"Saya dah balik", aku menanggalkan kasut di kaki dan menaiki tangga untuk ke atas.
"Eh lewat balik harini", laung ibu dari dapur.
"Ara tunggu Sinarti tadi. Sebab tu lambat sikit. Hmmmm ibu, Lily takde cari Ara ke tadi?", langkahku terhenti di tangga.
"Takde. Kenapa pula dia nak cari Ara?", ibu menjengulkan kepalanya dari birai dapur. Ntah apa lagi projek ibu kat dapur tu.
"Oh. Okay!", aku bergegas menaiki tangga. Langkahku dihentikan oleh ibu, "Eh kelam kabut semacam ni nak pergi mana?"
"Nak pergi rumah Lily."
***
"So, besok ke Izhar datang rumah kau?", aku menyoal Lily. Macam biasalah, aku ngan Lily ni suka becerita kat depan pagar rumah dia ni. Apa orang kata? stay-stay matang 😹
"Ha'ah. Tak sabar nampak. Kenapa? kau macam dah kenal je dia kan? baik kau jujur ngan aku."
Hmm nak jawab apa ni?
"Kenal? hahahaha of courselah tak. Layak ke dia nak berkenalan ngan aku?"
"Amboi. Apa kau ingat kau tu anak raja ka apa sampai tak layak bagai."
"HAHAHAHAHA"
***
"Kita nak pergi mana ni sebenarnya, Sayang? dari tadi jalan tak sampai-sampai", soal Muaz.
"Sayang sayang! penampar nak! nasib baik harini birthday chimchim. Hmmm sabarlah sikit je lagi baru sampai",dah berbuih mulut aku kata kat dia ni jangan panggil aku sayang. Tapi, dia tetap juga. Bukan apa, cuma aku geli. Lama-kelamaan, aku redha je.
Aku sebenarnya nak bawa dia kat satu tempat ni.
"Hah dah sampai! jeng jeng jeng!"
Muaz menunjukkan ekspresi '😑'. "Kita jalan jauh-jauh sebab nak cari kafe ni je? kan berlambak kafe tadi kita lalu." birthday boy ni daritadi kerja dia mengeluh je!
"Asyik mengeluh je daritadi ni. Kan kita nak sambut birthday awak." Aku tak boleh nak ber 'kau aku' dengan dia ni. "Jangan banyak songeh eh, masuk cepat.", aku berjalan menghampiri kawasan kaunter untuk berjumpa dengan Mak su aku, dia pemilik kafe ni.
"Apa yang special kat tempat ni?", bisik Muaz. Apa dia ingat aku tak dengar?
"Hai Mak su! is everything ready?", soalku perlahan takut Muaz dengar pula. Mak su mengenyitkan matanya sambil menunjukkan isyarat tangan yang bermaksud 'ok'.
Setelah itu, aku menarik beg Muaz untuk mengikut langkahku. "Sekarang awak duduk sini diam-diam."
"Okay.. dah duduk. Now what?"
"Now wait for me. Nak pergi tandas jap." aku meletakkan beg ku di kerusi sebelah Muaz. Muaz hanya tersenyum lalu mengangguk. Aku berjalan dan menoleh ke arah Muaz dan dia sedang ralit membelek-belek buku di dalam begku.
"Now is the time!", aku memberi isyarat kepada Mak su. Mak su dengan segera mengeluarkan sebiji kek dan menghulurkannya kepadaku. Sebiji kek berwarna ungu pink iaitu warna kegemaran Muaz dan aku. Aku membawanya ke arah Muaz sambil menyanyikan lagu.
"Happy Birthday to you!
Happy birthday to you!
Happy Birthday to chimchim
Happy Birthday to you!"Tak ke terbeliak biji mata Muaz melihat birthday surprise aku untuk dia ni. "Wowww what a big surprise! thanks sayang! sebab tu la saya sayang awak. Meh sini, nak peluk awak jap.", eh eh dia ni dah la ada Mak su aku kat sini.
Aku meletakkan kek itu di atas meja. Lengannya ku cubit. "Tiuplah lilin kat kek tu. Susah tau nak cari kek serupa warna pelik macam ni!"
Muaz segera meniup lilin lalu menarik tanganku untuk turut sama memotong kek. Tapi berlapik la sebab dia tak berani nak sentuh aku ni. Sentuhlah kalau dia nak ada bekas penampar kat muka dia!
Tangannya aku tepis. Dah lah Mak su memerhatikan kami ni.
Aku kemudian duduk dihadapan Muaz lalu menghulurkan sekotak maggie, eh gurau takkanlah aku hadiahkan dia maggie? aku menghulurkan kotak berwarna ungu kepada Muaz. Dia ni kan suka warna ungu.
"Apa ni?"
"Bukalah.", aku tersenyum manis.
"Hmmmmmm jam tangan? motif?", Muaz kemudian memakai jam berjenama gshock itu pada tangan kanannya.
"Saya hadiahkan awak jam sebab saya nak awak hargai setiap saat-saat yang berlalu. Yelah.. tinggal beberapa bulan je lagi kita dah nak habis tingkatan 5. In case.. kita dah berpisah ikut haluan hidup masing-masing—
"Eh apa cakap macam ni? chimchim tak suka lah. Habis je Spm chimchim terus hantar rombongan meminang hahaha ok. So jangan cakap macam tu lagi"
Aku tersenyum hambar. Muaz mula risau melihat aku. Masa ni lah aku mengambil kesempatan untuk mecalitkan krim kek itu ke hidung Muaz. "Hahaha kena!". Kami berdua terus ketawa, sedikit pun tidak menghiraukan orang di sekeliling.
***
"Ara!Ara! angkat kain kat ampaian tu! hujan ni nak oi!", jeritan ibu dari bawah tidak ku dengari. Kan aku tengah dengar lagu guna head phone sekarang ni.
Ibu masuk ke bilikku kemudian mencabut head phone itu daripada kepalaku. "Ada apa ibu?"
"Ibu jerit dari bawah tak dengar. Pergi angkat kain kat ampaian tu. Hujan turun ni kan. Dah maghrib macam ni masih tak reti nak turun bawah." pok pek pok pek mula dah ibu ni mengomel.
"Baik Puan! Saya yang menurut perintah."
Tak sedar pula hujan. Arahan ibu aku turuti. Aku segera turun ke bawah, tudung bawal hitam aku sarungkan di kepala sambil membawa bakul. Aku berlari-lari anak untuk mengumpul baju. Sehingga aku terdengar namaku dipanggil oleh seseorang.
"Izhara?", siapa pula yang panggil aku ni. Aku pun menoleh belakang. Terbeliak mata aku melihat sekujur tubuh lelaki di sebalik pagar rumahku ni yang berpayung biru. Aku berdiri terpaku di tengah hujan ni. Tak ke gila aku ni?
"Izhara? kalau ye pun terkejut tengok aku kat sini janganlah berdiri dalam hujan. Kain kau tu pun dah basah"
Aku mempercepatkan tanganku mengangkat semua kain di ampaian lalu berdiri di tempat yang teduh.
Izhar...
Izhar memasuki pagar rumah Lili. "Eh Izhar! bukan esok ke kau datang?", alamak saat macam ni pula si Lili ni muncul. Baik aku melarikan diri ke dalam rumah. "Eh Izhara! janganlah masuk dulu"
"Wait wait! korang dua dah kenal? wow!"
***
Jeng jeng jeng! aih author sendiri pun dah tak sabar nak masuk babak love sweet sweet 😆😹😹😹 teruskan membaca & vote if u like it!

YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...