Kring kring kring!!
Kring kring kring!!Ahhh pukul berapa dah ni? kenapa awal betul jam loceng ni berbunyi, ayam pun belum berkokok lagi. Tidur lagi lah.
Kring kring kring!!
Aku membatalkan niatku untuk tidur semula setelah melihat jam di jam locengku menunjukkan pukul 6.30. Aku melompat dari katilku dan secara tiba-tiba aku menjadi aktif di awal pagi. Aku mengambil tuala ku lalu bergegas ke bilik mandi. Alamak, aku dah lambat ni kelas mula jam 7. Mak aii! kang lambat tak pasal-pasal kena round padang sekolah sambil jalan itik.
Siap mandi, aku memakai baju kurung sekolah ku serta skirt sekolah yang berwarna biru. Aku berdiri di hadapan cermin sambil membetulkan tudungku yang senget ke kanan ni.
Dari bilik ku, aku mendengar enjin kereta ayah dah berbunyi yang menandakan bahawa masa ku telah hampir tamat. Aku memakai beg sekolahku lalu menuju ke bawah.
"Haa mujur adik cepat, kalau tak ayah dah tinggalkan kamu", ibu memberitahu ku lalu menyerahkan wang belanja kepadaku. Aku mencium tangan ibu ku lalu masuk ke kereta.
Kenapa tak sarapan? Aku bukan jenis yang makan masa awal pagi kalau tak aku sakit perut. Pelik bukan?
Aku duduk disebelah ayah. Senyap saja sepanjang perjalanan. Aku merasa kurang bertenaga pagi ini, ayah hanya melihat ku sambil tersenyum.
Beberapa minit perjalanan, aku tiba di sekolah. Aku mencium tangan ayahku lalu menutup pintu kereta.
Aku pun melangkah masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jaya Sakti.
Fuhhh nasibla masih awal lagi. Aku melihat jam tanganku menunjukkan bahawa aku masih ada masa lebih kurang 5 minit lagi untuk ke kantin.
Aku bergegas ke kantin lalu terlanggar dengan seseorang. Aduh! Sakit bahu kanan aku dilanggarnya.
Aku melihat rupanya Farhan yang melanggarku, "kau sengaja kan nak langgar aku, nak rosakkan mood aku awal pagi, macam tu?" Laju saja perkataan tu meluru keluar dari mulutku.
Farhan yang segak memakai uniform pengawasnya yang berwarna biru tua serta blazer hitam kelihatan 'macho' sikit harini. *hari ni je tau, maklumla ketua pengawas sekolah la ka takan 💁
"Aduh! bahu aku pun sakit, tapi kalau berlanggar dengan kau tak rasa sakit pun, rasa cinta adalah." Katanya nakal sambil mengukirkan senyuman berlesung pipitnya ke arah.
duhh!
pfttt tak malu. Aku mengendahkan senyuman nakalnya tu lalu berlari-lari anak menuju ke kantin.
Hmm macam aku tak kenal perangai si Farhan tu. Kononnya, lelaki melayu terakhir sebab dia sorang je yang pakai songkok dalam kelas kami. Tapi itupun, masa hari Khamis dengan Jumaat je dia pakai. Dari tingkatan 1, tak habis- habis dengan loyar tak berapa eloknya tu. Aku mula kenal dia masa orientasi tingkatan 1 sebab kami sekumpulan masa tu. Mula- mula aku pun tertarik juga dengan Farhan tu, tertarik je bukan suka. Sebab dia ada lesung pipit sedalam kerak bumi >< , Kulitnya sawo matang tapi tak heranlah sebab dia kan harapan sekolah main bola sepak. Nak kata bebas daripada jerawat tu, tak jugala pastu mata dia pula warna coklat. Pernah satu kes masa awal tingkatan 1, cikgu disiplin sekolah iaitu Cikgu Syafie memanggilnya ke bilik dsipilin berhubung dengan isu kononnya Farhan memakai contex lens. Sikit meletup perut aku ketawa masa dia cerita tu kat aku. Dah sah muka dia ada muka penipu sebab tu la cikgu tu berkeras tak nak dengar penjelasan Farhan. Kesian dia. Hidungnya mancung saling tak tumpah macam Shah Rukhan (kalau tak tipu la), rambut dia pula ala-ala potongan rambut Cristiano Ronaldo, tengah je tebal kat tepi nipis. Hmmm tak faham la lelaki ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...