CSS | 14

128 11 2
                                    

×One day, you will find someone who loves you and treat you like a queen.×

***

Exam tinggal beberapa hari je lagi. Aku dah takde banyak masa lagi ni nak main-main. Setelah selesai bersiap aku lekas turun ke bawah. Hari ni, aku nak jalan ke library. Farhan kan dah janji nak ajar aku Sejarah. Belajar dengan si Farhan tu taklah teruk mana cuma yang teruknya aku sorang je! Sinarti dan Sasmita berkeras tak nak temankan aku -.-  Mujurlah Farhan dah janji dengan aku yang dia nak bawa Izat tu sekali. Aku hanya mengenakan pakaian ringkas iaitu baju lengan panjang corak belang-belang dan seluar jeans yang taklah ketat sangat serta shawl. Ibu aku beria suruh aku pakai skirt supaya aku nampak ayu sikit. Aku nak pakai skirt? memang tak ah! bagi aku, pergerakan aku terhad bila aku pakai skirt, aku ni kan aktif kena banyak bergerak ><

Setibanya di pintu masuk library, aku hanya melihat Farhan sendiri. Eh, mana Izat? Farhan yang kemas berpakaian t-shirt  berwarna biru serta topi senget ke tepi tersenyum lebar melihat kedatanganku.

"Izat mana? kata dia ikut sekali?", kataku sambil melihat sekeliling.

Farhan yang menggaru-garu belakang kepalanya pun menjawab, "ohh Izat baru call aku tadi yang dia tak dapat pergi. Ada urusan lain katanya".

Hmmm lain macam je ni. Mesti ada yang tak kena ni.

"Kalau macam tu, jomlah masuk kau ajar aku cepat-cepat so kita balik awal", kataku sambil menolak beg Farhan agar dia masuk dahulu daripada aku.

Sambil memegang hujung beg Farhan aku berkata, "ramainya orang, mana kita nak duduk ni?"

Farhan pun berjalan di hadapanku dan aku hanya mengikutinya dari belakang. Dia pun menaiki tangga ke atas.

Bisu ke apa si Farhan ni, aku bercakap daritadi dia tak bagi respon pun. Aih, nasiblah aku nak minta tolong dengan kau ni, kalau tak..

Setibanya di tingkat 2 library, mataku terpaku pada seorang lelaki yang memakai baju warna hitam yang kelihatan tekun belajar. Apa aku tak salah nampak ke ni? Betulkah yang itu dia?

Aku dan Farhan berjalan menghampiri  arahnya. Pandanganku semakin jelas dan tak syak lagi lelaki tu adalah Izhar!

Mak ai! laju saja jantung aku berdenyut. Aku bersembunyi di belakang Farhan. Aku pun tak tau lah kenapa aku kena sembunyi-sembunyi pula ni. Aku cuma tak nak Izhar nampak aku, aku belum sedia lagi nak jumpa dia. Aku lihat dia duduk di meja tengah tu dengan beberapa kawan lelakinya serta seorang perempuan yang duduk disebelahnya.

"Ahh kita duduk sinilah, aman sikit daripada kesibukan kota tu", Farhan berkata sebaik menemukan meja kosong yang terletak berhadapan dengan meja si Izhar. Lalu dia membuka beg dan meletakkannya di atas meja.

Farhan menarik kerusi untuk aku duduk tapi aku duduk kat tempat lain. Yang dia tarikkan aku kerusi berhadapan dengan si Izhar tu kenapa? macam tau-tau je dia ni.

Tanpa menghiraukan reaksi Farhan, aku duduk dan dengan segera mengeluarkan buku rujukan Sejarahku daripada dalam beg sandangku.

Aku melihat muka Farhan sedikit kecewa dengan perbuatanku. Kalaulah kau tahu apa yang tengah terjadi sekarang ni Farhan :(

"Lain semacam je kau ni aku nampak Iz, kau tak sukakah kita duduk sini? kalau tak, kita boleh duduk tempat lain?", caring juga si Farhan ni.

Sambil membelek-belek bukuku aku menjawab, "takdela. Suka. Aku suka sangat tempat yang kau pilih ni Farhan ni." kataku sinis sambil tersenyum.

Ke-gelabah-an ku telah membuatkan pen aku jatuh daripada meja. Aku segera tunduk untuk mengutip penku yang telah jatuh. Tapi, pen aku ni macam bersubahat dengan keadaan pula nak kenakan aku. Pen aku pun bergolek dan berhenti bergolek apabila sampai di kaki seseorang yang memakai kasut Highcut Nike berwarna hitam.

Aku perlahan-lahan melihat ke atas untuk mengetahui kaki siapakah itu. Setelah mengetahui pen itu berhenti di kaki siapa, aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku kearah si Farhan.

Gulp.

Pen tu berhenti di kaki si Izhar.
Dalam ramai-ramai orang kat library tu kenapa Izhar!!!

***

Jengjengjeng! *drumroll! What will happen next?

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now