Aku mencari nama Sinarti di dalam senarai kenalan dalam telefonku.
Haa ni pun nama dia.
Tut.tut..
Kenapa lambat sangat dia jawab kol aku ni. Penat sangat ke dia jalan dengan si Faizrel pagi tadi.Akhirnya muncul suara Sinarti di dalam talian.
"Hello?" melalui suaranya aku dah tau dia ni baru bangkit daripada kematian. Maksud aku daripada tidur.
"Hello. Penat sangat ke kau ni sampai boleh tidur pula maghrib-maghrib cam ni. So, amacam first date kau ngan Faizrel?hahaahaa"
"Kepala otak kau first date! Penat. Penat. Sepupu kau tu apa dia ingat aku ni robot ke? Paksa aku ke sana sini."
Aku hanya menahan gelakku, kalau aku gelak kang si Sinarti ni tak nak cerita pula, "Ha kenapa pula?"
"Ye la. Dalam perjanjian kami pergi tengok wayang je. Bukannya pergi tempat lain lepas habis menonton wayang tu. Kau tau dia bawa aku pergi karaoke!"
Okay kali ni aku memang tak boleh tahan dah gelak aku, "Hahahahahahahaha"
Si Sinarti ni memang tak suka pergi karaoke. Sebab dia tak suka pergi tempat yang bising-bising. Sebab tu la kalau aku dengan Sasmita nak pergi karaoke dia tak ikut. Dia rela tunggu kat luar. Pelik? Memang pelik.
"Tambah stress pula aku cerita ngan kau ni", rajuk Sinarti.
"Alololo marah ke? Tak la weh cuma lawak la cerita cinta kau ngan Faizrel ni. Aku rasa boleh dinovelkan ni."
"Banyaklah novel kau! Okayla. Besok kita sambung cerita."
"Ok. Jangan tak hadir pula yer. Nanti rindu pula prince Charming kau tu kat kau.
Tut..tut..
Panggilan dimatikan.-_-
***
"Farhan, apa yang kau tercegat lama sangat kat loker kau tu. Cepatlah turun prep.", arah Izat si Ketua Asrama Putra yang baru dilantik Jumaat lepas. Itupun, setelah Munir ketua asrama Putera yang dulu berpindah sekolah.
Farhan mengambil bukunya lalu merenung seketika pada sekeping gambar yang telah lama dilekatnya di dalam loker.
Izat pun menghampiri Farhan. Farhan segera menutup lokernya lalu meletakkan tangannya di bahu Izan. "Aku tak fahamlah apa yang kau selalu nampak kat dalam loker kau tu. Sharelah dengan aku? gambar girlfriend kau eh? Dah laj aku pun kau haramkan buka loker kau tu. Nak tengok.. manalah tahu kot kot.."
Farhan menampar belakang kepala Izat. "Hahaha merepeklah kau! Mana ada. Aku tengok jadual esok lah."
"Betul apa aku cakap?", sambil mengusap-usap kepalanya. "Selama kita sebilik ni, sekali pun kau tak pernah bagi orang lain buka loker kau? Kenapa ah?", Tambah Izat.
"Alah nanti aku ceritalah kenapa. Dah, jom turun prep!",
Sedang kepala Farhan masih ligat berfikir sama ada dia perlu menceritakan kepada Izat mengenai perasaan sebenarnya terhadap Izhara kepada Izat atau tidak.
***
"Apaaaaa??? Sepupu kau tu nak jumpa aku? Biar betik?" hampir keluar jantung aku bila dengar apa yang si Lily cakap ni.
"Iya, Izhara. Izhar nak jumpa kau. Hmmmm sebab dia kata macam dia rasa ada tarikan dengan kau ni. Hahaha apa rahsia kau ni? Dia tak nampak muka kau lagi tapi dah beria-ria nak jumpa kau. Lagi satu kalau iya pun teruja diri tu ada peminat perlahanlah suara tu sedikit. Tak ke bangun satu blok ni gara-gara suara kau", sungguh aku tak sedia lagi nak jumpa Izhar. Kalau boleh aku tak nak jumpa dia. Aku memang suka dia tapi aku malu.
"Ups.. kuat sangat ke suara aku?"
lah kau tahu sendiri lah kan kalau orang dah cantik ni buat apa pun atau pakai apa pun tetap cantik. Sebab tulah aura tarikan tu kuat." Tak salah kan puji diri sendiri? Mujurlah Lily tak tahu pasal siapa Izhar tu sebenarnya kepada aku. Patutkah aku bagi tahu Lily? eh tak tak. Aku tak boleh bagi tahu kalau tak nanti ada pula masalah lain."Menyesal pula aku cerita pasal tu ngan kau.", kata Lily lalu dia menghitung jarinya. "Sabtu ni Izhar bermalam kat rumah aku tau..."
"Apa? kenapa?", aku terus gelabah. Lily pelik melihat kegelabahanku.
"Yang kau terkejut sangat ni kenapa? macam kau kenal je kan Izhar tu siapa sampai kau panik macam ni sekali?", mukaku bertukar menunjukkan ekspresi gelabah yang cuba dicontrol.
Aku cepat mencari alasan untuk coverline, "err.. mana ada.."
Lily menepuk bahuku sambil ketawa, "Hahahaha aku main-main jelah. Aku tahu kau bukannya suka lelaki macam sepupu aku tu kan.
Aku juga tertawa kecil sambil mengiyakan kata-kata Lily. Maaf Lily, aku belum boleh cerita dengan kau pasal aku dengan Izhar.
"Dia je datang bermalam sebab makbapa dia outstation. Maklumlah, bussinessman dan bussinesswoman berjayalah katakan.
Selepas mendengar 'berita tergempar' itu, aku mahu segera masuk ke rumah. Aku pun berpura-pura menguap, "ahhh mengantuknya. K la Lily besok kita cerita lagi", pintu pagar ku kunci lalu masuk ke rumah. Aku dan Lily memang selalu bergosip kat depan pagar rumah masing-masing.
"Bye Izhara", lambai Lily. Aku juga melambai ke arah Lily.
Aku berbaring di atas katil sambil kakiku ku angkat tinggi ke udara sambil mengoyang-goyangkannya.
"Izhar.. Izhar... hmmm"Ting!
Telefonku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Dah lama dah tak dengar telefon ni berbunyi sebab aku sudah lama tidak membuka Wechat dan Whatsapp ku.
Dapat buka semua ni pun sebab aku connect wifi si Lily. Sebenarnya, tadi aku keluar tu nak minta password wifi dia je tapi terjoyah pula dengan si Lily. Lily tu muka je nampak pendiam tapi bila dengan aku ada-ada je ceritanya. Hahahahaha.Eh siapa pula mesej aku kat whatsapp ni?
Izhar : Assalamualaikum, cinta.
Dup dap dup dap..
***
Sorry guys sebab lama dah tak update. Sebenarnya, bab ni dah lama kat draft cuma takde masa nak publish. Well, SPM tinggal 39 hari lagi😭😭 anyway, harap semua boleh terimalah bab ni.Terima kasih

YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Fiksi RemajaSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...