Bila cerita ni habis? hmmm author rasa sedih mau tamatkan cerita ni.. so lek luu. selagi SPM belum tiba selagi tu la cerita ni tak habis wkwkwkwkwkw.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIAN😘
***
Aku berpura-pura serius membaca nota daripada Farhan itu.
Nak balas ke tak nak? kalau aku balas ni, mesti dia ingat aku easy. Kalau tak balas pula nanti tambah teruk pula hubungan kami yang sememangnya sudah keruh ini.
Sebab?
Ringkas balasanku kepada Farhan.Sambil berpura-pura fokus melihat cikgu mengajar di depan, aku melekatkan sticky note itu di hadapan Farhan.
Laju je tangan Farhan membalas nota ku. Lalu, muncul lagi nota di hadapanku.
Sebab saya dah salah faham atas apa yang dah jadi :'(
Aku sedikit tergelak membaca ayat Farhan namun gelak dalam hati je.
Apalagi, aku pun jual mahallah! Pura-pura merajuk. Aku hanya membiarkan sticky note daripada Farhan tidak berbalas.
Kring! kring! kringgg!
Aku berjalan beriringan bersama Sasmita dan Sinarti menuju ke kantin.
Sebaik aku melabuhkan punggungku di bangku kantin, Farhan datang ke arahku.
"Izhara!", tegurnya ceria.
"Hmmmmm..", manalah Sinarti dan Sasmita ni membeli ke buat kuih dahlah aku sendiri ni.
Setelah aku hanya berdiam diri di hadapan Farhan, dia akhirnya bersuara, "Izhara aku dah tau segalanya.. tolonglah.. janganlah hukum aku macam ni. Aku tau aku salah. Aku sanggup buat apa-apa je asal kau tak marah aku?"
APA-APA JE? dia serius ke ni? kalau aku minta otak dia yang pintar sejarah tu dia kasi ke tak?
"Apa-apa je?", soalku seakan tidak percaya sambil menongkat dagu.
Farhan hanya mengangguk sambil mengukirkan senyuman lesung pipitnya yang sekali-sekala mencairkan hatiku yang sememangnya sudah lebur disebabkan oleh penipisan lapisan ozon. Wkkwkwkwkwkwkwkk. Okay merapu.
"Aku nak.... kau—"
"Ahhh aku tau kau nak ni!" belum sempat aku menghabiskan ayatku, Farhan dah mencela. Menunjukkan aku sekotak Milo yang dipegangnya.
Aishh mamat ni. Tau-tau je.Namun, ku berpura-pura untuk tidak berminat. Rasuah ke apa ni?
"Nah ambillah. Kalau kau tak nak... aku yang minum karang." Farhan mengeluarkan straw daripada plastiknya.
Aku pun segera mengambil Milo itu di tangan Farhan. Kenapa ku rasa macam tak sedap hati je ni? Macam ada orang tengah perhatikan kami dua? Hmmmm. Aku pun menoleh ke kanan sambil meminum Milo itu dan terlihat Selina bersama Minionsnya duduk kat meja tengah kantin. Mata Selina tu terserlah dengan api kecemburuannya. Wkwkkwkw. Padan muka. Mesti dia ingat Farhan dah benci kat aku FOREVER😈
"Weh, cakapla something. Janganlah diam cam ni je. Kau buat aku makin rasa bersalah ni" Dia ni kenapa? Aku cuma malas nak bercakap. Takde topik nak dibincangkan pun. Dia tak nampak ke apa aku tengah fokus menikmati Milo aku ni.
"Something", balasku.
Terhibur pula lelaki ni aku cakap macam tu.
Saat aku bisu tak tau nak kata apa kat Farhan ni, penyelamat aku 2 ekor ni pun datang.
"Wah wah wah kitorang kacau daun ek?", soal Sinarti minta penampar.
"Tau pun." Balas Farhan.
"Dah jomlah Sinar. Aku tak nak jadi spoiler." , sampuk Sasmita pula.
Setelah habis Milo itu ku minum, aku berdiri untuk pergi membuang kotak Milo itu ke tong sampah dan kebetulan loceng sekolah berbunyi.
Setibanya di kelas, tidak lama selepas itu cikgu Muliana pun masuk.
"Okay kelas. Sebelum kita mula pembelajaran kita harini. Cikgu ada sedikit pengumuman. Kita ada pelajar baru hari ini".
Apalagi semua makhluk kat kelas pun bisinglah. Cuma aku sorang je yang tak rasa apa-apa. Sebab aku dah tau 😴 Ku lihat Sasmita begitu ternanti-nanti akan pelajar baru itu. Sinarti pula seperti biasa, muka dia sama je. Macam takde perasaan.
"Perkenalkan...", pelajar itu pun berjalan memasuki kelas dan berdiri di sebelah cikgu Muliana.
"Hai semua.. nama saya Faizrel Akmal. Saya pelajar baru dari Smk Ambang Harapan." terang Faizrel sambil mengenyit mata ke arah Sinarti.
Serentak dengan itu, mata Sinarti ibarat hendak terpacul keluar. Lalu, lenganku pantas dicubitnya melihat aku yang daritadi tersenyum memerhatikan dia.
Faizrel pun mengambil tempat duduk di belakang Farhan dan pembelajaran pun dimulakan.
Tamat subjek terakhir, semua pelajar pun beransur pulang. Tinggal aku, Sinarti, Sasmita, Farhan, Faizrel dan beberapa orang pelajar lelaki di kelas.
Aku yang sudah selesai mengemaskan bukuku berdiri di pintu kelas menunggu Yang Berhormat Sinarti habis mengemaskan bukunya.
Faizrel membetulkan pakaian dan tali lehernya lalu menghampiri Sinarti, "jadikan hujung minggu ni?"
"Jadi apa?"
"Takkan you dah lupa? kita punya date la nak pergi panggung sama-sama", Faizrel melemparkan senyuman termanisnya kepada Sinarti lalu berjalan menuju ke arahku.
Sinarti menampar dahinya beberapa kali kerana sungguh dia telah terlupa.
"Kau nak balik ngan aku tak? Ayah aku ambik aku", ajak Faizrel.
Baik pula dia ni. "Hmm taknak lah. Aku nak balik dengan Sinarti dan Sasmita", ku menolak pelawaan Faizrel. Farhan yang daritadi membuntuti Faizrel melambai ke arahku lalu berlalu pergi.
"Kau dah tau kan semua ni..", kata Sinarti geram sebaik Faizrel dan Farhan meninggalkan kelas.
Aku berbisik, "alaa sorry la Sinar. Dia tak nak aku bagitau kau."
"Hahahaha untunglah orang tu. crush dia kejar-kejar dia sampai kat kelas", ayat Sasmita diiringi oleh gelak kami berdua.
"Sedap korang ek gelakkan aku. Hmmm aku runsing ni. Nak ke tak nak ikut dia hujung minggu ni?"
"Kau ada pilihan ke? itu kan janji korang dua. Nak tak nak kau kena juga!", tegas Sasmita.
"Don't worry, Sinarti. We'll help you!", aku pun berkecek omputih dengan Sinarti.
***
Sis dah publish bab 35 tpi ntah boleh takde pula. So, bab 35 akan sis publish semula selepas bab 37. Okay? sorry atas ksilapan tknikal ini.Short chapter. Maaflah kalau bosan🙏 lately, author lambat publish bab baru sebab takde masa. Maklumla, asal weekend je, dipaksa masuk hostel so takde masa nak karang bab baru. Tapi, akan tetap update juga biarpun slow ... and for all readers, do vote kalau suka!
Thanks for the 2k read😘
YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Novela JuvenilSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...