♚
Sukan sekolah akhirnya telah melabuhkan tirainya semalam.
Sudah hampir tiga hari jugalah aku dan Farhan tidak berkomunikasi. Kalau ada pun, hanya bila perlu sahaja. Aku selalu juga menegur Farhan, cuma most of the time tu, aku bercakap dengan angin je. Farhan hanya akan mengangguk atau menggeleng. Dia nak aku buat apa sebenarnya?
Minta maaf kat Selina tu? Helloooo? we're equal! Dia kenakan aku, aku kenakan balik. Seri okay! So, aku tak nak ambil pusing tentang semua tu.
Peristiwa tempoh hari masih lagi menganggu fikiran ku. Sejak bila pula Farhan ada kat situ. Seingat aku, aku nampak dia dah masuk kat asrama masa tu.
"Oi, kau termenung apa lagi ni? Asal takde cikgu je termenung.", sapa Sinarti.
"Hmmm kau tak pelik ke?"
"Pelik apanya?"
"Ye la. Masa kita kenakan Selina hari tu, minion-minion dia mana? maksud aku Nini dengan Sue takde pula dengan dia? bukankah dorang bertiga tu kemana-mana pun sentiasa berkepit?", suaraku ku kawal. Takut-takut Farhan terdengar perbualan kami berdua. Sasmita ketika itu tiada di kelas, dia kat pusat sumber untuk photocopy nota sejarahnya yang telah dia hilangkan.
"Alahh biasalah tu. Lagipun masa tu kan masa pulang. Mungkin dorang dua tu balik dulu daripada Selina", Sinarti turut berbisik.
Keadaan kelas yang tadinya riuh rendah bertukar senyap apabila mendengar bunyi tapak kaki yang sedang menuju ke kelas kami.
Tak.. tak.. tak
Knock knock!
"Aishh kau rupanya. Ingatkan cikgu Mac tadi.", Saiful menarik nafas dalam sambil mengurut-urut dadanya.
"Girls! I have a top story for you all!", Sasmita segera duduk disebelahku. Farhan sedikit pun tidak memandang ke arahku. Bukan aku nak minta perhatian dia cuma selalunya kalau suara Sasmita kuat macam ni dia mesti menoleh ke arah kami.
"Apa?? cer citer cer citer?", Sinarti mula bertindak tidak sabar 😂
"Begini..."
Throwback.. (Sasmita's POV)
Aku dah selesai buat urusan aku, so aku pun nak keluarlah daripada pusat sumber tu. Tapi aku menoleh ke kanan, aku nampak kat hujung rak bahagian majalah yang berdekatan dengan pintu keluar tu ada majalah favourite aku.
Majalah bulanan Kpop pasal BTS! Aku pun pergilah untuk belek-belek majalah tu.
Masa aku tengah khusyuk menghayati picture-picture boyfriends aku tu, aku terdengar suara-suara sumbang kat sebalik rak buku tu. Aku pun curi-curi tengoklah suara siapa yang macam katak nak panggil hujan ni. Rupanya suara si Nini dengan si Sue.
"kau perasan tak yang kebelakangan ni si Farhan tu dah tak berapa rapat dengan si Izhara tu?", soal si Nini.
"Ha'ah gila tak perasan. Siapa suruh dia nak kenakan Selina. Dia ingat diorang je yang ada otak. Padan muka.", balas si Sue dengan suara katak yang 10 oktaf tu. Kekekeke.
YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...