CSS | 10

119 10 0
                                    

×Sometimes, you're just an option when they bored.×

***

HAAAAAAAAAA!

Aku meregangkan kedua-dua tanganku sambil menarik nafas dalam. What a beautiful morning! kataku sambil menghirup udara segar di balkoni bilikku. Hari ini adalah hari Ahad seperti biasa aku akan berada di dalam bilik sepanjang hari sambil bermalas-malasan menonton 'Running Man'.

Seperti hari-hari biasa, ibu dan ayah tiada di rumah kerana ada urusan kerja. Abang Fatt aku pula macam biasa la menanam anggur cia cia cia, gurau. Dia sibuk menyibukkan diri dalam bisnes kawannya so dia tiada di rumah. Kesimpulannya, aku kat rumah sendiri hari ini.

Selesai mandi dan bersiap, aku turun ke bawah untuk 'mencekik makanan' tapi yang ada hanyalah udang masak merah dan terung masak kicap. Sedap tu memang sedap tapi aku ni alergik makanan laut. Pastu, aku tak suka makan terung.

Aduhai nasib! kenapa mama tak sediakan aku makanan lain ni, tak kanlah dah lupa yang aku ni alergik makan makanan laut. Kalau aku makan juga, jadi belonlah badan aku!

Hmmm nak masak tapi nanti tak pasal-pasal terbakar satu blok F ni gara-gara aku. Jangan salah sangka, aku bukan tak pandai masak cuma tak mahir lagi wkwkwkwkw. Ahaaa. Apa susah maggi kan ada? Aku memang suka makan maggi kari. Style aku masak maggi simple je. Aku guna air panas je tak payah nak tunggu air mendidih lagi pastu baru masukkan maggi bagai. Bukan pemalas, cuma jimat masa. Masa itu kan emas. Tak gitu? Hahahaha.

Aku membawa naik maggi yang telah ku masak tadi ke bilikku. Kalau ibu tahu aku bawa makanan masuk ke bilik ni, mesti kena bebel punya. Aku pun tak faham la apa rasionalnya ibu tak suruh bawa makan kat dalam bilik.

Aku meletakkan maggi kari yang telah lu masak tadi di atas meja belajarku. Lalu, laptop berjenama Acer yang ayah telah belikan untuk aku masa aku dapat nombor 3 dalam kelas tahun lalu itu aku hidupkan.

Ding!

Siapa pula yang sms ni. Baru je nak santai-santai sikit! gerutu ku geram.

'Sinarti'

Dia nak apa sms aku ni gerutu ku geram sebaik aku melihat namanya terpapar pada skrin telefonku.

'Aku datang rumah kau boleh? Hahaha aku nak mati kebosanan dah ni kat rumah takde buat apa-apa'

'Boleh je kalau kau. Datanglah kalau tak malu'

Send!

Tak lama kemudian...

Ding dong!

Loceng pada pintu rumahku itu berbunyi, dengan pantas aku berlari turun ke bawah untuk membuka pintu. Mesti Sinarti yang datang ni.

Seperti yang telah ku duga, Sinarti memang tak tahu malu!

"Hai awak!", sapa Sinarti mesra sebaik dia melihat kelibatku dihadapannya.

"Tak payah nak berawak-awak sangatlah dengan aku. Aku geli tau!", aku membuat muka menyampah kepadanya.

"Hahahaha! ibu dan ayah kau takde kat rumah ek?", soal Sinarti sambil pandangannya meliar melihat sekeliling rumahku.

Aku menarik tangannya untuk naik ke atas sambil menjawab, "macam biasala, ibu ayah aku kerja. Aku sendiri je ni. Jomlah naik atas!"

Setibanya di bilikku, Sinarti langsung mencampakkan begnya di atas tilamku lalu membaringkan dirinya di tilamku.

Aku pun berbaring di sebelahnya sambil mengangkat kaki ku setingginya ke udara. "Hmmmm Sinar kau tau tak..."

Sinarti mengalihkan pandangannya kepadaku, "tahu apa?", soalnya.

"Semalam aku berchat dengan si Izhar hmm sebenarnya dah masuk seminggu jugalah kami selalu keep-in-touch ni. Pastu kan... dia ada cakap yan--

"Wuuuuu jap jap jap jadi kau cuba nak kata dengan aku yang kau suka dia? Hahahaha", ayatnya disudahi dengan ketawanya yang macam 'puntianak' tu.

"Ish! Kau ni bukan tu la!", aku mencubit paha kanannya lalu dia pun mengadu kesakitan. "Aku nak bagitau kau yang dia ada cakap tau dengan aku yang..
'dia rindu aku la apala itula inila", jelasku panjang seolah-olah membebel.

Sinarti yang kelihatan terkejut dengan apa yang ku katakan tadi terus memusingkan badannya untuk melihat mukaku, "Hahaha pastu kau kata apa ngan dia? mesti kau kata macam ni kan ; "Izhar aku pun suka kau" kan?"

Aku pun bingkas bangun lalu duduk di tepi katil sambil memegang-megang rambutku yang panjang hingga ke pinggang ni. "Ntahlah Sinar, tapi aku susah nak percaya pasal apa yang dia cakap tu. Rindu konon padahal... Mungkin dia cakap tu semua sebab dia bosan je", kataku dengan nada yang melankolik.

"Kau kata tempoh hari yang kau tak suka dia, kenapa pula kau bercakap macam kau sedih je. Kau suka dia eh? ", soalnya lalu turut duduk di sebelahku.

"Kenapa pula kau cakap macam tu?", tambah Sinarti dan mukanya mula serius apabila melihat perubahan pada mukaku.

"Yalah, setiap kali kami berchat, bila aku dah mula selesa dengan apa yang kami bualkan dia mesti offline tiba-tiba, jelas sangat dia tak maksudkan apa yang dia kata ngan aku tu. Konon offline rupanya online fb siap inbox kau lagi." akhirnya setelah lama aku pendamkan apa yang terbuku dalam hatiku ini akhirnya telah ku luahkan kepada Sinarti. Aku rasa lega sikit.

"Hahah chill la Iz! takkan kau jeles kot dia inbox aku. Kalau kau nak tau, setiap kali dia inbox aku kat fb tak lain tak bukan tanya pasal kau la", Sinarti memegang bahuku.

Habis mendengar kata Sinarti aku segera berpaling ke arahnya sambil memegang erat kedua tangannya, "dia kata apa Sinar?"

"Amboi!! semangat kau ye kalau cerita pasal dia! sahlah kau jatuh cinta ni!", usik Sinarti.

"Mana ada la.", aku cuba menafikan apa yang sedang ku rasakan sekarang.

Kini ku sedar aku rupanya dah jatuh cinta pada si Izhar ni!

***
Yay!! maka dengan ini bermulalah kisah cinta mereka yang lagi sewit sewit gitu hahaha xD so teruskan membaca!

Cinta Separuh SajaWhere stories live. Discover now