×Someday, you're going to meet someone that makes you happy, makes you feel beautiful and stands by you even when you feel like you don't deserve them.×
p/s: Cerita melayu tapi quote bahasa inggeris xD tak ke pelik tu? Ini antara quote kegemaran author :') Sorry, merapu jap. Nah, another sweet chappie untuk anda semua :*
Ditujukan khas untuk msln21.
***
Aku menghela nafas panjang. Aku berbaring di atas katil ku yang bercadarkan corak floral ni sambil menatap siling bilikku. Boring kan jadi aku? Rumah ada wifi pun tapi ibu kasi hidup masa hujung minggu dan cuti sekolah saja. Kononnya, takut aku asyik hadap fon je sampai lupa belajar. Sebab tu la, aku top-up guna duit tabung aku. Mahu saja aku luahkan protes yang terbuku di hati ku ni.
"Ibu, Ara ni dah 17 tahun kot dah dewasa", aku bermonolog lagi --'
Aku melihat jam di dinding bilikku.
Hmmm masih awal lagi ni, baru pukul 10.23 malam. Aku selalu tidur pukul 1. Paling awal aku tidur pukul 11.30. Sebab tu la mata aku comel *kelip mata. Tak payah pakai 'celak' sebab dah ada.
Ding!
Telefon bimbit ku segera ku capai dan aku lihat ada satu mesej masuk dari akaun Wechat ku.
Melihat namanya di skrin telefon ku, cukup untuk membuat aku tersenyum kecil.
I.R : Assalamualaikum
Terus sejuk tangan aku tiba-tiba padahal suhu aircon di bilik aku 21°. Aku membaringkan diri di atas tilam ku yang empuk lalu membalas mesejnya.
Izhara : Waalaikumussalam
I.R : Kau dimana?
Izhara : Kat rumah aa
I.R : oh
Oh je dia balas? Dia harapkan aku balas apa -,- So, aku putuskan untuk tidak membalas chatnya. Kalau betul dia nak bchat dengan aku, mesti dia balas apa-apa ni.
Baru sahaja aku ingin 'turn off' kan 'data' telefon aku, tiba-tiba...
Ding!
I.R : Aku rindu kau la Izhara.
What?? buang tabiat ka apa dia ni?
Izhara : Kau ni memang cakap macam tu dekat semua perempuan yang kau kenal ek?
I.R : Kalau ya kenapa?
Izhara : Gatal!
I.R : Haha tapi untuk kes kau ni lain.
Izhara : Pelik la kau ni! masa sekolah rendah dulu, kau pandang aku pun tak.
I.R : Tak payahlah nak ingat kisah-kisah dulu tu.
Aish. Kenapa dengan dia ni? makin dilayan makin menjadi-jadi pula perangai dia.
Izhara : Takde makna semua tu!
YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...