Farhan. Aku ni bukan si Selina yang boleh cair bila dengar ayat kau tu. Cuba lagi", kataku sinis dan aku mengambil kembali buku sejarahku yang berada di tangan si Farhan.
Bilalah cikgu nak masuk ni. Tak kuasa aku nak layan si Farhan ni makin lama makin naik cacing!
Farhan yang agak terkejut mendengar apa yang ku katakan tadi mengerutkan keningnya yang tebal itu lalu menyoal aku "Selina? kenapa dengan Selina?"
Aku memusingkan badanku agar aku berhadapan dengannya. Kakiku aku naikkan ke kerusi acah-acah kampung sikit, duduk bersila, " kau kan dah 'getback' dengan dia.", aku membuat muka menyampah.
"Eh? bila masa pula ni? kisah aku dengan si Selina tu dah lama berlalulah. Sekarang ni kami dah takde apa-apa. Dia jumpa aku haritu pun sebab nak tanya khabar je pun. Tu je." jelas Farhan lalu dia menjongketkan bahunya.
"yelah tu", kataku seolah-olah tidak percaya dan tidak beminat dengan apa yang Farhan katakan tu.
Aku melihat jam tanganku yang berjenama 'G shock' berwarna oren menunjukkan sudah pukul 6.54 pagi. Namun, Sasmita belum datang juga. Takkanlah? Kalau macam tu, sendiri-sendirilah aku harini. Aku bukan tak berkawan dengan kawanku yang lain cuma no one can understand me well other than them. Aku melihat ke pintu kelas mengharapkan Sasmita akan muncul tiba-tiba.
Namun, lain pula yang muncul.
Yang ku harapkan Sasmita tapi yang muncul Cikgu Rosman -_- Hampehh! Farhan pun dengan segera kembali ke tempat duduknya. Aku lihat kiri dan kananku kosong tanpa Sasmita dan Sinarti.
"Ramainya tak hadir. Cikgu baru plan nak buat latihan memandangkan minggu depan kamu peperiksaan pertengahan tahun. Untuk exam kali ni semua wajib dapat A.", terang Cikgu Rosman sebaik kami memberi salam kepadanya.
Aku meletakkan kepalaku di meja. Dapat ku rasakan aura-aura kegagalan menghantui diriku. Cikgu ni ingat senang ke nak dapat A? dah lah cikgu ni rajin mengajar yang dia tau masuk kelas bagi kerja suruh hantar pastu keluar dari kelas.
"Faham?", soal Cikgu Rosman.
"Fahammm", jawab kami serentak.Setelah sejam berlalu, loceng pun berbunyi menandakan waktu sejarah telah habis dan Cikgu Rosman telah pun keluar dari kelas. Aku berdiri dan berjalan ke meja Farhan, dia yang tadinya sibuk bercerita dengan Saiful mengalihkan pandangannya kepadaku sebaik aku berdiri di tepi mejanya. Memandangkan hujung minggu ni, pelajar asrama diberi pelepasan untuk balik ke kampung masing-masing bolehlah aku minta ajar dengan Farhan.
Sambil membuat muka comel aku berkata kepada Farhan, "Farhan, tolong ajar aku Sejarah. Kau kan expert subjek ni. Bolehlahh please?"
Farhan pula meletakkan tangannya di dagu berlagak seperti 'harapan'. "Aku boleh tolong kau tapi ada syarat!"
Nasib sajalah si Farhan ni pelajar terbaik subjek Sejarah dalam tingkatan 5, kalau tak, takde maknalah aku sanggup ketepikan ego aku nak minta ajar daripada dia ni. Aku mencebikkan bibirku, "Syarat apa?"
"Syaratnya adalah kau kena belanja aku tengok wayang", lalu dia tersenyum panjang menanti respon daripada aku.
Aku mencekak pinggangku, "okay deal! tapi aku bagi kau tiket kau pergi tengok sendiri je lah ye", kataku.
"Kau carilah orang lain yang boleh ajar kau", Farhan berpura-pura merajuk.
"Ish kau ni! yelah." Aku mengalah.
Farhan hanya tersenyum puas.
***
YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...