Lelaki yang berbaju lengan pendek berwarna ungu dan sedang memasukkan duitnya ke dalam mesin minuman tin. Sebaik mendengar suaraku, dia berpaling.
"Izhara? Kau buat apa kat sini?" Tak salah orang lagi. Dari belakang lagi aku dah tau ni Farhan. Aku memukul lengannya daripada belakang sekuat hati. "Kau pergi mana? Kenapa kau tak datang sekolah? Kenapa kau tak bagitau aku kau dah keluar hostel? Kenapa kau kena rahsiakan semua tu daripada aku? Aku risau sangat fikir pasal kau. Kau buat aku rasa bersalah." Emotional aku dibuatnya. Pandangan orang sekeliling tidak lagi aku hiraukan.
Sebaik menemui Farhan, aku bertukar sebak sebaik apabila melihat mukanya yang lebam seperti terkena kesan tumbukan dan ada plaster pada dahinya. Aku cuba tahan air mata aku daripada jatuh tapi aku lemah sangat.
"Izhara.. aku bukan sengaja nak buat semua tu." Air mataku ku kesat. Yelah ni bukan sinetron ataupun drama korea lelaki yang kesatkan air mata aku. "Farhan... apa dah jadi kat kau? Aku minta maaf sebab peristiwa hari tu. Aku tau aku tak matang sebab nak marah-marah kau sebab perkara kecil macam tu"
Setelah mengambil minuman tinnya daripada mesin tersebut, Farhan menarik beg sekolahku lalu menyuruh aku duduk di kerusi. Fuh nasib baik tak ramai orang kat sini. Kalau tak, entah apalah orang fikir bila nampak aku menangis depan lelaki. Tak kesah la sangat.
"Hahaha menangislah lagi. Kau nampak comellah masa menangis." Sempat lagi dia ni. Aku yang risau pasal dia sampai pulang sekolah terus cari dia 😒 Dahlah, aku pakai baju sekolah daripada pagi tadi. Kusut dah baju aku tudung ku pun dah miring ke kanan.
"Aku tak sangka kau risau pasal aku sampai macam ni sekali. Terima kasih Izhara." Katanya lalu mengambil tempat disebelahku. Aku tak harapkan ucapan terima kasih daripada dia ni. Yang ku mahukan adalah penjelasan disebalik semua yang terjadi.
Setelah aku berjaya mengawal perasaan sebakku, aku pun kembali 'berlagak takde perasaan.' "Aku bukannya risau sangat pun. Cuma, aku nak tau je keadaan kau. Yelah, kau dahlah lama tak datang sekolah. Aku bosan jugala takde orang nak kacau aku."
Aku melihat Farhan yang duduk disebelahku, tertunduk diam. Aku salah cakap ke tadi? Alamak.
"Uh Farhan? Kau okay tak ni? Maaflah kalau aku ada salah cakap tadi. Aku tak paksa kau ceritakan semua yang dah jadi ni kat aku sekarang. Kau boleh ambil masa kau. Cuma sekarang ni, aku nak kau bagitau aku satu perkara je." Farhan melihat aku dengan pandangan yang cukup serius. Namun, aku boleh rasa kesedihan dan kegusaran dalam pandangannya. "Aku cuma nak tau keadaan kau sekarang. Kau okay kan? Kau takde luka kat mana-mana lagi kan?" Dia hanya mengangguk.
Lalu, Farhan bangkit daripada kerusinya. "Ikut aku." Arahnya. Eh dia nak aku ikut dia pergi mana pula ni? Tanpa sebarang bunyi, aku pun mengikut dia daripada belakang.
Wad perempuan? Dia nak lawat siapa kat sini ni? Dia berhenti pada katil yang terletak tidak jauh daripada pintu keluar wad perempuan. Tangan wanita yang masih belum sedarkan diri itu disalam lalu diciumnya. Ibu dia kot?
"Ni lah ibu aku. Dah berapa tak sedarkan diri." Terang Farhan dengan nada yang rendah. Kelihatan tubuh seorang wanita terbaring di atas katil hospital itu dalam keadaan mukanya terdapat kesan lebam.
Wanita yang berbalut pada bahagian kepalanya dan ada kesan luka pada wajahnya. Apa agaknya dah jadi pada mereka berdua ni? Ada sesuatu pasal Farhan yang aku kena siasat. Sebab selama aku berkawan dengan Farhan ni, sekali pun dia tak pernah cerita dengan aku mengenai keluarganya.
"Sooo inilah sebab kenapa kau tak pergi sekolah? Sebab kau kena jaga ibu kau?" Aku mula memahami keadaan sebenar yang berlaku.
Farhan mengangguk lalu berkata, "ada sebab lain lagi sebenarnya." Tambah curious aku dibuatnya.
***
"Farhan, makanlah. Aku tau kau mesti takde selera. Tapi kau kena jaga kesihatan kau juga. Kalau kau sakit, Macam mana dengan ibu dan adik kau? Tak sangka pula adik kau comel kan! Haha " Aku dan Farhan berada di restoran berdekatan dengan hospital. Farhan berkeras nak temankan aku makan bila aku kata aku bergegas ke sini sebaik tamat masa persekolahan biarpun aku dah cakap aku nak balik rumah terus lepas ni.
"Adik?" soal Farhan. Aku hanya mengangguk sambil menjamah makanan Mee goreng seafood. Aku tahu aku tak sepatutnya menunjukkan betapa berseleranya aku menyentap makananku. Namun, apakan daya kalau tak makan gastrik pula aku nanti.
Namun, aku memang serius nak sangat tau apa dah jadi kat Farhan. Tapi.. rasanya sekarang waktu tak sesuai. Lagipun, sedap sangat makanan ni.
"Tu adik tiri aku." Aku terkejut mendengar jawapan Farhan. Tak sangka pula dia ada adik tiri.
"Aku tak suka dengan budak tu! Sebab mama budak tu lah keluarga aku jadi macam ni. Tapi, aku cuba sayang budak tu macam adik kandung aku. Bapa aku pukul ibu aku sebab nak pertahankan perempuan tu. Aku tak pernah ceritakan kisah keluarga aku pada siapa-siapa sebab keluarga aku tak sesempurna keluarga orang lain. Tapi.. sekarang aku rasa aku dah tak kuat lagi nak pendam semua ni.. Aku takut Izhara.. aku takut.. aku ingat bila aku masuk hostel aku boleh lari daripada semua masalah ni tapi rupanya sebab keputusan aku segalanya jadi macam ni. Akulah penyebab ibu aku jadi macam ni sekarang. Aku memang tak guna." Suara Farhan menjadi perlahan.
"Okay Izhara, you shouldn't eat right now. The timing is not right. Stop eating" , pesan suara hatiku. Garfu yang tadi aku gunakan aku letak di tepi meja. Aku memandang tepat ke wajah Farhan.
Farhan menundukkan kepalanya. Namun, melalui suaranya sahaja aku tau dia tengah menangis. Panik aku dibuatnya. Aku tak pandai nak tenangkan orang yang tengah menangis ni.
YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Ficção AdolescenteSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...