CSS | 46

49 4 1
                                    

So hye guys! SPM PUN DAH HABIS!✨🌟💛💜💚❤🎐🎉🎊 So, mulai sekarang author akan update lebih kerap 👻 Harap masih ada yang sudi layan cerita karot mengarut ni. Hmmm disebabkan itu, maybe cerita ni akan tamat dalam 20 bab lagi. In sha Allah. Unless kalau ada request yang minta teruskan .

" kita nak beli kat mana ni?," Tengok Farhan yang degil ni ikut juga aku. Ntah macam mana dia boleh keluar daripada hostel. Aku tanya dia tak nak bagitau.

"Kita pergi kedai depan tu. Sebab kat situ murah-murah barang dia." Langkahku ku cepatkan. Farhan membuntuti ku daripada belakang.

"Ni la mak cik-mak cik zaman sekarang ni. Nak yang murah je. Murah tak semestinya bagus nanti ka-"

Aku tak salah nampak ke apa ni? Seorang budak lelaki dan perempuan memakai baju sekolah sedang berjalan beriringan. Izhar ke tu? Dengan siapa pula dia tu? Baik aku kejar.

"Eh mana pula dia nak pergi tu? Ada ke patut dia biar aku bermonolog sendiri kat sini. "Izhara!"

"Hmmmm aku kena siasat siapa perempuan yang dengan dia tu. By hook or by crook, I need to find out!"

"Find out apa? Siapa kau tengok tu?"

"Izhar." Aku menjawab sepatah. Aku mengintai Izhar daripada kedai butik kat hujung blok bandar ni. Jarak kami tak berapa jauh. Dia dengan seorang perempuan kat dalam kafe.

"Oh."

Dia kata dia sakit. Tapi boleh pula dia keluar jalan-jalan ngan perempuan.

Izhar keluar daripada kafe itu sambil memegang erat tangan perempuan tu. Masa tu, aku rasa hati aku macam kena sambar petir halilintar boboiboy je. Siapa perempuan tu? Girlfriend dia? Farhan segera melangkah meninggalkan aku yang daritadi tercegat disitu.

"Izhar!" Jerit Farhan kepada Izhar. Izhar yang terasa namanya dipanggil mencari-cari orang yang memanggil namanya.

Kelihatan dari jauh Izhar mengerutkan dahinya. Perempuan disebelahnya turut mencari-cari siapa yang memanggil nama Izhar.

Setelah menyedari bahawa Farhan yang memanggil namanya, Izhar seakan-akan terkejut melihat aku yang berada disebelah Farhan. Aku melihat Farhan telah pun berjalan menghampiri Izhar.

Eh nak buat apa pula si Farhan ni? Bikin aku risau pula. Aku pun ikut je la langkah Farhan, dia ni kadang-kadang boleh act out of control .

"Hei Farhan dan... Iz..hara. Apa khabar bro?" Izhar menepuk bahu Farhan.

"Aku datang ni bukan nak bercerita ngan kau. Aku nak tanya kau siapa sebenarnya Izhara dalam hidup kau?" Aih soalan Farhan ni cukup kuat untuk buat jantung aku rentap. Soalan KBAT.

"Ergh? Soalan apa kau tanya aku ni?" Aku membaca tanda nama kat tudung perempuan tu, Firaziera. Eh bukankah perempuan ni yang aku nampak duduk kat sebelah Izhar kat perpustakaan tempoh hari? Aku mungkin pelupa tapi aku takkan lupa perkara macam ni.

Wahai jantung kenapa lemah sangat? Bila nampak perempuan tu menarik tangan Izhar tambah sakit hati aku.

"Siapa dorang ni ?," soal Fira.

"Shh i'll tell you later. Let me settle this first." Izhar memberitahu Fira. "Hmm macam ni lah.. rasanya aku tak pernah declare apa-apa tentang hubungan aku ngan Izhara.. Kan Izhara?"

Aku rasa aku tak dapat tahan dah perasaan aku ni. Aku rasa macam air mata aku dah berat untuk aku tanggung. Aku segera meninggalkan mereka disitu.

"Kau memang nak cari gaduh! Kau dah cakap macam-macam kat Izhara lepastu kau hancurkan kepercayaan dia kat kau. Kau ingat eh kau sakitkan hati Izhara sama dengan kau hancurkan kepercayaan aku terhadap kau selama ni!"

***

"Izhara.. Dah lah tu. Aku tak suka tengok kau menangis macam ni." Aku harap Farhan sabarlah pujuk aku. Aku kalau dah menangis memang susah nak berhenti. Panggillah Fattah Amin sekali pun konfim aku berhenti nangis😂😂😂

"Far..han.." Tersedu-sedu aku memanggil nama Farhan. Aku memang tak malu nak menangis depan Farhan ni. "Kau tau kan.. Aku dah lama suka kat Izhar. Dia pun kata dia suka aku juga. Tapi, dalam diam dia buat aku cam ni.. Apa kurangnya aku Farhan?"

"Ye aku tau. Kau tak kurang apa-apa. Izhar tu je yang tak pandai nak hargai kau... Aih tadi kalau kau tak halang aku, memang pecah muka dia aku belasah. Maafkan aku Izhara.." Nada suara Farhan terus berubah.

Aku dan Farhan yang daritadi duduk kat bangku tepi jalan dah macam remaja hilang arah😂

"Kenapa pula kau nak minta maaf?"

"Sebab.. Aku tak dapat lindungi kau. Aku tak suka bila kau sedih.. Kalau kau terima aku, aku akan pastikan kau sentiasa gembira."

Farhan..

"Biarpun aku tau kau dah lama suka kat Izhar tapi aku tak pernah berhenti sukakan kau.. Aku kalau boleh sentiasa nak ada disisi kau supaya aku boleh jaga kau sentiasa.." Farhan tunduk.

"Farhan?" Aku yang daritadi menangis tersedu-sedu terhenti sebaik mendengar pengakuan Farhan.

"Ergh.. maksud aku suka kawan dengan kau. Hmm dah lah jom balik?," Farhan berdiri dan membersihkan daun-daun kering yang tadinya melekat di punggungnya.

Aku menarik tali beg Farhan lalu berdiri dan berjalan seiringan dengan Farhan. Kesan air mata di pipiku aku kesat. Aku tak nak gambarkan perasaan aku masa nampak Izhar masa tu. Tak cukup dengan tu, dia tipu aku! Hati aku pun dah rasa tertutup untuk Izhar.

Aku dan Farhan dua-dua berjalan tengok bawah langsung tiada kata antara kami dua.

♪♪ Kau sempurna bagiku tak kurang sesuatu ku terima apa adamu..♪♪

Farhan yang menyanyi memecah kesunyian diantara kami berdua. Kali pertama aku dengar dia menyanyi😂 Hmm bolehlah suara Farhan ni. Macam suara Harris Baba campur suara katak sikit. Aku yang daritadi cuba menahan ketawa akhirnya tak dapat tahan.

"Hahahahahahahaha! Kau kenapa tiba-tiba nyanyi lagu tu?" Sakit perut aku ketawa.

"Ish kau ni malulah aku kau gelakkan aku macam tu. Kau kira bertuah tau sebab ni kali pertama aku nyanyikan perempuan lagu." Farhan memegang rambutnya yang macam aiskrim tu😂

"Okay terima kasih Farhan. Kau dah buat aku happy sikit dengan suara kau yang merduuuu sangat tu."

Farhan memberhentikan langkahnya lalu merenung mukaku. Aih dah kenapa dia ni? Taula mata aku dah bengkak sebab nangis tadi. "Kau dah kenapa tengok-tengok aku ni?" Aku menutup mukaku menggunakan tangan.

"Nul Izhara Azura.. Sebenarnya.. aku dah lama sukakan kau.."

.......

***

HAHAHAHAHAHA😂😂😂
Cliffhanger. Kalau nak tau apa jadi seterusnya, tunggu bab akan datang

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now