♚
×My favourite part of the day is when I get to talk to you×
***
Izhar's POV
Minggu depan pada hari Isnin merangkap besok hari adalah hari pertama bagi peperiksaan pertengahan tahun. So, pada hari ni aku nak ke library untuk belajar bersama-sama dengan rakan sekelas aku. Yang plan nak datang 25 orang tapi yang muncul 11 orang je. 'Janji melayu' betul lah! Pada hari ni, aku hanya memakai baju berkolar hitam dan seluar slack berwarna pitch. Untuk kelihatan lebih bergaya, aku memakai kasut Highcut Nike ku yang berwarna hitam yang baru sahaja aku beli beberapa hari yang lalu. Rambutku telah ku letak sedikit wax agar lebih statik pada kedudukannya. Kalau nak tahu rambut aku macam mana? bayangkan je lah rambut artis-artis korea yang plastik tapi hensem tu, fesyen rambut kami sebijik je.
Masuk sahaja di dalam library aku melihat tingkat bawah library telah pun penuh diisi dengan muka-muka pelajar yang study last-last minute. Sedap je kata orang, padahal diri sendiri pun sama juga xD
Oleh itu, aku dan 10 rakanku yang lain naik ke tingkat 2. Nasib sajalah, ada meja kosong tidak jauh daripada tangga. Aku pun melabuhkan punggungku di kerusi lalu mengeluarkan buku rujukan Fizik daripada begku. 'Fira The Archimedes' duduk di sebelahku memandangkan dia ni genius Fizik macam aku juga, dia duduklah sebelah aku supaya aku boleh minta ajar daripada dia.
Sedang tekun aku memahami konsep aruhan elektrik arus ulang-alik ni, aku merasakan ada sesuatu yang melanggar kakiku. Aku lantas melihat ke bawah meja. Rupanya, ada sebatang pen yang ntah datang dari mana dan telah parking kat kasut aku.
Hmmm mungkin pen orang yang duduk kat meja depan ni kot. Lebih baik, aku pergi bagi pen ni balik kat dia.
Aku pun berdiri di tepi mejanya, aku lihat di meja itu ada seorang lelaki dan perempuan. Macam kacau daun je aku ni. Tapi, niat aku suci murni cuma nak kembalikan pen ni je.
"Pen kau ke yang jatuh kat bawah kaki aku ni?", aku bertanya kepada perempuan yang duduk membelakangkan aku ni. Yang hairannya, kenapa perempuan ni tutup muka dia pula guna buku ni? hensem sangat ke aku ni sampai dia tak nak pandang muka aku? ke dia takut tergugat melihat muka aku yang 'ploles' ni? wkwkwkwk.
Heii perempuan ni, aku tanya baik-baik kot tapi dia boleh je buat de' dengan aku. Nasiblah, kawan lelaki dia ni sound dia. Lepastu, dia pun mengambil pen tu daripada aku sambil mengucapkan terima kasih tapi dia masih tutup muka dia guna buku.
"Terima kasih", kata perempuan tu perlahan.
Mak ai perlahannya suara, ayu pula tu. Membuatkan aku semakin curious untuk melihat wajah perempuan ni. "Sama-sama", kataku sambil menundukkan kepalaku untuk melihat wajah perempuan tu dengan lebih jelas. Aku pun dengan tak malunya, merampas buku yang dia pegang dan alangkah terkejut patik bila melihat si dia yang telah lama patik tidak temui.
"Kau ni... Izhara kan..?", aku menyoalnya takut aku tersalah lihat orang lain sebagai dia.
Dia hanya tersenyum. Tak salah lagi, dia memang Izhara. Aku ingat senyuman tu.
Lelaki di hadapannya pula mencucuk-cucuk tangan Izhara menanyakan aku ni siapa. Amboi lelaki ni, rapat sangat ka mereka berdua ni sampai dia boleh main cucuk-cucuk pula? Dengan pantas, aku menghulurkan tangan kananku untuk berjabat dengan lelaki ni sambil memperkenalkan diriku.
Setelah hampir basi tanganku, lelaki tu pun berjabat tangan dengan aku sambil dia memperkenalkan diri.
So... nama lelaki ni Farhan. Hmm Farhan ye. Aku pun mengambil tempat duduk di sebelah Izhara. Makin cantik pula Izhara ni! kenapalah aku tak perasan tentang tu masa sekolah rendah.
Lain semacam je lelaki tu pandang aku masa aku tarik kerusi untuk duduk disebelah Izhara. Aku pun tak nak mengalah, pandang la dia balik. Naluri kelelakian aku mengatakan yang lelaki ni pun macam ada perasaan je dengan si Izhara. Kalau tak, tak lah macam tu dia pandang aku.
Aku perasan Izhara mula tidak senang duduk. Lebih baik aku kembali ke tempat duduk aku lah. So aku berdiri lalu membuat isyarat tangan, maksud aku, aku nak berchat dengan Izhara malam ni. Dia hanya tersenyum hambar. Aku kena cari tahu siapa identiti lelaki tu!
Farhan's POV
Sampai sahaja kami di tingkat 2 library, aku perasan perangai Izhara lain macam sikit. Dia bersembunyi kat belakang aku. Seolah-olah dia ada ternampak seseorang dan dia tak nak dinampak oleh orang tu. Perangai dia bertambah pelik bila aku dah temukan meja untuk kami berdua duduk. Meja itu terletak tidak begitu jauh daripada tangga. So, aku pun acah-acah 'sawitttt' la sikit tarikkan kerusi untuk Izhara duduk sebelah aku. Sawitt ye bukan 'sewitt', kalau bab-bab tu aku memang tak reti. Tapi, Izhara duduk kat tempat lain -.- Prak prak hati aku. Dia duduk kat depan aku.
Gelabah semacam je aku tengok dia ni. Aku nampak dia tunduk macam ada barang dia terjatuh. Aku pula time tu tengah pura-pura sibuk membelek-belek buku sejarah kat depan aku.
Tiba-tiba, ada seorang mamat ni datang kat meja aku dan Izhara sambil menunjukkan pen yang dia pegang tu. Dia tanya Izhara sama ada tu pen dia atau bukan. Tapi si Izhara ni diam-diam je, tak bagi respon. Aku pun cucuk-cucuk la tangan dia guna pen aku. Haaaa! dia bagi respon pun tapi dia tutup muka dia guna buku.
Lepas Izhara mengambil pen dia daripada lelaki tu, dia pun ucap terima kasih.
Aku nampak lelaki ni macam kenal dia je? dia siap berani tundukkan kepala dia lagi.
Lah! rupanya mereka berdua ni dah lama kenal. Lelaki tu pun memperkenalkan nama dia kat aku.
Apa hubungan mereka berdua ni? Sampai pipi Izhara jadi merah? Aku pun memperkenalkan nama aku kat mamat tu. Aku sengaja menekankan perkataan 'BFF' tu kat dia. Baru dia tau aku ni sapa dalam hidup Izhara! cia cia cia.
Aku pandang je dia tuu. Dia suka Izhara ke? nama dorang pun hampir sama? Izhar dan Izhara? hmmm aaa takde makna semua tu? Izhara dan Farhan lagi matching! xD
Aaahh persetankan tu semua! yang penting sekarang aku nak spend time dengan Izhara nak tengok 'Ada apa dengan cinta 2'. Hahaha tak pasal-pasal aku kena tengok movie tu gara-gara nak coverline ayat aku tadi --'
***
So, Farhan ka Izhar??

YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...