CSS | 30

101 8 2
                                    

×I am too shy to tell you what I feel in front of you do I will just tell you in my dream×

***

Sorry lama tak update! author trial spm sekarang😭😭 Hope masih ada yg sudi membaca 😢

"Kenakan aku? kenapa pula dia nak kenakan aku?", ku lihat Farhan sedang membalut kakiku yang luka menggunakan skaf pengakapnya.

Dia berhenti lalu melihat aku tepat di mata. Jantungku pun mula berdegup kencang. Jarak di antara kami berdua begitu rapat. Silap-silap aku majukan kepalaku ke depan mesti dah terci*m 💨 Dia menghembus nafas dalam, "huh aku bukan tak nak bagitau kau cuma.. Selina memang dah lama bagitau aku yang dia memang tak suka kat kau".

"Kenapa pula?" aduh banyak pula kenapa kenapa aku ni.

Setelah Farhan habis menceritakan segala-galanya, aku masih tidak faham apa motif utama Selina buat aku macam ni.

"So, dia ajak kau getback tapi kau reject dia mentah-mentah? kenapa aaa? kau kan cintaa tahap teraaaa kat dia tu." kakiku yang telah dibalut oleh Farhan ku pegang.

"Itu duluuuu, Iz. Sekarang aku dah suka kat orang lain. Orang yang jauh lebih baik dari Selina. Lebih cute biarpun dia ganasss tapi aku tetap suka dia "

"Wah wah wah! sejak bila pula kau pandai berahsia dari aku ni? tak bagitau pun kau ada suka kat siapa-siapa", ku menarik muncung panjang. Berpura-pura merajuk dengan harapan Farhan akan pujuk aku.

"Ka-", ayat Farhan terhenti apabila Sinarti diikuti oleh Faizrel datang ke arah kami.

"Kau kenapa ni Iz?? kaki kau kena apa? Sakit ke?", reaksi dia ni melampau sangat sampai sparkle bagai mata. Aku yang masih terduduk di lantai cuba untuk bangun.

"Aku okayla. Kau jangan over sangat boleh tak? Sakit kau tanya? Tak sakit! Langsungggg tak sakit. Rasa macam kena gigit semut je!" Siapa suruh tanya aku soalan cepumas. Tak pasal-pasal terkeluar ilmu kesarkastikan aku. Sinarti terus tergelak lalu menolak bahuku. Hampir aku terjatuh gara-gara dia ni. Main kasar nampak.

Faizrel pula berdiri di sebelah Farhan sambil membisikkan sesuatu. TO BE EXACT, DIA TAK BERBISIK PUN! Bisik apanya kalau aku yang kat depan dorang ni pun boleh dengar. "Apa jadi? Bukan main sweet lagi korang ye?"

"Ehem ehem", aku membagi signal tunggu-kau-Faizrel.

"Kaki sepupu kesayangan kau ni terkena paku! aku suruh kau datang ni aku nak kau jaga dia. Yang kau merayau ntah kemana ni kenapa?", bebel Farhan macam nenek-nenek si bongkok tiga ni.

"Ohhh so kau lah manusia yang bagitau Faizrel ni."

"Hahaha saja aku nak kau yang jaga sebab aku kena jaga orang lain", anak mata Faizrel melirik ke arah Sinarti.

Belum sempat aku mendengar jawapan Farhan, Sinarti telah menarik tangan ku untuk kembali ke kawasan padang sekolah. Aku tak pernah tau pula yang kawan aku ni buta. Dia tak nampak ke apa aku tengah kaki ayam sekarang ni -,-

"Kalau ye pun kau nak tarik-tarik aku, tunggulah aku habis pakai kasut dulu."

"Kau kenapa Iz? dah jadi capek pula?", soal Sasmita sebaik aku sampai di kanopi St John iaitu tempat dimana Sinarti dan Sasmita bertugas.

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now