CSS | 50

41 6 0
                                    

Seminggu kemudian..

Termasuk hari ni dah lebih lima hari Farhan tak datang sekolah. Tak pernah-pernah dia tak datang sekolah sampai macam ni. Hmmm mungkin sebab minggu ni minggu terakhir sekolah kots sebab tu lah dia dah malas nak pergi sekolah.

Ada apa-apakah yang dah jadi kat dia tapi aku tak tau? Aih risau pula aku. Si Izzat ni pula bila aku tanya pasal Farhan asyik jawapan yang sama je dia bagi kat aku, tak tau tak tau. Dah lah hubungan aku ngan dia tak berapa baik sekarang ni. Peristiwa tempoh hari tu pun belum selesai lagi.

Aku melihat suasana kelas yang lengai tanpa kehadiran cikgu. Maklumlah esok  kan dah mula cuti sekolah selama 2 minggu. So, semua tengah mode cuti la. Aku ni je yang kepala masih larat nak angkat. Rakan sekelas kau yang lain semua melekatkan kepala kat atas meja dan ada juga yang membelek-belek buku. Berat sangat dah kepala dorang agaknya.

"Ah kenapa?" Aku tersentap daripada lamunan apabila Sinarti yang daritadi senyap membaca buku rujukan biologi memukul tanganku.

"Kau kenapa? Macam kau tengah fikir tentang sesuatu je ni." Soal Sinarti.

"Huh.. aku memang tengah fikir tentang sesuatu. Kau tau tak apa sebab Farhan dah hampir seminggu tak datang ke sekolah?"

"Entah. Tak berminat pula aku nak tau apa sebab dia tak datang sekolah. Yang kau risau sangat kenapa? Alahh biasalah, manala tau dia demam ke lewat bangun ke. Pada pendapat aku, wajarlah Farhan tak hadir harini kan hari terakhir persekolahan." Jawab Sinarti lalu memberi fokus semula kepada buku di atas mejanya. Aku pun malas nak ganggu fokus dia ni lalu aku berjalan menuju ke meja Izzat dan duduk di kerusi Farhan.

"Izzat.." Dia yang leka sangat menulis sesuatu ni langsung tak hiraukan aku.

"Hmmm.. kau mesti nak tanya aku pasal Farhan lagi kan?" Tepat sekali tekaan Izzat.

"Kau takkanlah tak tau apa dah jadi kat dia sampai tak datang sekolah? Kau kan best friend dia dunia akhirat, roommate lagi tu. Bagitau lah aku Zat." Aku merampas buku di tangan di tangannya. Aku berjaya mengalihkan fokusnya daripada buku tersebut.

"Entahlah Izhara. Sejak akhir-akhir ni aku pun jarang bercakap ngan dia. Dia macam ada masalah. Takkanlah dia takde bagitau kau yang dia dah keluar daripada hostel? Dah lama kot dia keluar." Terang Izat.

"Oh macam ada yang tak kena je ni. Kalau macam tu, kau tau tak dia tinggal kat mana?" Aku tak taulah kenapa aku nak sangat tau apa dah jadi kat Farhan ni. Rasa risau pun ada juga. Ingatkan hari terakhir sekolah ni dapatlah jumpa Farhan.

Izat kemudian mengambil sticky note daripada dalam begnya lalu menulis alamat rumah Farhan pada stick note tersebut.

Sambil menghulurkan note itu kepadaku, Izat berkata "Nah, seingat aku ni la alamat rumah dia. Aku tak pernah pergi lagi rumah dia yang ini."

"Okay thanks Izat!" Balasku dalam nada yang mesra.

So, maksudnya Farhan ni ada rumah lain la ya sebelum dia pindah kat rumah ni. Aku kena siasat apa yang dah jadi kat Farhan.

***

"Betulkah alamat yang Izzat bagi aku ni? Ni kah rumah Farhan? Banglo mewah yang terletak tidak begitu jauh daripada sekolah. Tapi, kenapa Farhan nak tinggal hostel pula? Kalau nak ikutkan, jauh lagi kot rumah aku daripada sekolah berbanding Farhan.

Nak tekan loceng ke tak? Peribahasa melayu ada cakap 'alang-alang mandi biar basah' hmmm so aku dah sampai sini takkan nak patah balik pula.. hmmm takpe aku tekan loceng dan aku tanya pasal Farhan pastu aku balik. Okay!

Ding dong!

Namun, tiada respon aku terima. Ada orang ke ni takde? Tapi ada pula kereta parkir kat luar ni.

Ding dong! Aku menekan loceng buat kali kedua.

Akhirnya, aku nampak kelibat seorang budak perempuan keluar daripada rumah dan menuju ke arahku.

"Kakak ni siapa?" Alololo comelnya budak ni! Adik Farhan ke? Tapi muka tak mirip pun.

Di sebalik pagar besi bercat emas itu aku menundukkan sedikit badanku agar menyamai ketinggian budak itu.  "Kakak ni kawan Farhan. Adik ni, adik Farhan ya? Hmm abang Farhan ada kat rumah tak? Kakak nak jumpa jap."

"Ohhh.. abang takde kat rumah." Jawabnya ringkas sambil memegang rambutnya yang diikat dua.

"Abang ada kat mana sekarang? Boleh bagitau kakak tak?" Aku menyoalnya lembut. Macam ni lah skill psikologi aku belajar bila nak bercakap ngan budak-budak.

"Abang kat hospital lah kak."

Tanpa berfikir panjang aku segera mengucapkan ucapan selamat tinggalku kepada budak tersebut.

Hospital? Apa dah jadi kat Farhan? Sebaik mendapat tahu hospital di mana Farhan berada aku bergegas menuju ke sana. Tidak henti-henti kepalaku memikirkan segala kemungkinan yang berlaku pada Farhan.

***

Aku pergi ke meja pertanyaan untuk mendapatkan info tentang keberadaan Farhan. "Sini ada tak pesakit yang bernama Farhan Naufal?"

"Menurut rekod kami, tiada pesakit yang bernama Farhan Naufal di hospital ini." Jawab juru rawat yang bertugas di kaunter pertanyaan itu.

Aip pelik?

"Terima kasih."

Setelah puas aku bertawaf mengelilingi hospital yang besar ni, fokusku kini adalah untuk mencari tempat untukku duduk dan menghilangkan rasa penatku ini.

Fuh! Mana Farhan ni? Aku akhirnya menemui tempat strategik untukku duduk beristirehat sebentar. Aku pun duduk di kerusi pada bahagian luar wad pesakit. Peluh di dahiku aku kesat. Tiba-tiba, aku ternampak kelibat manusia yang seakan-akan Farhan. Mata aku tak salah lagi itu memang Farhan. Aku cam susuk tubuhnya daripada belakang. Aku menghampirinya perlahan-lahan daripada arah belakang.

"Farhan?"

***

Siapa sebenarnya Farhan ni? Apa dah jadi kat dia? Jawapan ada dalam bab seterusnya! stay tune😜

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now