♚
×Dear tummy, sorry for all the butterflies lately. I swear it's not my fault. It's his♥×
***
"Pen kau ke yang jatuh kat bawah kaki aku ni?", tanya seorang lelaki yang amat ku kenal suaranya.
Aku menutup mukaku menggunakan buku mengharapkan Farhan akan tolong ambilkan pen aku dari lelaki tu. Tapi tak. Sebaliknya, Farhan mencucuk-cucuk lenganku menggunakan pennya, "weh, orang tu tanya pen kau ke tu".
Terpaksa lah aku angkat kepala ku dan mengambil pen tu daripada lelaki tu. Tapi, aku masih menutup mukaku menggunakan bukuku, "terima kasih", kataku perlahan.
Aku curi-curi pandang muka lelaki yang masih tercegat di tepi meja aku dan Farhan ni. Memang Izhar!
"Sama-sama", jawab Izhar sopan sambil dia menundukkan kepalanya untuk melihat mukaku dengan lebih jelas. Takkanlah dia tau ni aku? takkan takkan.
"Kau ni... Izhara kan..?", soal Izhar, tangannya dengan perlahan merampas buku yang ku gunakan untuk menutup mukaku.
Aku tiada pilihan lain. Aku kena hadap juga si Izhar ni. Farhan yang menyaksikan adegan pelik antara kami berdua hanya mengerutkan keningnya kehairanan.
Aku tak tau nak cakap apa so aku hanya tersenyum lebar melihat Izhar kini berada di hadapanku.
Farhan yang tidak tahu menahu mengenai aku dan Izhar mencucuk-cucuk tanganku sekali lagi, "Siapa dia ni Iz?kau kenal ke?"
"Errr... kenalkan.. in--", ayatku laju dipotong oleh Izhar.
"Lebih daripada kenal. Nama aku Izhar Rayqal. Kawan Izhara sejak sekolah rendah lagi." Jelas Izhar sambil menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan dengan Farhan.
Farhan melihat ke arahku seolah-olah meminta kepastian atas apa yang telah dikatakan oleh Farhan. Aku hanya mengangkat keningku sebagai tanda 'ya'.
Setelah itu, Farhan pun menyambut tangan Izhar lalu turut memperkenalkan dirinya, "Nama aku Farhan Naufal. Kawan sekelas merangkap 'BFF' Izhara". Perkataan 'BFF' itu sengaja ditekan oleh Farhan.
Kenapa dengan mereka berdua ni. Hello? takkan pasal aku pun nak bergaduh. Wkwkwkwk. Perasannya aku. Tapi betullah, tegang semacam je keadaan antara mereka berdua ni.
Sambil memegang kerusi di sebelahku, Izhar meminta izin untuk duduk disebelahku. Aku hanya mengangguk.
Farhan dan Izhar saling berpandangan.
Bila nak mula belajar kalau macam ni? Jantung aku ni pula, time-time macam ni jugalah laju semacam dia berdegup. Cukup janggal aku rasa apabila duduk bersebelahan dengan Izhar. Yalah, selama ni kan kami selalu berhubung secara maya je. Tambah-tambah lagi dengan semua yang dia dah kata kat aku.
Aku melihat pandangan tajam Izhar kepada Farhan. Sampai boleh terbakar buku-buku kat library ni. Melihat keadaan yang semakin tegang antara mereka berdua, aku segera mencari topik lain untuk dibualkan.
"Errr.. Farhan cepatlah ajar aku". Aku berkata sambil mendekatkan bukuku ke arahnya.Sebaik mendengar suaraku, Farhan dengan segera mengalihkan pandangannya kepadaku.
Izhar pula segera bangkit daripada kerusinya lalu melihatku sambil membuat isyarat tangan seolah-olah menaip. Maksud dia Wechat la tu.
Fuhh.
Blah pun dia. Keadaan kembali aman tapi Farhan masih lagi kelihatan seakan-akan tidak puas terhadap Izhar.
Sepanjang sejam lebih dia ajar aku, serius sungguh dia. Gelak sikit pun takde. Tak pernah-pernah aku nampak dia serius betul macam ni. Setelah selesai sesi pembelajaran antara aku dan Farhan, baru kini Farhan kembali berkelakuan seperti biasa.
"Dia tu 'boyfriend' kau ke?", Farhan menyoal ku.
"Taklah." jawabku ringkas.
"Habistu, kenapa dia tu macam jeles je aku berdua dengan kau ni."
"Kenapa kau cakap macam tu?", soalku sambil memasukkan kembali buku-bukuku ke dalam beg.
"Aku ni lelaki. Dia tu pun lelaki. Aku boleh bacalah apa yang tersirat kat muka dia tu".
"Jangan merepek boleh tak? Aku kata bukan, bukanlah. Dah jom kita pergi makan, perut aku dah berdangdut dah ni", aku berdiri dan memasukkan kerusiku di bawah meja. Izhar dah keluar daripada library kira-kira setengah jam yang lalu.
"Oh kalau macam tu, baguslah. Ada can lah aku!", kata Farhan perlahan seakan-akan berbisik.
"Ada apa?" aku menyoal Farhan kerana aku tidak begitu dengar apa yang dia cakap tu.
"Oh takde pape. Aku cuma cakap yang aku nak nonton 'Ada apa dengan cinta 2' nanti." katanya lalu berjalan di hadapanku.
"Hmm apa-apa jelah Farhan"
Pelik. Tadi yang aku dengar pendek yang dia cakap panjang pula?? Lantak kau ah!
***
Selesai Bab 16. Untuk Bab 17 nanti adalah pov bagi Izhar dan Farhan. Teruskan membaca! Kalau suka, vote berjemaah okay♥Gottogo!
YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...