"Farhan kalau kau nak tau Izhara tak buat pun semua benda yang si Nini dengan Sue bagitau kau tu..", aip macam kenal suara ni. Aku sedikit lewat datang ke sekolah hari ni, semua pelajar sudah masuk ke kelas. Langkahku menuju ke kelas, terhenti apabila mendengar suara Sasmita.
Wuu wuuu what's happening? Aku pun menghentikan langkahku lalu bersembunyi di sebalik tembok laluan ke kelas.
"Tak cukup lagi ke apa yang aku dah nampak tu? Selina nak minta maaf kat Izhara tapi Izhara tak nak maafkan pastu tak cukup dengan tu dia buat perangkap untuk kenakan Selina.", semudah 123 ABC je Farhan percaya cakap dorang tu.
"Sebesar tu rupanya kepercayaan kau kat Izhara. Kalau betul kau ikhlas sayangkan dia, tak semudah tu kau berpaling untuk percayakan orang lain.", tu dia bila anak buah Plato berkata-kata. Penuh dengan ayat-ayat berfalsafah yang ku kira penuh dengan kopoyoan.
Farhan terdiam.
'Ikhlas sayangkan aku?" Eh eh? Aku tak salah dengar ke apa ni? Betulkah Farhan suka kat aku... dan Sinarti tahu pasal tu..
Aku mengintai dari sudut-sudut takut kalau Sinarti dan Farhan tahu yang aku terdengar perbualan rahsia dorang ni.
Sedang aku khusyuk mengintai, tiba-tiba aku merasa bahuku dipegang oleh seseorang, "Kamu buat apa kat sini Izhara? dah lewat tu masuklah kelas cepat." cikgu Muliana rupanya. Aku pun tersenyum-senyum kambinglah.
"Izhara?", kata Sasmita dan Farhan serentak.
Ekspresi mukaku ku kawal. Cuba untuk tidak tersenyum di hadapan Farhan. Nak rasa juga feel bila jadi ego-ego ni. Tangan Sasmita ku tarik.
"Sejak bila kau ada kat situ? Maknanya.. kau dengarlah apa yang aku cakap kat Farhan?", soal Sasmita separuh berbisik.
Namun, aku hanya terdiam. Tangan Sasmita aku tarik dan kami berdua berjalan pantas menuju ke kelas. Banyak perkara hendak dibincangkan ni.
"Mestilah dengar. Aku bukannya tuli macam Sinarti."
"Apa sebut-sebut nama aku ni?", Sinarti terhenti daripada menyapu.Tengok kiri kanan. Okay Line clear! Farhan belum memasuki kelas.
"Sejak bila kau tahu semua ni?", soalan Sinarti ku endahkan. Aku fokus kat Sasmita sekarang ni.
"Er..er.. aku bukan tak nak bagitau kau cuma.. Farhan kata dia akan bagitau kau juga bila dia dah sedia alaaa janganlah marah kat aku Iz..", Sasmita menarik kerusinya semakin rapat dengan aku.
"Oh pasal tuu", Sinarti yang masih tak selesai menyapu terus datang menyampuk.
"Kau pun tau juga?", ini membangkitkan kemarahan ni. Dorang dua-dua tahu tapi tak sorang pun bagitau aku.
Sinarti terdiam.
Okay rasanya aku dah tahu jawapan untuk soalan aku tu.
"Iz sorry lah. Kau tau kan aku ni amanah orangnya.", Sinarti memegang tanganku.
"Kau tak nak kawan kami dah ke? huhuhu", hmm mulalah tu nak pura-pura menangis. Macam aku tak tau taktik Sasmita nak pujuk aku ni.
Aku meneruskan kekencangan di mukaku. Aku cuba menahan ketawa melihat muka dorang dua ni. "Hmmm aku memang marah kat korang dua. Maraaaaaaaah sangattt. Sampai hati bersecret-secret dengan aku. Tapi.. muka korang dua lucu sangatlah!" aku pun meletus ketawa.
Sasmita memukul tanganku, "ish tara guna punya kawan! kita saspen boleh pula dia gelak"
"So kau tak marahkan kami la ni?", tangan kananku dipeluk oleh Sinarti.
"Marah. Tapi sekejap je. Takkanlah aku nak goyahkan persahabatan kita ni sebab lelaki je. ", jawabku senada.
Senyuman manis tertampal kat muka mereka berdua.
"Kelas bangun", arah si ketua kelas.
Dengan serentak kami semua pun memberi salam kepada cikgu Trisya, cikgu baru kat sekolah ni dan mengajar subjek Kimia menggantikan cikgu kami yang telah berpindah ke Sarawak.
Nama macam western gitu tapi asal daripada Sabah. Sumandak Kinabalu rasanya. Cantik je cikgu ni, dah la kulit putih melepak pastu mata pula warna coklat.
"Okay class. Saya cikgu baru yang akan ajar kamu semua start hari ni." biarpun cikgu ni bercakap semenanjung namun accent Sabahnya masih ketara.
Apalagi, semua budak-budak lelaki pun mulalah wuu sana wuu sini. Bukan main fokus lagi dorang tengok cikgu ni sampai tak terkelip-mata tu. Namun, Farhan ku lihat hanya menundukkan kepala dan diam.
"Before we start our lesson, I will divide you all into a few small groups", lembut suara cikgu.
Serentak dengan itu, mulalah timbul suara-suara sumbang dari dalam kelas, "Ahli kumpulan untuk apa cikgu?", Izat mengerutkan keningnya. Meskipun aku tak nak pandang tempat si Izat ni, aku terpaksa juga.
"Sebab setiap kali lesson kita, kamu akan duduk bersama kumpulan kamu dan jalankan aktiviti ataupun eksperimen bersama.", terang cikgu Trisya sebelum menulis sesuatu di papan putih.
"Perlu ke semua tu? Alaa nanti aku tak dapat duduk sebelah kau la ni", keluh Syahirah kepada Nurul dengan suara yang perlahan.
"Memang perlu. Ini adalah salah satu inisiatif cikgu supaya kamu dapat belajar dengan lebih fokus dan bukan pula bercerita dengan kawan kamu masa cikgu mengajar", tajam juga telinga cikgu ni.
"Kamu ada 20 orang so there will be 5 groups. For each group, 5 people.", English cikgu ni memang superb. Accent british gitu.
Setelah selesai pembahagian kumpulan, aku sekumpulan dengan Farhan -_-
Macam mana boleh jadi macam ni??
Jodoh game strong ke ni? Aku, Syahirah, Saiful, Khairul dan Farhan.
Maka, aku pun mulalah bertukar ke silent mode. Tambah- tambah lagi lepas ni aku kena duduk sebelahnya setiap kali masa Kimia.
Cikgu Trisya pun memulakan pengajaran dan aku hanya berpura-pura fokus. Tiba-tiba, segalanya jadi awkward pula duduk kat sebelahnya ni.
"Er.. er.. Izhara?", Farhan tiba-tiba menyebut namaku.
Namun ku endahkan.
Muncul sekeping sticky note berwarna kuning di hadapanku ;
Saya minta maaf.
***
Author pun ketawa sendiri tulis chapter ni sebab klise overload😂 Harap anda semua tak muntah pelangi la baca ni.
YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...