CSS | 18

131 10 2
                                    

×When you fall for someone's personality, everything about them becomes beautiful×

***

Farhan's POV

Setelah selesai menunaikan solat Isyak, aku berbaring di atas katil. Fikiranku mula memainkan kata-kata yang Izhara beritahu aku tadi sebelum kami berdua keluar daripada panggung.

"Thanks, Farhan for everything and thanks for being such a great friend for me all these time."

Ntah kenapa aku rasa kecewa sikit bila Izhara sebut perkataan 'friend' tu.

Dan siapa pula lelaki tu sebenarnya? kenapa aku rasa lain macam je bila nampak lelaki tu mesra dengan Izhara. Aku rasa tak sanggup melihat Izhara mesra dengan lelaki lain. Aku jeles ke apa ni? Selama ni, aku memang sayangkan Izhara tapi tak lebih daripada perasaan seorang kawan. Lama kelamaan, aku rasa perasaan aku terhadap Izhara semakin mendalam. Is this what people called as 'Love'? aku cuba menampar-nampar pipiku takut aku sedang bermimpi. Kalau betul, sudikah Izhara terima perasaan aku ni? patutkah aku luahkan perasaan aku terhadap Izhara?

"Kau perlu perjuangkan cinta kau Farhan", getus suara hatiku.

Kalau perlu aku bersaing dengan lelaki tu untuk mendapatkan cinta Izhara, aku sanggup!

***

Aku baru sahaja selesai mandi,  aku berdiri di hadapan kipas untuk mengeringkan rambutku.


Ligat berlegar di kepala otak aku pasal Izhar dan Farhan. Dua orang lelaki yang selalu mengharu-birukan fikiran aku. Seorang tu baik tapi ego sikit. Seorang tu pula terlebih baik, terlebih memahami aku.

Kalaulah aku perlu pilih antara mereka berdua tu, aku rasa aku akan pilih...

Tiba-tiba..

Ding!

Aku segera mencapai telefonku yang terletak di atas meja. Aku melihat nama seseorang tertera pada notification telefonku.

I.R : Assalamualaikum

Izhara : Waalaikumussalam

I.R : Siapa lelaki tadi tu?

Izhara : Classmate aku.

I.R : Classmate ke bf?

Izhara : Jangan merepeklah!

I.R : Izhara, besok aku exam tau, tak nak wish goodluck tuk aku ke?

Izhara : Goodluck!

I.R : Okay,thanks. K la aku nak tidur dah ni, sweet dream.

Bip. Telefonku aku matikan. Apa dia fikir dia sorang je ke yang exam esok. Aku pun exam juga tapi aku tak nak serabutkan lagi kepala otak aku dengan segala jampi serapah. Besok paper Bm dan Bi je pun. Tutup mata pun boleh jawablah >< kalau tak tipu.

Ketika aku memejamkan mata, aku terbayang wajah Izhar. Hmmm makin hensem pula dia ni. Rambut dia macam mamat korea sesat. Dimple dia deep giler. Berabis aku nak cover blushing aku tadi masa jumpa dengan dia. Farhan pula lain macam je dia pandang Izhar.

Selama hampir sebulan lebih kami sering berhubung secara maya, tak pernah sekali pun aku yang tamatkan chat kami.

Dan.... ntah kenapa.. setiap kali Izhar memberi alasan untuk menamatkan chat kami, aku rasa satu perasaan yang aku tak pernah rasa sebelum ini. Kecewa? Betulkah aku kecewa.

Farhan pula tak habis-habis dengan loyar buruk dia. Tapi, senakal-nakal si Farhan tu dia baik sangat dengan aku. Aku rasa dialah lelaki yang paling memahami aku (my father not included). Aku harap Izhar dapat jadi macam Farhan.

Kekadang aku rasa pelik dengan diri aku sendiri. Selama ni, Farhan yang selalu ada kat sisi aku bila aku perlukan dia tapi sedikit pun aku tak suka kat dia. Aku memang sayang dia tapi tak lebih dari seorang kawan.

Pandangan Farhan terhadap Izhar tadi lain macam je. Aku nampak seolah-olah dia cemburu. Eh eh jap! takkanlah.

Ahhhh!! kenapa dengan kau ni Izhara! yang kau sibuk ingat pasal 2 lelaki tu kenapa? besok soalan exam bukannya pasal dorang 2 tu pun. Aku menekup mukaku menggunakan Novel Silir Daksina yang tadinya ku letak disebelahku.

Setelah aku menghapuskan bayangan mereka berdua kat otak aku, aku mengambil kembali telefonku dan aku secara tak tersengaja terdail nombor orang yang selalu kol aku tu!! Alamak alamak! aku cepat-cepat menekan butang merah untuk menamatkan panggilan.

Tidakkkk! Malunya aku.

Tak lama kemudian, nombor itu kol aku balik.

I need you girl ohhh wa--

Nak jawab ke tak nak? kalau jawab nak cakap apa? Nak mengaku yang aku tertekan? Malulah aku.

Nak tak nak aku kena hadap semua ni, aku pun menjawab panggilan tersebut. Disebabkan rasa malu yang membuak-buak, sebaik sahaja aku menjawab panggilan tersebut,laju saja aku meminta maaf sambil mengaku kesilapan.

"Sorry sorry aku tertekan tadi!! k bye!"

"Ehh kejap kejap! aku ni Nul, Faizrel." kata lelaki tersebut membuatkan aku terkedu seketika.

"FAIZREL?", soalku seakan tidak percaya.

"Ya, Faizrel".

***

Jengjengjeng!! watak baru! :) Faizrel tu siapa? will be revealed in the next chapter! Kalau suka, vote ☆


Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now