CSS | 12

133 11 0
                                    

×I am too shy to tell what I feel in front of you so I will just tell you in my dream.×

***

Izhara : WAALAIKUMUSSALAM

I.R : Amboi, marahke? siap capslock lagi.

Izhara : Nak apa?

Tiba-tiba, Sinarti merampas telefonku daripadaku, "Ishh kau ni! kata suka kat dia, yang kau balas kasar-kasar cam tu kenapa?", soalnya.

Aku merampas kembali telefonku daripada tangan Sinarti sambil memperjuangkan hujahku, "Yalah, habis tu kau nak aku balas apa? takkan nak panggil dia 'sayang', 'baby' semua tu."

Dia merampas kembali telefonku, ishh! main rampas-rampas pula dia ni.

Tangan Sinarti pun mula menaip sesuatu, "Sekarang ni kau sit back and relax, let me show you how to deal with him". Ada unsur sombong sikit dalam ayat Sinarti ni. Naik menyampah aku dalam masa yang sama kagum dengan semangat yang dia tunjukkan xD

Kebetulan.. telefonku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk, ding!

I.R : Aku sayang kau, Iz.

Terbeliak mata aku saat baca mesej si Izhar ni. Begitu juga Sinarti. Sinarti pun dengan pantas menaip sesuatu untuk membalas mesej si Izhar.

Izhara : Aku pun sayang kau, Iz.

Send!
Belum sempat aku menghalang Sinarti daripada menghantar mesej tersebut, Sinarti sudah pun menekan 'send'.

Aku merebahkan badanku di tilam sambil menekup mukaku menggunakan bantalku. "Sinarrrrr apa kau dah buat ni! kau nak tolong jahanamkan aku ke ni? malu la akuuuuuuu"

Pipiku yang putih mula bertukar kemerahan dek kerana rasa malu yang melampau T.T

Sambil memeluk aku yang tengah baring, Sinarti berkata, "Tentulah aku nak tolong kau! kau rileks la dulu, aku taip macam tu bersebab."

Yelah tu bersebab. Sebab nak malukan aku tak gitu?

"Sebab apa?", aku meletakkan bantal tadi ke tepi lalu bingkas bangun menghadap Sinarti.

"Sebab.... sebab..... sebab...", Sinarti bercakap sambil berjalan menjauhi ku dan menghampiri pintu bilikku. "Sebab aku nak malukan kau depan si Izhar. Hahahahahahahaha", ketawanya panjang sambil dia berlari keluar untuk menyelamatkan dirinya daripada 'serangan ganasku'.

"Tak guna punya kawan", aku turut ketawa sambil mngejar Sinarti yang masih berlari sambil memegang telefonku itu. Rumahku yang hanya dihuni oleh kami berdua ketika ini menjadi riuh-rendah dengan gelak-tawa kami.

Setelah aku berjaya menangkap Sinarti, aku memukul-mukul manja lengannya tiba-tiba sekali lagi...

Ding!

I.R : Aku macam tak percaya je dengan apa yang aku baca ni. Betulkah kau sayang aku juga?

Kali ini aku telah berjaya mendapatkan semula telefonku daripada Sinarti lalu tanpa berfikir panjang aku membalas mesej si Izhar.

Izhara : TAK. Aku saja je taip cam tu sebab nak uji reaksi kau.

Jawabku coverline. fuhh!

20 minit kemudian...

Aku dan Sinarti telah pun berada di bilik kembali. Sinarti sedang membetulkan tudungnya kerana dia ingin balik ke rumah dah. Izhar pula masih belum membalas mesejku tadi :(

Setelah siap membetulkan tudungnya, aku pun mengiringi kepergiannya sehingga ke pintu pagar. Sebelum dia beredar, sempat lagi dia menanyakan aku soalan, "Dia dah balas ke belum?". Aku hanya menggeleng.
"Sabarlah. Kejap lagi dia balaslah.", Sinarti cuba meyakinkan aku. Aku mengangkat keningku sambil memberikan Sinarti senyuman termanis ku. cehwahh! manis sangat sampai semut pun kena diabetes xD

Aku segera masuk ke rumah setelah kelibat Sinarti hilang daripada pandangan mataku. Rumah kami tak la jauh sangat. Beza taman je, aku kat Taman Melkin dia pula kat Taman Melrose. Jarak lebih kurang 20 minit perjalanan apabila berjalan kaki.

Aku berjalan ke dapur melihat ke-hambur-an yang telah dicetuskan oleh kami berdua tadi. Kalau ibu nampak ni, mesti kena bebel berhikmah aku ni. Aku pun mengemas mana-mana yang patut dikemas dan membersihkan apa yang patut dibersihkan.

Aku lihat jam di dinding pada ruang tamu menunjukkan bahawa sekarang adalah jam 3.27 petang. Tak lama lagi masuk waktu solat Asar, aku pun naik ke bilikku.

♪♪× need you girl ohhh-- telefonku berdering menandakan bahawa ada panggilan masuk. Aku pun segera menjawab panggilan tersebut.

"Hello?"
"Hello?"
"Hello?"
Namun tiada respon daripada orang tersebut.

Aku pun segera mematikan panggilan tersebut. Aku perasan bahawa nombor yang telefon aku tadi ialah nombor yang kerap telefon aku tempoh hari.

Siapa dia tu aaa???

***

So, pembaca yang disayangi sekalian? best kan chapter ni? masa sya tulis ni, lancar je idea sebab banyak part-part dalam chapter ni selalu sy buat dalam kehidupan sebenar. Kepada readers bolehla baca cerita-cerita gempak oleh Aisyah_Chanyeol Hahaha ok kalau suka, vote ok☆

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now