FARHAN'S POV
"Oi! Kau dari mana ah? Keluar hostel senyap-senyap pastu balik petang macam ni? Kau tau tak apa dah jadi kat hostel ni masa kau takde?" Membebel pula si Izat ni. Tau la aku dia ni Ketua Asrama Putera dan aku ni keluar tanpa kebenaran warden. Baru sekejap kot aku keluar. Aku tengok jam baru pukul 3.18 petang.
Aku membaringkan diri di tilam. Niat di hati nak tidur sebab aku penat fikirkan apa yang Izhara dah cakap kat aku tadi. Izat yang dalam keadaan separuh bertutup dengan tuala dililit pada pinggangnya duduk di tepi katil aku. Dia nak goda aku ke apa ni?
"Aihh bisinglah kau ni Izat! Aku nak tidur kejap, nanti pukul 4 kau kejutkan aku."
"Aku bising? Eih kalau kau nak tau sahabat merangkap sepupu kesayangan kau yang kau kata bising ni lah yang selamatkan kau daripada krisis tadi!" Aku segera bangkit sebaik mendengar ayat tak boleh blah si Izat ni. Izat pun mulalah berdrama nak aku pujuk.
"Haa jasa apa pula kau taburkan kat aku ni?" Mataku yang tak gatal ku gosok.
"Tadi.. Masa kau takde hilang ntah kemana.. Ada spotcheck mengejut oleh warden sebab ada budak junior report kat warden yang laptop dia hilang."
"Lepastu??" Aku menyoal tidak sabar nak tau cerita Izat ni.
"Kau sabar boleh tak? Aku nak tarik nafas dalam-dalam dulu." Aih Izat ni ikutkan hati nak aku tarik tuala dia ni berlagak harapan sangat.
Aku mengangguk lalu membaringkan diri semula.
"Haaaaaa.. begini.. kalau nak dipendekkan cerita masa warden sampai bilik kita, kau sorang je takde. Aku ni pun terpaksa la memanipulasikan kepercayaan warden terhadap aku. Aku cakap kau kat tandas tengah sakit perut. Nasib baiklah warden tu percaya cakap aku tau. Kalau tak, dah diperiksanya tandas tu. Mati kau! Dah lah keluar senyap-senyap. Lepastu, dia check loker kita satu-satu..."
Aku segera berlari untuk memeriksa lokerku. "Fuhh nasib baik masih ada!"
"Kau kenapa? Apa yang nasib baik? Apa yang masih ada?"
"Eh takde pape. Kau teruskanlah cerita kau." Aku menutup semula lokerku.
"Hmmm masih nak berahsia lagi ngan aku? Okayla sebelum warden check loker kau, aku selaku sahabat, sepupu merangkap roommate terbaik kau ni pun periksa lah loker kau dulu kot-kot laptop tu ada kat loker kau. And guess what I see instead of a laptop? I see Izhara's picture terlekat kat dalam loker kau. Patutlah kau tak pernah bagi aku buka loker kau. Sebab kau tak nak aku tau yang kau sukakan Izhara kan?"
"Ah merepeklah kau ni Zat! Setakat gambar tak bermakna yang aku sukakan Izhara. Lagipun, dia ngan aku kan best friend." Aku cuba menafikan hakikat sebenarnya. Kalau Izat tau ni mesti dia gelakkan aku.
"Hahaha Farhan Farhan.. Habis 'ayat-ayat cinta yang tertulis kat belakang gambar tu sapa yang tulis? Izhara?" Alamak! Boleh pula aku lupa apa yang aku tulis kat belakang gambar tu masa aku frust bila mula-mula tau Izhara sukakan Izhar.
"Aku mungkin tak miliki wajah setampan Nabi Yusuf dan harta sebanyak putera raja namun aku punya cinta sebanyak bintang di langit yang cukup untuk menyinari hari-harimu. Chewahh! Power juga ayat-ayat kau ni kan Farhan! Boleh tahan.."
"Ah diamlah! Yelah-yelah aku mengaku aku memang sukakan Izhara."
Aku rasa dah tiba masanya untuk Izat tau. Aku pun ceritalah kat Izat pasal perasaan aku kat Izhara selama ni.
"So kau dah bagitau perasaan kau yang sebenarnya kat Izhara?" Izat menyoal aku.
"Hmmmm dah." Aku membuka butang baju sekolahku dan mengambil tuala.
"So?"
"Dia kata macam ni..."
IMBAS SEMULA..
"Sebenarnya aku dah lama sukakan kau Izhara.."
"Farhan.. Kau tau kan aku suka kat Izhar?"
"Ye tu aku tau.. Aku dah lama pendam perasaan ni kat kau. Aku rasa dah tiba masanya untuk kau tau perasaan aku ni. Aku dah tak peduli kalau kau tak terima perasaan aku kat kau ni yang penting kau dah tau. Aku ikhlas sayangkan kau. Aku.. aku.. sanggup tunggu sampai hati kau terbuka untuk terima aku."
"Farhan.. selama ni aku tak pernah pandang kau lebih daripada seorang sahabat yang selalu tolong aku, ada masa aku susah.. Aku-"
"Takpe. Kau ambillah sebanyak masa pun yang kau nak. Kau tak perlu nak buat keputusan sekarang. Sebab aku percaya akan qada dan qadar Allah. Kalau kau dah ditakdirkan untuk aku, kita akan tetap bersama."
**TAMAT IMBAS SEMULA**
IZHARA'S POV
"Nul Izhara Azura, sebenarnya aku dah lama sukakan kau.."
Masih tergiang-giang ayat Farhan dalam benak fikiran aku. Betulkah apa aku cakap tadi? Yang.. Aku sukakan Izhar.. Tapi.. Kenapa aku rasa macam hati aku tak betul-betul maksudkan apa yang aku cakap tadi. Betulkah aku sukakan Izhar? Atau.. Aku hanya suka pada budi bicaranya yang tak pernah gagal untuk mencairkan aku.
Dan... Kenapa hati aku susah sangat nak terbuka untuk terima Farhan? Sedangkan Farhan lah satu-satunya lelaki yang selalu ada dengan aku masa senang, masa susah. Izhar? Lelaki yang sungguh handal bermain kata-kata manis namun apa yang dia katakan tidak seiringan dengan tindakannya.
Izharaaa!!! Cuba kau buka mata kau tu luas-luas! Farhan seribu kali lebih baik berbanding Izhar tapi kenapa kau tak dapat terima dia dalam hati kau?
♪♪ It's a quarter after one im all alone and I need you now.. And I don't kn-
Aku yang daritadi berbaring malas di katil setelah selesai menunaikan solat Isyak segera bangun untuk mencapai telefonku. Aih sapa pula yang call aku malam-malam ni?
"Hmmmmm Izhara speaking. Ni sapa?"
"Tak save nombor kite rupenya.."
Aku pun memeriksa nama pemanggil, and guess who?
"Dah lah Izhar aku tak nak cakap ngan kau lagi."
"Eh kejap. Kau kena bagi aku peluang untuk terangkan semuanya."
"Aku tak nak dengar dan aku tak nak tau dah apa-apa tentang kau. Let bygone be bygone. Aku takde apa-apa yang nak dicakap ngan kau."
"Percayalah apa yang kau nampak tak seperti apa ya-"
Tut..
Aku tak nak tau dah apa yang si Izhar nak bagitau aku.
Aku susah nak buka dan terima kehadiran lelaki dalam hidup aku sebab tu aku susah nak terima perbuatan Izhar tu kat aku.
Mungkin.. Masanya sudah tiba untuk aku lupakan segala memori aku ngan Izhar.
***
Yeyy! Maaf semuanya kalau part emotional dalam bab ni tak menjadi. Sesungguhnya, saya tak pandai nak beremotional 😂😂 Harap semua terhiburlah membaca. Next update esok mungkin pagi, petang, malam or tak update langsung😂. Okay do vote☆
YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Fiksi RemajaSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...