CSS | 6

191 17 0
                                    

×"Sometimes, I ask myself wouldn't it be easy to just tell him how I feel but everybody have they own fear."×

***

Chirp! chirp!

Kicauan burung di luar tingkap bilikku mengejutkan aku. Aku terjaga dari tidur yang lena pada pagi hari Khamis. *cehwahh berpuitis pula pagi-pagi ni ;)

Aku lihat jam locengku belum berbunyi yang bermaksud aku bangun awal hari ini biarpun tidur lewat semalam.

Apa yang dah terjadi semalam? Aku rasa aku mimpi la pasal Farhan dan Izhar semalam? Aku mimpi yang mereka berdua bergaduh sebab aku >< Hahahahaha  comel je mimpi aku n_n

"AAAAARGHHG", aku membuat senaman yoga di awal pagi atas katil. Aku mendepakan kedua-dua tanganku ke hadapan sambil menarik nafas dalam.

Usai mengerjakan solat subuh aku terus mencapai tualaku yang berwarna biru dan memasuki bilik mandi.

.
.
.
.

Setelah selesai bersiap, aku turun ke bawah dan ku lihat jam di dinding menunjukkan pukul 6.15 pagi. Aku lihat ayah dan abang  sedang sedap menikmati Nasi goreng Kampung yang digoreng oleh ibu di dapur.

"Selamat pagi 'famili' ku sekalian", kataku sambil mengeluarkan air Milo yang telah ku letakkan di dalam peti sejuk semalam. Lalu, aku meletakkan beg sekolahku di atas bangku dan duduk di sebelah abang.

Sambil memakai jam tangan Rolexnya, ayah berkata kepadaku. "Adik, harini ayah tak dapat nak hantar kamu ke sekolah sebab ayah ada tugas penting kat luar. So, abang Fatt kamu yang akan hantar kamu harini."

Aku yang sedang meminum air Milo hanya mengangguk.

Setelah aku mencium tangan ayahku, ayahku pun meninggalkan kawasan dapur. Tinggallah aku bersama abang aku yang kononnya kembar tak seiras Shahrul Rizwan ni. Nak muntah pulak. Ibu pula awal-awal pagi sudah melekat di hadapan laptopnya, mungkin tengah menulis cerita baru kot.

Setelah licin pinggannya, abang Fatt aku pun bangkit dari tempat duduknya dan meletak pingannya tadi ke dalam sinki. "Dik, jomlah. Nanti lambat sampai sekolah tak pasal-pasal adik salahkan abang pula", katanya sambil mengambil kunci kereta di sebelah pintu masuk. Memandangkan abang aku ni cemerlang dalam pelajarannya, asyik dapat 'Best student' kat sekolah menengahnya dulu, apa dia nak semua ayah dan ibu tunaikan. Dia nak kereta, ayah belikan. 'Bertuah' punya abang. Aku ni pula, nak minta belikan kasut jalan baru pun susah. Asal nak minta belikan yang baru, ibu mesti cakap, "kasut yang Ara guna sekarang tu masih boleh pakai apa." And I was like, "My heart breaks a little when I hear your words♪♪" Sebab tu la kadang-kadang aku rasa macam aku ni di anaktirikan oleh ibubapa sendiri. hek hek xD Tapi syukur jugalah, bekalan Milo kat rumah aku tak pernah habis :)
Okay, stop merapu.

Sekarang ni kiranya aku kat dalam kereta 'Proton Saga baru' abang aku la.  Senyap je keadaan dalam kereta tu, so aku pun hidupkan la radio. Aku suka dengar radio era biarpun lagunya asyik ulang-ulang je. Kebetulan, masa aku hidupkan radio era tu lagu 'Sudah ku tahu' daripada 'Projector Band' yang main. Aku benci dengar lagu ni, terlampau ganaslah part korusnya. So, aku pun cepat-cepat la tukar radio lain, masa aku nak tekan butang 'next' tu, abang aku tepis tangan aku. Pastu, dia pun cakap, "Jangan tukar! ni lagu 'favret' abang tau.", lepastu, dia sambung menyanyi. Hampir pekak jugak lah telinga aku dengar dia nyanyi. Pitching ntah kemana, vokal ntah kemana. Sumbang! *ceh ceh macam juri profesional je aku.

Masa part korus lagu tu, aku terus teringat si Farhan. Apa taknya, dia kan selalu panggil aku 'Sayang'.

Setelah lama berdiam, aku pun bertanya kepada abang Fatt aku pasal perkara yang asyik bermain di fikiran aku sejak tadi, "Abang, lelaki memang suka panggil perempuan 'sayang' ka biarpun lelaki tu takde perasaan apa-apa kat perempuan tu?"

Abang Fatt aku ni macam terkejut je dengar soalan aku. Laju je dia toleh kat aku lepas aku tanya dia soalan tu, sambil meletakkan tangannya di dagu berpura-pura berfikir sejenak.

"Hmmm sebagai lelaki yang memahami perasaan lelaki yang lain, kebanyakan lelaki bila dia rasa dia dah selesa dengan seseorang perempuan tu, dia akan berani untuk panggil perempuan tu menggunakan gelaran-gelaran yang nakal dan juga ada kemungkinan kecil lelaki tu suka kat perempuan tu", jelasnya panjang.

Tanpa aku sedari, kami sudah pun sampai di hadapan kawasan sekolah. Untuk mengelakkan abang Fatt aku ni daripada menyoal aku soalan-soalan 'kontroversi' mengenai soalan ku tadi, aku segera mencium tangan abangku lalu keluar dari keretanya. Adik 'mithali' la katakan.

Dengan penuh kegirangan, aku berjalan masuk ke kawasan sekolah. Dari kejauhan, aku lihat Farhan yang harini berbaju biru pengawas memakai songkok yang baru keluar dari asrama. Meskipun, aku rabun jauh dan silau, aku masih boleh nampak biarpun kabur-kabur. Ibu, ayah, Sasmita, Sinarti semuaa dah banyak kali menyuruh aku membuat gelas mata tapi aku tak nak. Bukan apa, tapi bila aku pakai nampak macam 'nerd' la. Tak teruk mana pun. Kali terakhir aku periksa mata aku tahun lalu. Aku rabun sebab aku selalu menonton drama korea gelap-gelap kat bilik aku la ni.

Aku segera berjalan melalui koridor pejabat sekolah menuju ke dewan sekolah. Aku seolah-olah terdengar ada orang menjerit memanggil-manggil namaku. Namun, ku endahkan saja setelah ku melihat kelibat Sinarti di dewan tengah membetulkan tudungnya. Dia tu memang cerewet orangnya, tudungnya ditiup angin sikit, sibuk betulkan tudungnya.

Seperti biasa dan sudah menjadi peraturan di sekolah aku yang setiap hari sebelum masuk ke kelas, semua pelajar akan berkumpul di dewan sekolah untuk sebarang pemberitahuan dan pengumuman.

"yo wassup?, mana Sasmita." Aku bertanya kepada Sinarti sebaik sahaja melabuhkan punggungku di lantai dewan sekolah. Aku duduk di belakang Sinarti. keadaan dewan sungguh bising dengan keriuhan pelajar-pelajar.

Aku merapatkan lagi jarak di antara aku dan Sinarti sebelum memulakan 'kisah hangat' aku dengan Sinarti.

"Sinar kau ingat lagi tak dengan mamat poyo masa sekolah rendah kita?", aku menyoalnya sambil melihat wajahnya mengharap responnya.

Sinarti dengan mukanya yang tak berapa segar di awal pagi ni pun menjawab sambil menguap, "Aaaahh mamat poyo mana satu ni? Cuba kau spesifik sikit."

Aku pun mencubit manja lengannya, "Oi bangun oi kat sekolah pun masih mengantuk ke, alah kau ni maksud aku si Izhar tu la." Bahasa aku kalau dengan  Sinarti dan Sasmita memang kasar sikit. Kalau formal sangat, tak rock la friendship kami.

Sebaik mendengar namanya, terbeliak mata Sinarti yang sepet-sepet  macam anak cina tu. Sekali yang tertera kat pengenalan, "Melayu". Laju saja dia memberi respon, "Izhar? anak pak cik Shadid tu?"

" Ah ah la. Ada Izhar lain ka kat sekolah rendah kita dulu?", aku membuat muka menyampah.

"Oh, cakap pasal dia ni, aku baru teringat yang di--- aku memotong ayat Sinarti. Ntah kenapa kalau cakap pasal si Izhar ni aku semangat semacam je. "yang dia apa? dia apa Sinar?", aku menolak-nolak tangan Sinarti untuk menyuruh dia mempercepatkan ceritanya".

***

Biarpun watak Farhan ni tak wujud dalam dunia sebenar, but somehow i feel like he really exists :') kalau suka cerita  ni, vote okay😘


 

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now