♛
×Do I smile because you're my friend or do I cry because there's nothing more?×
***
Tik tok tik tok!
"Okay class, kamu ada masa 20 minit je lagi untuk menjawab", kata cikgu Muliana.Aduhh!! lenguhnya tangan aku menulis esei bm panjang-panjang ni. Aku melihat Sinar yang duduk di sebelah kananku kelihatan begitu tekun sekali menulis esei, laju je tangan dia.
Sasmita pula yang sepantas kelajuan cahaya telah pun siap menjawab.
Aku melihat ke arah Farhan yang masih menulis, sedikit pun dia tidak perasan bahawa aku sedang memerhatikannya.
Melihat cikgu Muliana yang bangkit daripada kerusinya dan sedang mundar-mandir memantau kami 20 biji dalam kelas ni, aku segera mengalihkan pandanganku dan berpura-pura melihat kertasku seolah-olah sedang berfikir.
Hmmm apa aku nak tulis ni ye?? Berkarat sangat dah otak aku ni.
Sedang aku meratapi nasib kertasku yang belum siap aku jawab, masa hanya tinggal 10 minit sahaja lagi.
Aku mula gelabah dan pasrah terhadap takdir. Oleh itu, aku hanya menulis apa yang terlintas di fikiranku. *Haha puitis sangat ayat*
10 minit kemudian...
"Okay, masa untuk menjawab telah tamat. Orang belakang sila pass kertas kamu ke hadapan." Arah cikgu Muliana.
Aku pun memberi kertasku kepada Syahirah yang duduk di hadapanku.
"Aduhh susah gilerr soalan tadi, boleh pula aku terlupa format esei macam mana", terangku kepada Sinarti yang sedang membetulkan tudungnya.
Sambil memasukkan alat-alat tulisnya ke dalam pencil case, Sinarti berkata dengan penuh sindiran dalam ayatnya, "Hek eleh kau tu, mana tak lupa kalau kau ingat si Izhar tu je."
"Ish kau ni!", aku mencebikkan bibirku.
"Hahahahaha", sampuk Sasmita. "Dah, jomlah keluar rehat", tambahnya.
Lalu, kami bertiga pun berjalan menuju ke kantin.
Farhan ku lihat masih berada di tempat duduknya.
Farhan's POV
Hmm so Sinarti pun tahu pasal mamat Izhar tu?? Getusku dalam hati.
Aku menampar-nampar dahiku, ha'alah Sinarti kan sekelas dengan Izhara sejak sekolah rendah lagi, mestilah dia kenal Izhar tu! Boleh pula aku lupa.
Aku masih lagi duduk termenung di kerusiku, hanya tinggal aku dan Izat sahaja di kelas.
"Oi! apa lagi kau duk termenungkan ni! tak nak rehat ke? kalau tak nak aku blah dulu", bentak Izat yang telah bangun daripada kerusinya dan hendak berjalan keluar dari kelas.
"Kau blah je la! aku kena bertugas lagi ni nak make sure semua kelas dah matikan lampu kipas.", kataku dengan nada yang sedikit tinggi. Biasalah, kalau dengan si Izat ni aku cakap kasar manapun, dia okay je sebab dia langsung tak de perasaan.

YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...