× Boy and girl can never be a bestfriend. Because one of them will keep feeling to another. Even a friendship that built for ages can ruin because of this."
♛♛♛
"Hei aku paling benci hari isnin! Kena dengar semua ucapan cikgu-cikgu. Pastu, duduk kat dewan berjam-jam sampai kaki jadi kebas. Lebih baik masuk kelas awal boleh juga aku sambung tidur aku yang tertunggak tu" Omel Sinarti.
"Hahaha bawa bertenang Sinar. Yang kau emotional awal pagi ni kenapa? Rilek ah minggu ni kan minggu terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah. Lepastu kalau kau nak tidur dah tak payah bangun-bangun lagi." Sasmita bagitau Sinar yang duduk di hadapannya. Aku takde mood pula nak join cerita dorang ni. Aku pun menongkat dagu menunggu perhimpunan nak mula.
Sasmita memberi isyarat kening kepada Sinar. "Hmmm senyap je kau ni bukan selalunya kau banyak cakap ke time pagi? Kan Sas?" Sinarti memusingkan badannya untuk menghadap aku.
"Ha'ah. Kau ada masalah ke?" Soal Sasmita prihatin.
"Takde la. Cuma aku mengantuk sebab tak cukup tidur semalam."
"Yeke tak cukup tidur? Mulut kau memang cakap macam tu tapi mata kau tak. Fikir pasal orang tu ke?" Sasmita melirikkan matanya ke arah Farhan yang berdiri di tepi dewan, maklumlah pengawas 'berjaya' la katakan.
"Manada." Aku cuba berdalih meskipun hakikatnya aku tengah memikirkan tentang hubungan aku dan Farhan. Termasuk hari ni dah 2 minggu aku asyik hindarkan diri daripada Farhan. Ntah kenapa hati aku mendorong aku untuk buat semua ni. Aku tau hati Farhan terluka tapi.. Aku rasa perbuatan Farhan menyimpan perasaan terhadap aku itu tak wajar. Izhar pula? Dia selalu call, whatsapp dan sms aku tapi aku malas nak layan. Biaq pi la dia.
"Izhara kau tu tak pandai nak menipu. So, jangan pernah terfikir nak tipu kitorang. Aku tau kau lagi fikir pasal Farhan kan. Alah, susah sangat ke kau nak terima Farhan tu? Lelaki kalau dia sayang orang tu, dia akan jaga hati perempuan dia sayang tu baik-baik. Takkan kau tak nampak lagi kot siapa lelaki yang layan kau macam tu?" Cakap Sinarti panjang.
"Betul betul betul! Lagipun, kau tak boleh nak hukum Farhan macam ni sebab perasaan dia untuk kau tu. Perasaan suka, cinta dan sayang tu kan fitrah bagi seorang manusia. Perasaan yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Cinta pada lazimnya adalah suci namun manusia yang tak reti hargai cinta menyebabkan cinta dipandang tak sesuci pada zahirnya. So kau tak boleh salahkan Farhan. Faham cik adik?" Dorang 2 bercakap sebiji macam doktor cinta. Tak tau pula aku dorang dah tukar profesyen.
Aku diam je dengar 2 orang 'doktor cinta' ni mengomel. Tapi, betul juga apa dorang cakap ni. Aku kena cuba untuk buka pintu hati aku untuk Farhan. Tapi.. macam mana? Bolehkah aku? "Ah apsal diam? Takkan cakap sikit macam tu pun dah sentap?"
Aku mencubit lengan Sasmita menggunakan cubitan 'ketam berbisa.' "Aduh saaakittt la!"
Sambil mengusap-usap lengannya, "Ke kau pun dah suka kat Farhan? Kan kan? Mengaku je lah!"
"Kau dan Izhar pula cam mana? Korang dua dah berbaik?" Kenapalah Sasmita kena tanya aku soalan ni? Takde soalan lain ke?
Ish Sasmita ni!
"Perhimpunan akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Semua pelajar diminta untuk kemaskan diri dan luruskan barisan." Arahan daripada pengawas bertugas tu menyelamatkan aku daripada soalan Sasmita tadi.
"Pemenang bagi anugerah kelas tercantik bagi bulan ini jatuh kepada kelas 5 Sains1!", aku terus tersentak daripada lamunan sebaik mendengar nama kelasku disebut oleh guru bertugas untuk menerima hadiah. Wah! Ni mesti sebab pembalut meja tu.Tak sia-sia juga aku pergi beli pembalut meja tu. Nasib baik aku yang pilih kalau Farhan yang pilih hmm takde maknalah kelas kitorang yang menang.
Aku melihat Farhan yang berdiri macam tiang kat tepi dewan. Rupanya Farhan pun tengok aku juga. Siap senyum pula tu. Terpaksalah buat-buat tak nampak. Aku sekarang rasa malu nak dekatkan diri ngan Farhan. Aku pun tak tau kenapa.
***
"Wuhuu! Dapat duit! Tambah Grand lah jamuan kelas kita nanti!" Kata Saiful sebaik tiba di kelas.
"Tu semua sebab aku yang pilih pembalut meja kita semua ni!" Farhan bersuara lantang. Dia sengajalah tu nak buat aku dengar pastu aku bercakap ngan dia.
"Eleh! Baru tu pun nak bangga. Aku yang hari-hari tolong ceriakan kelas ni diam je, tak kata apa-apa pun." Izat pula dah. Tolong ceriakan kelas dengan lawak hambar dia tu adalah.
Aku ketawa kecil mendengar ayat Izat. Farhan yang terdengar aku ketawa turut tersenyum.
***
"Eh kau ni gi nak mana ni?," sekarang ni masa rehat. Aku, Sasmita dan Sinarti nak pergi kantin. Tapi, si Sinar ni tiba-tiba pula melarikan diri.
"Nak pergi library jap pinjam buku rujukan. Korang gi kantinlah dulu. Nanti aku cari korang." Jawab Sinarti. Jarang-jarang ni dia nak pinjam buku.
"Macam tak percaya je dia nak pergi tu sebab nak pinjam buku.. ntah-ntah dia nak dating ngan Faizrel." Kata Sasmita.
"Ish ish ish. Mungkin juga. Lantaklah dia, jom g kantin!" Aku memegang tangan Sasmita.
"Jom!" Sahut Sasmita. Punya main semangat lagi.
***
Nyom nyom nyom..
"Ish kau ni! Makanlah elok-elok sikit. Makan roti pun macam budak-budak." Tegur Sasmita.
"Alah aku lapar, biarlah."
Aku duduk berhadapan dengan Sasmita di kantin. Aku nampak reaksi wajah Sasmita tiba-tiba berubah. Aku pun menolak lengannya. "Kau kenapa? Apa kau tengok tu sampai biji mata kau macam nak terkeluar je. Hahahah"
Sasmita pun memberi isyarat untuk aku menoleh belakang.
Aku yang daritadi sibuk mengunyah roti sosej kegemaran aku berhenti mengunyah sebaik melihat Farhan dan Selina duduk semeja. Hidup masih rupanya perempuan tu.
"Farhan... bila you nak bawa I tengok wayang? Bukan you dah janji ke ngan I?," Selina bertanya kepada Farhan dengan suara manja yang sengaja dibuat-buat. Aku tau dia perasan aku tengah perati dia ngan Farhan. Itu mesti taktik kotor dia nak sakitkan hati aku sebab dia tu memang dah lama dengki tengok aku rapat ngan Farhan. Kalau setakat tu Selina buat aku boleh terima, tapi aku dah tak boleh terima apa yang aku nampak ni. Aku baru je nak bukakan hati aku untuk terima Farhan. Tapi, Farhan hancurkan hati aku 💔💔💔 Kenapa Farhan? Kenapa?
***
So bab kali ni macam mana? misteri kan.. Apalah si Farhan tu dah buat agaknya? Ishishish. Kalau nak tau apa yang Izhara nampak sebenarnya tunggulah next update. In sya Allah kalau esok takde shooting or fanmeeting sya update😂😂😂 So kenalah tunggu. Gbye for now!
YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Roman pour AdolescentsSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...