CSS | 21

101 10 3
                                    

×That moment when you're trying to look cute in front of your crush and end up looking stupid×

***

Pejam celik pejam celik hari ni hari terakhir exam. Fuhh!

Selesai sahaja kertas terakhir dan keluar sahaja cikgu yang menjaga kelas kami tadi aku terus bersorak kegirangan seolah-olah SPM telah tamat. Kelas 5Sains1 yang tadinya senyap bertukar menjadi pasar ikan. Semua pelajar sibuk menyambut kemerdekaan sementara ni. Maklumlah, lepas ni kan cuti seminggu.

F-R-E-E-D-O-M-!

Tapi bukan untuk kami kelas 5Sains1.

Kami kan telah diberi tugasan Fizik oleh Sir Amos -_-

Aku hanya menyambut kemerdekaan sementara ni sendiri-sendiri. Sinarti dan Sasmita tengah sibuk berjoyah dengan Irnah, Syahirah, Nurul dan geng-geng joyah yang lain.

Aku takde mood nak happy happy sangat sekarang ni. Aku melihat ke arah Farhan. Dia juga sedang memandang aku. Pandangan kami terlock. Aku tersenyum kambing dan Farhan pula seolah-olah tidak melihat aku yang tengah tersenyum macam kerang busuk ni. Kenapa dia ni?

Melihat tempat duduk sebelahnya yang kosong aku pun berjalan ke tempatnya lalu duduk di sebelahnya.

"Farhan", sapaku mesra sambil membuat aegyo yang tak seberapa menjadi.

"Hmmm"

Hmmm je dia balas. Selalunya dia yang over bila aku dah tegur dia ni. There's something wrong here.

Aku cuba menarik perhatian Farhan yang langsung tak pandang muka aku yang sebelah dia ni, aku pun menongkat dagu memandang Farhan "Hmmm Farhan terima kasih sebab apa yang kau ajar aku Sejarah tu betul-betul berguna. Thanks tau."

"Ok", balas Farhan lalu dia berpaling untuk melihatku.

Aku terus terpaku bila dia melihat aku direct in the eyes. Tangan kanannya pula menghampiriku seolah-olah ingin menyentuh aku. Aku yang sedikit panik menggerakkan badanku ke belakang. Dia nak buat apa ni??

Melihat aku yang semakin jauh daripada dia, dia berkata, "Lengan kau la Panda, nampak! jaga aurat tu baik-baik.", dia berkata dalam nada yang tegas sambil menarik lengan bajuku untuk menutup aurat lenganku yang tadinya terdedah. Setelah itu, dia berjalan keluar dari kelas meninggalkan aku yang masih ternganga dengan perbuatannya sebentar tadi. Aku rasa teruk. Malu. Langsung tiada senyuman pada mukanya.

Aku agak terkejut dengan tindakannya yang di luar jangkaan itu. Dia panggil aku Panda, tak pernah-pernah dia panggil aku macam tu. Pastu yang lagi pelik, kesah juga dia pasal aurat aku. Ini Farhan ka ?

Aku suka Farhan yang caring macam ni. Tapi aku lagi suka Farhan yang dulu yang selalu senyum je. Yang selalu sapa aku tiba-tiba dengan loyar buruknya tu sampai aku penat nak layan. Tapi.. sekarang.. Farhan ni dah lain. Farhan kau kenapa?

"Ehem ehem", aku dengar suara Sinarti berdehem di hadapanku.

Aku faham reaksi pada muka Sinarti tu.

Aku menaikkan kedua keningku, "hmm jangan tanya aku kenapa Farhan macam tu. Aku tak tahu."

Sinarti lantas duduk di tempat Farhan tadi. Cikgu untuk masa seterusnya juga belum masuk.
Biasalah, memandangkan ini merupakan hari-hari terakhir sebelum cuti persekolahan, guru-guru pun mulalah tak masuk kelas. Faham-faham je lah. #HarapMaklum

"Takkan kau tak faham-faham lagi Iz?", soal Sinarti. Aku baru sahaja hendak melawak tapi niatku terbatal apabila melihat muka Sinarti yang serius.

"Hmmm tak. Aku tak faham. Apa yang nak difaham ni sebenarnya?", aku langsung tidak tahu menahu apa maksud disebalik ayat Sinarti itu.

"Farhan suka kau Iz."

Mujur saja aku tidak menghidap penyakit jantung, kalau tak dah lama aku rebah.

"Huh, merapu apa pula ni?", aku menyoal Sinarti kerana sungguh tidak percaya.

"Hmmm takkan kau tak faham lagi. Dia suka kau Iz dan dia jeles dengan si Izhar tu. Cuba kau buka mata kau yang bulat tu sebesar-besarnya.", terang Sinarti.

Aku hanya mampu membuat muka terperanjat dan sedikit mengantuk 😒

"Mungkin dia tak bagitau kau direct sebab dia takut persahabatan kamu dua akan terjejas sebab perasaan dia tu. Tapi kau nampak je lah pandangan dia tu kat kau, macam mana reaksi dia bila nama kau disebut or what." tambah Sinarti.

Aku hanya mampu tersenyum hambar. Masih tak mampu terima berita ni. Aku memang sayang Farhan. Aku memang suka Farhan tapi... aku tak pernah nampak dia lebih daripada seorang sahabat.

Setelah lama berdiam diri, aku akhirnya berkata, "Hmmm so kau tau kan apa kau perlu buat lepas ni Sinarti?", aku bercakap dalam nada berlagak seperti perisik rahsia.

"Haaa aku lagi?", Sinarti mengerutkan keningnya.

"Haa kau la sapa lagi?"

"Okay! for you! just for this time.", akur Sinarti.

Aku tersenyum yakin menampakkan lesung pipit aku yang tak wujud pun. Namun, seribu persoalan ligat berlegar di ruang fikiranku.

***

Short chapter.
Itu taktik supaya anda semua terus mbaca😂 Apa maksud disebalik ayat Izhara kepada Sinarti tu? hmmm the answer is in the next chapter :) vote kalau kamu rasa cerita ni mengena di hati kamu. Kalau lah... ok bye

 

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now