CSS | 52

124 6 1
                                    

Aku kemudiannya mengambil keputusan untuk menolak ke tepi makananku. Makanan memang penting tapi sekarang ni nak menenangkan Farhan lagi penting.

"Farhan.. aku mungkin tak tau apa yang dah kau lalui selama ni. Cuma, aku nak kau sedar yang Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Kau kuat Farhan! Kau kuat sebab tu lah kau masih ada disini. Keputusan kau mungkin salah tapi tak bermakna kau kena salahkan diri kau atas semua ni? Ini takdir. Kau nak salahkan diri kau pun dah tak guna. Semuanya dah jadi tapi kau masih ada masa untuk tebus semula kesalahan kau." Ceh panjang pula ayat aku. Aku memang lemah bab pujuk memujuk ni. Apa yang aku tau apa yang aku cakap kat Farhan tu ayat-ayat yang selalu aku dengar kat tv. Lantaklah yang penting mesej aku sampai.

Farhan yang daritadi tertunduk diam, perlahan-lahan mengangkat kepalanya untuk memandang aku. Jelas kelihatan kelopak matanya yang berair. First time aku nampak dia nangis. Hilang terus macho pada muka si Farhan ni. Mukanya yang tadi muram mengukir senyuman kepadaku. Eh eh? Boleh pula dia senyum-senyum. Tahulah ayat aku tadi tu tak cukup padu. Aku serius ni weh!

"Yang kau senyum-senyum ni kenapa? Aku tau lah ayat-ayat aku tadi tu lemah. Aku cuma nak bagi kau semangat je.."

Farhan mengambil tisu di meja lalu dilapnya mulutku. Terkejut gila aku. Yelah dah lah ramai orang kat restoran ni, malulah. Aku mengerutkan keningku lalu merampas tisu di tangannya. Apa dia ni ingat ni kdrama ke apa? Blushing pipi aku dibuatnya.

"Mulut kau comotlah. Makan pun macam budak-budak." Tegur Farhan. Alamak, apalah kau ni Izhara! Tu lah makan gelojoh sangat kan dah malu. Aku merampas tisu daripada tangan Farhan dan mengelap mulutku yang comot. Aku menarik mulut panjang tanda protes. Jam pada tanganku menunjukkan hampir pukul 5 petang. Ya Allah aku tak sedar yang hari dah nak malam dah. Dah lewat ni.

"Aku nak balik dululah." Aku memberitahu Farhan.

"Kau marah aku ke?"

"Tak lah. Geram je" Kataku sambil membetulkan kedudukan begku. Farhan berdiri dan setelah membayar makanan kami berdua keluar daripada restoran. Macam biasa, Farhan yang belanja. "Hmm besok kau datang sekolah tak?" Soalku.

"Tak." Jawabnya ringkas.

Aku mengerutkan keningku, "Kenapa pula?"

"Sebab esok kan dah mula cuti sekolah" Jawabnya selamba. Ah ah la. Aku memukul dahiku. Macam manalah aku boleh lupa yang cuti sekolah akan bermula pada esok hari. Ini bermakna, hari ni hari terakhir aku jumpa Farhan. Tapi, kenapa aku rasa... macam aku sedih ha?

Aku kemudian membuka zip pada begku dan mengeluarkan sesuatu, "Nah, in case you need this." Plaster bercorak penguin aku berikan pada Farhan. Aku memang sentiasa sedia benda-benda cam ni kat dalam beg aku. "Lagi satu... kau jangan risau pasal hal ni. Kirim salam kat ibu."

"Terima kasih, Izhara. Hati-hati sepanjang cuti ni. Jaga diri elok-elok" Pesanan daripada Farhan yang ku kira amat sweeet berjaya menguntumkan senyuman pada bibirku. Sempat lagi dia hadiahkan aku senyuman 'berlesung pipitnya.'

***

Huh! Aku berbaring santai di atas katil setelah selesai menunaikan solat Isyak. Namun, fikiranku masih tak henti-henti memikirkan pasal Farhan. Apa dah jadi pada keluarga Farhan? Tak habis lagi cerita dia tu. Biarpun dia dah cerita kat aku tadi tapi segalanya masih belum jelas bagiku. Kenapa dia tak buat laporan polis pasal kejadian ibunya kena pukul tu? Apa pun, aku berasa lega sebab aku dah jumpa Farhan.

Kenapa sejak akhir-akhir ni aku selalu fikir pasal Farhan? Memoriku bersama insan yang bernama Izhar telah lama ku singkirkan daripada fikiranku. Aku yakin ada insan yang lebih baik untuk aku berbanding dia dan pasti ada hikmah konkrit disebalik apa yang sudah terjadi antara kami berdua.

Telefonku ku gapai dan membuka whatsapp. Tertera nama 'Izhar' pada ruang chat. Eih aku belum padam lagi mesej ni rupanya.

"Walau apapun jadi, kau kena percaya kat aku. Aku sayang kau Izhara."

Aip kenapa aku rasa yang aku tak pernah baca pun mesej Izhar yang ni? Bermain kembali peristiwa tempoh hari ketika aku terjumpa Izhar bersama seorang perempuan mesra berpegangan tangan. Sakit! Sakit hati aku bila terkenangkan perkara itu.

Apa maksud dia cakap macam ni? Macam ada sesuatu yang penting tapi dia tak boleh nak bagitau aku.. Aku meletakkan telefonku di atas katil. Malaslah nak fikir pasal dia tu. Dia ingat aku nak percaya lagi apa dia cakap?

Aku dah membuat keputusan untuk move on daripada Izhar. Cakap memang mudah tapi prosesnya sukar. Aku mencapai telefonku dan menekan aplikasi Wechat lalu mencari tetapan bagi memadam akaun ku.

'Account deleted'

Okay done.

Sekarang Izhar dah tak boleh nak mesej aku kat situ lagi dah. Now time to delete his number.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now