♚
×Just because we don't talk, doesn't means that I don't think about you. I'm just trying to distance myself because I know I can't have you×
***
Dengan senyuman manis yang terpamer di wajahku, aku melangkah masuk ke sekolah. Memandangkan ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah selama 2 minggu. Alahai senangnya hati ♪♪
Seperti yang telah diberitahu oleh cikgu Shafie masa perhimpunan tadi, guru-guru akan bermesyuarat bermula daripada pukul 7 pagi sehingga waktu rehat. Mesyuarat tergempar la katakan! Ini bermakna tiada cikgu akan masuk ke kelas! yippee🎉 Pengawas pula telah diamanahkan untuk mengawal dan memantau keadaan pelajar-pelajar.
Kelas 5sains1 yang sering menjadi seperti 'pasar ikan' menjadi senyap harini. Mana taknya, semua dah mood cuti. Taunya, memberatkan kepala di atas meja je. Hanya aku dan Sinarti yang aktif bercerita ni. Sasmita? Sasmita macam biasalah. Kalau cikgu tak masuk, dia duk diam-diam je kat tempat dia. Buat apa? dia baca majalah BTS 😒
"Okay Sinar, laporan", aku berkata kepada Sinarti yang duduk disebelahku yang sedang membetulkan tudungnya.
"Hmmm laporan apa kau nak?"
"Heii tolonglah mak cik! Takkan dah lupa? aku kan dah bagi kau misi kelmarin", aku berkata dengan nada yang menyampah.
"Oh pasal Farhan tu?", soal Sinarti.
"Yup.", jawabku ringkas.
Dipendekkan cerita, sebenarnya sejak abad ke-19 lagi Sinarti ni kira macam aku punya orang tengah apabila berlakunya kes-kes seperti keadaan aku dan Farhan sekarang ni. Dimana, dialah yang berjumpa dengan Farhan bagi cari tahu mengenai apa Farhan tak berkenan dengan aku ni sampai dia bersikap sebegitu sekali terhadap aku.
"Hmm laporan mendapati bahawa Farhan ni.... -- *melihat ke atas seolah-olah ada kepulan awan*.
Flashback in Sinarti's POV
Seperti yang telah diamanahkan oleh Izhara kepada aku, aku pun menjalankan misiku sebagai 'orang tengah' antara Izhara dan Farhan. Kebetulan pada hari itu, aku pulang lewat sikit dari sekolah sebab tolong Cikgu Liani menyemak kertas peperiksaan pelajar tingkatan 4. Izhara dan Sasmita telah pulang dulu. So, selesai sahaja aku menolong cikgu Liani kebetulan aku melihat Farhan di taman botani sekolah yang terletak tidak jauh daripada bilik guru. Ku lihat Farhan bersendirian dan sedang tekun menelaah subjek Fizik.
Haa peluang baik! Aku pun menghampiri Farhan lalu duduk di sebelahnya. Namun, sedikit pun dia tidak mengendahkan aku.
Aku pun melanggar tangan kanannya yang menyebabkan kertasnya terconteng.
Sambil mengambil liquid paper Farhan memadam contengan tersebut lalu merungut geram, "ishh kau ni, nak pe?"
"Kau okay tak dengan Izhara?", soalku.
"Hmmm kenapa kau tanya macam tu?"
"Yelah aku nampak kau tak mesra je dengan dia. Bukan kau ni pantang ke bila nampak Izhara, mesti nak usik dia."
Kata-kataku membuatkan Farhan berhenti menulis lalu menatap mukaku.
"Kau juga yang bagitau aku kan yang si Izhara tu suka mamat Izhar tu. Aku tak nak lah kacau daun."
"Eh wait wait wait! kau pun suka Izhara? tolong jangan cakap kau percaya cakap aku 100% tadi tu? Part yang bakal suami tu?"
"Huh... memang tak ah aku percaya! tapi aku tau Izhara pun memang suka kat Izhar. Bukan niat aku nak buat layan Izhara macam tu cuma... aku takut perasaan aku terhadap Izhara semakin mendalam kalau aku terus-terus layan dia mesra, baik macam tu." luah Farhan.
Aku menutup mulutku yang daritadinya terbuka luas. Kang masuk lalat pula.
Setelah itu, Farhan memberikanku senyuman hambar lalu meninggalkan aku sendiri di taman itu.
*End of Flashback in Sinarti's POV*
"Far..han... su..ka aku?",soalku tidak percaya.
"Nampaknya begitulah. So, sekarang ni kau pikir la baik-baik kau nak pilih mana satu"
"Sempat pula kau ek! Macamlah aku nak kawin sekarang. So.. Sinar kau rasa aku patut buat apa sekarang?"
"Buat macam biasa je lah. Lainlah kalau kau suka dua-dua tu sekali!", ketawa Sinarti mengisi suasana suram di kelas.
Huh. Susah juga kalau muka mirip-mirip Selena Gomez ni 😹😹 Amboi perasannya.
Aku melihat jam yang tergantung di dinding kelas, lebih kurang 5 minit sahaja lagi baru waktu rehat. Kemudian, Farhan memasuki kelas dengan buku catatan rekod pengawas pada genggaman tangan kanannya.
Sinarti melanggar sikuku sebagai isyarat untuk aku menegur Farhan. Mulutku secara automatik menyapa Farhan.
"Farhan"
Krik.krik.krik.krik.
Kedengaran bunyi cengkerik selepas itu.Aku pun bangkit daripada tempat dudukku lalu berdiri di hadapan meja Farhan, "Hmmm pasal projek fizik kita tu, korang datanglah rumah aku besok dalam pukul 10 pagi.", aku cuba mencari topik perbualan.
***
Keesokan harinya...
"Wahh cantiknya rumah kau, Iz", puji Nurul sebaik sahaja mereka bertiga (Nurul, Farhan, Sinarti) melangkah masuk ke rumahku. Datang juga si Farhan ni, ingatkan nak protes tak nak datang.
"Alhamdulillah biasa-biasa je. Kita buat tu kat bilik aku. Korang naik dulu, aku ke dapur ambilkan korang minuman dan makanan kejap", jawabku merendah diri lalu bergerak ke dapur. Memandangkan hanya aku yang berada di rumah, terpaksa la kawan-kawan aku makan snek-snek ringan je.
"Korang naik dululah. Aku nak ke tandas jap", kata Farhan yang memakai baju t-shirt ungu kelabu kepada Sinar dan Nurul.
Tiba-tiba...
Ding Dong! Loceng pada pagar masuk rumahku berbunyi.
Aku yang tengah sibuk mengeluarkan snek ringan dan minuman manis daripada dalam peti sejuk, bergegas ke pagar masuk.
Eih siapalah pula yang datang time-time macam ni!
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat sekujul tubuh manusia yang amat ku kenali.
"FAIZREL?" kata Farhan yang tanpa kusedari berdiri di sebelahku sejak tadi.
Eh eh? Farhan kenal Faizrel?
***
Another cliffhanger! 😜 Sorry kalau bab ni kurang menarik sebab ia ditulis pada awal pagi sebelum ayam berkokok lagi😹 so fungsi otak tidak 100%. feel free to comment, kalau sudi kiranya votelah! 😊

YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...