CSS | 39

86 6 1
                                    

"Ish kau ni! terperanjat aku. Takde pape.", aku sengaja tidak mahu memberi tahu perkara sebenar kepada Farhan. Aku tak nak dia tahu pasal Izhar. Aku tak suka nak kongsi hal peribadi aku dengan lelaki.

"Yelah tu takde pape. Bukan kau tu tengah jeles ke dengan Selina sebab Iz..— aku merangkul leher Sinarti cuba untuk menghentikan dia daripada meneruskan ayatnya.

"Jom kita masuk ke dewan cepat!", aku cuba menukar topik perbualan.

"Iz? Izhar? Selina dengan Izhar kenapa?"

Aku terkejut kerana Farhan tahu pasal Izhar?

"Erk? mana kau tahu pasal Izhar ni?", aku menyoal Farhan.

"Izhara.. I know about  you more than you know", mata kanannya dikenyit kearahku. Aku hanya membuat muka bingung.

Belum sempat aku membalas ayat Farhan, Sinarti sudah menarik tanganku.

"Aku ada salah cakap ke tadi?", soal Sinarti.

"Mesti kau kan yang bagitau Farhan pasal Izhar."

"Itu pun.. sebab Farhan yang tanya aku dulu. Kalau dia tahu sekali pun, kenapa?"

Aku memuncungkan bibirku.

"Kenapa? kau takut Farhan tu tak suka dah kat kau bila dia tahu Izhar tu pun tengah mengayat kau. Ha?",, macam minta penampar je Sinarti ni. Nasib baiklah Faizrel tu dah amanahkan aku jaga makhluk ni baik-baik. Tapi aku peduli apa? aku menolak kepala Sinarti tanda protes. Chewah 😂

"Kau tak payah nak reka-reka cerita ye. Manada Farhan suka aku. Memandai je kau ni.", aku membidas ayat Sinarti. Aku dengan Farhan kan 'kamcing' gitu hah!

"Ish susah juga dapat kawan buta ni. After all things he did for you, you still don't realise it?", hmm mula dah.. dia speaking omputih awal pagi ni.

"Haaa dah!", aku malas nak cerita panjang. Kami pun menggalas beg masing-masing dan menuju ke kelas.

Benak fikiranku pula masih memproses cerita Sinarti tadi pasal Izhar dan Selina. Apa hubungan dorang?

Sasmita lewat lagi harini, aku berduduk diam dan menongkat dagu memerhatikan gelagat orang di kelas ni. Cikgu pun belum masuk lagi. Sinarti keluar ke bilik guru, Farhan 'khusyuk' dalam tidurnya, Izat hanyut dalam dunia animenya, Saiful khayal dalam dalam cerita poyonya. Faizrel? cuba teka dia kat mana? pepatah melayu kan ada kata dimana ada Sinarti disitu ada Faizrel. Faizrel yang tak tahu malu tu, dah pergi untuk temu duga jawatan pustakawan tempoh hari. So, dia pun diterimalah. Hmmm mesti aku rindu saat-saat ni nanti. SPM pun tak lebih dari sebulan bila dah tolak dengan segala cutinya apanya.

Sedang aku leka dalam duniaku sendiri, aku dikejutkan oleh Sasmita, "oi! mak cik! termenung apa tu?"

"Ha! kau lewat ni kenapa? yang kau seceria kanak-kanak ribena awal pagi ni kenapa?" kenapa Sas? kenapa??", senyuman manis tak lekang daripada muka Sasmita.

"Harini kan.. hari ulang tahun kelahiran Muaz. So, aku ngan dia harini nak gi spend time together kat bandar."

"Oh..tahniahlah kalau macam tu. Tapi, satu pesan aku, kau jangan nak heret dia pula kat kedai kpop tu lagi.. kesian dia.", aku bukan tak ingat tahun lalu masa harijadi Muaz, Sasmita pula yang heret Muaz ke sana ke sini. Bila kat kedai kpop tu, Muaz yang belikan si Sas ni itu ini😹 kesian birthday boy kita.

"Hahahahahahaha maaf pasal tu aku tak boleh nak kawal diri aku"

"Kelas bangun. Assalamualaikum, Cikgu!", kami semua serentak memberi salam kepada cikgu Muliana.

Macam biasa, setiap kali masa Bahasa Melayu, kami akan diarahkan untuk membuat karangan ataupun tatabahasa.

"Siap!", aku menghantar buku karanganku . Sekarang dah siap bolehlah aku kacau orang lain. Cikgu Muliana pun tengah sibuk menyemak kerja kami.

Sinarti daritadi tak masuk kelas. Maklumlah, sebagai seorang ketua pustakawan yang berjaya dia pun turut menyibukkan diri untuk persiapan lawatan perdana esok ke pusat sumber sekolah kami. Sasmita pula tengah ralat menghias sesuatu.. untuk si Muaz agaknya. Bosan pula. Aku pun menghampiri Farhan.

"Farhan.. kau buat apa tu?"

"Cuci kain kot.", tangannya masih lincah menulis.

"Okay. I see.", aku bergerak untuk kembali ke tempatku.

"Eh eh eh. Taklah, aku tulis karanganlah sayang oi. Takkan tulis surat cinta kot?"

"Alaa manalatau.. kot-kot surat cinta untuk si dia."

"Dia siapa?"

"Selina?"

"Oh pasal tadi tu.. Selina dengan Izhar.. kenapa? kau tak nak kongsi ngan aku?"

Ish menyesal pula aku buka cerita pasal Selina ni. Tak pasal-pasal Farhan tanya aku lagi pasal Izhar. Hmm macam mana nak elak eh?

"Alaa tak penting pun. Malaslah nak ambil pusing."

"Okay. Aku tak nak paksa kau. Tapi aku harap bila kau rasa kau dah percayakan aku, kau akan ceritakan tu semua pada aku." alamak mood sedih lah pula si Farhan ni.

"Aku bukan tak percaya kau.. cuma.."

"Takpe. Aku faham. Kau tak payahlah nak paksa diri kau untuk bagitau aku ye."

Farhan tersenyum. Aku dapat merasakan senyuman hambar Farhan itu. Macam ada sesuatu yang tersirat disebalik senyuman Farhan ni.

***

Aih rehat sendirilah aku kalau macam ni. Sinarti takde. Sasmita pula.. hmm malaslah nak kacau dia dengan Muaz.

"Sayang!"

Dia datang dah! dia datang dah!

"Farhan.. kau nak minta cepuk muka kau, kau cakap sekali lagi"

"Uish garangnya. Yelah, Izhar je kan boleh panggil kau macam tu."

Aku membuat poker face.

"Izhara.. kalau kita suka seseorang tu kan.. tapi orang yang kita suka tu suka orang lain. Tapi kita nak orang tu suka kat kita juga. Apa perlu kita buat ye?"

"Selaku doktor cinta berjaya, aku kena tanya kau dulu. Orang tu tahu tak kau suka dia ke tidak?"

Wajah Farhan serius. Dah lah pelik soalan dia ni. "Tak."

"Oh kalau begitu kau kena bagitau dulu perasaan kau."

"Aku suka kan kau..", aku terdiam sebaik mendengar apa yang Farhan katakan tadi. Dia nak bagi demo ke tu atau dia cakap tu kat aku. Aku boleh rasa keikhlasan Farhan tu masa dia cakap macam tu. Aku masih terdiam.. Farhan juga.

***
Wow wow wow apakah kebenaran disebalik ayat Farhan tu? 😂 jawapan ada di bab seterusnya. ♥

wkwkwkwk. Vote vote

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now