♛
×Behind those smiling faces you can never see what someone is going through.×
Gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata
***
"Bosannya kelas Fizik tadi, apa yang Sir Amos kata tadi satu pun tak melekat kat kepala otak aku ni. Nasib sajalah, aku dah belajar bab Momentum tadi tu kat kelas tuisyen aku.", keluh ku panjang.
Memandangkan sekarang adalah waktu rehat, aku, Sinarti dan Sasmita berjalan beriringan melalui koridor bilik guru untuk ke kantin.
"Hek eleh kau tu, cakap je macam tu sekali masa exam markah kau juga yang paling tinggi.", sinis sungguh kata Sinarti.
Aku menarik tudungnya dari belakang sebab tu lah 'weak spot' nya lalu aku membalas sindirannya, "kau kalau bab-bab menyindir, memerli dan yang sama waktu dengannya, expert kau kan", aku berkata sambil mencubit lengannya.
Bukan aku tak tau si Sinar tu, dalam pujiannya tersembunyi seribu satu sindiran. Selama aku berada dalam kelas sains tulen, baru 3 kali aku lulus Fizik. Tu pun sebab tambah markah :')
Sambil Sinarti mengusap-usap lengan kirinya yang telah ku cubit tadi, matanya melihat ke arah Koperasi sekolah yang berhadapan dengan bilik guru. Lantas, dia pun menolak-nolak siku ku. "Iz, kau nampak kat sana tu!"
Aku pun menumpukan pandangan ku kearah itu dan ku lihat Farhan sedang berbual mesra bersama Selina yang merupakan bekas 'girlfriend' Farhan masa tingkatan 3 tak silap. Mereka putus pun sebab Selina yang beria-ria mahu putus.
"APA?", Sasmita mengerutkan dahinya lalu membuat bunyi 'saspen' 'jeng jeng jeng'. "Bukan dorang 2 tu dah putus ke? Bila masa dorang 'getback'?", Sasmita bertanya kepadaku.
"Manalah aku tahu. Aku tak urus budak Farhan tu", kataku sambil berjalan pergi ke kantin meninggalkan mereka berdua yang masih tercegat di tengah laluan ke kantin tu. Jauh di sudut hati, aku merasa sedikit janggal
melihat detik tadi itu.Tak sangka, Farhan bersama Selina lagi. Selina memang cantik. Orangnya kemas tak macam aku tudung tunggang-langgang macam budak tadika yang tak pandai pakai tudung. Kalau bercakap pun lemah-lembut, ayu. Orangnya berkaca mata dan matanya sedikit sepet, dia rendah sikit dari aku, kulitnya kuning langsat pastu kalau dia senyum menampakkan barisan gigi arnabnya. Tak heranlah kalau Farhan dengan dia lagi.
"Huh, kamu dua pergilah membeli aku tunggu kat sini", punggungku aku labuhkan pada kerusi kayu di hujung kantin lalu duduk bertongkat dagu sambil memerhatikan pelajar lain yang sedang lalu-lalang.
Timbul dalam benak fikiran aku mengenai Farhan. Kenapa setiap kali dia layan aku baik, aku gembira sangat sampai kan bila aku nampak dia dengan perempuan lagi aku 'jeles'.
Lamunanku terhenti apabila Muaz tiba-tiba datang menghampiriku dan menghantak tangannya di atas meja, "Oi, jauh termenung nampak".
Aku bukan tak tahu si Muaz ni selalu sangat buat macam ni. Asal nampak saja batang hidungku, mulalah tanya Sasmita mana, Sasmita mana. "Tak ke mana pun 'awek' kau tu, dia tengah beratur nak beli makanan la." kataku sambil mengangkat kedua-dua keningku.
"Oh. Kalau macam tu, kau tolong bagitau dia yang aku tak boleh tunggu dia harini, aku ada latihan hoki petang ni", kata Muaz sambil memegang rambutnya yang tajam macam landak tu.
Aku hanya mengangguk dan dia pun berlalu pergi.
Tak lama kemudian, Sinarti dan Sasmita yang telah selesai membeli makanan di kantin mereka pun duduk di hadapan ku. Aku pun menyampaikan pesanan Muaz tadi kepada Sasmita, "Sas, kau punya 'chimchim' tu pesan dengan aku yang dia tak dapat tunggu kau harini, ada latihan hoki katanya."
Terus hilang senyuman di wajah Sasmita.
***
Kringggggg!
Loceng sekolah pun berbunyi. Seperti biasa, aku berjalan keluar daripada kawasan sekolah bersama Sinarti dan Sasmita.
"Bye!", aku melambai ke arah mereka kerana aku ingin ke bandar hari ini untuk membelikan ibu 'mouse laptop'.
Aku sengaja tidak meminta teman dengan mereka berdua, aku tidak suka menyusahkan kawan-kawanku. Baik kan aku? :')
Sebaik sahaja aku mau melintas ke seberang untuk mendapatkan bas ke bandar, aku terdengar suatu satu yang memanggil namaku. "Izhara, nak ke mana tu?", aku menoleh ke belakang dan melihat rupanya Farhan yang menyeru namaku.
eh eh. Macam mana dia boleh keluar pula ni, Farhan yang hanya memakai 'selipar jepun' berwarna kuning berjalan ke arahku. "Nak ke bandar jap", acuh tak acuh je aku jawab soalannya. Habis aku menjawap pertanyaannya, aku segera melintas ke seberang apabila melihat tiada sebarang kereta yang lalu-lalang ketika itu. Ku endahkan sahaja Farhan yang masih tercegat seolah-olah menanti jawapan yang panjang daripada ku.
Dari birai-birai mata aku melihat bahawa Farhan masih lagi statik pada kedudukannya tadi.
.
.
.
.
.
.Selesai membeli 'mouse laptop' di kedai barangan elektronik di bandar, aku pun singgah sekejap ke '711 Seveneleven' untuk menghilangkan dahaga.
Ting!
Pintu di kedai tersebut berbunyi sebaik aku memasuki kedai tersebut. Ketika aku melihat ke luar kedai tersebut, aku terlihat satu susuk tubuh yang sangat ku kenali. Jaraknya tidak terlalu jauh sebab tu aku dapat melihat jelas wajahnya.
Secara automatik, jantungku mengepam lebih laju. Degupan jantungku semakin kuat. Aku melihat Izhar! Izhar yang kebetulan pada waktu itu lalu di hadapan kedai tersebut.
Masih hidup juga dia rupanya tapi dia langsung tak mesej aku...
Perasaanku semakin celaru.
" Izhar Farhan Izhar Farhan Izhar Farhan~~~", nama mereka berdua ligat bermain di fikiranku.Kenapa aku kena fikir pasal mereka 2 tu? lantaklah!
Setelah mengambil sekotak Milo, aku segera membayarnya di kaunter. Apabila aku keluar, ku lihat Izhar sudah tiada. Oleh itu, aku pun meneruskan langkahku untuk pulang ke rumah.
"Izhara"
Aku tergamam saat namaku disebut oleh seseorang dari belakang. Siapa pula yang panggil aku ni? *jengjengjeng
***

YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...