CSS | 28

104 9 1
                                        

×Keep some room in your heart for the unimaginable×

***

Krik.

Krik.

Krik.

Sinarti dan Sasmita yang hanya terdiam daritadi melihat 'drama' ku dan Farhan akhirnya bersuara. "Ehem ehemm.", dehem Sasmita. "Korang dua ni tengah shooting untuk slot telenovela ke apa?", perli Sinarti.

Mendengar kata-kata mereka, aku pun melepaskan diri daripada pautan Farhan tadi lalu ku melihat ke kiri dan kanan. Kot-kot ada pula orang selain daripada kami berempat yang berada di sini. Fuh, mujur hanya kami yang berada di lorong menuju ke pagar sekolah ini. Setelah itu, tudungku yang agak sedikit kusut aku betulkan. Manakala, Farhan masih kekal pada kedudukannya tadi cuma ku perasan mukanya agak sedikit merah. Malu agaknya. Aku pun malu juga tapi tak lah ketara sangat blushing aku.  Ketara sangat tak malu aku 😝

"Ish! yang kau tolak aku ni kenapa?", soalku kepada Sasmita.

Sasmita hanya tergelak. 😒 So, aku anggap tu sebagai jawapan daripada dia 😑

Untuk meredakan sedikit 'kehangatan' di sebalik peristiwa tadi, aku pun segera mencari topik untuk dibualkan.

"Hmmm kau nak jumpa aku kenapa?" aku menyoal Farhan.

Farhan menggaru belakang kepalanya, "hmmm takde pape lah. Hmm k aku masuk hostel dulu.", jawabnya.

"Aipp. Tadi kata....", ayatku tergantung begitu sahaja setelah melihat kelibat Farhan mulai hilang daripada pandanganku.

Sinarti menepuk bahuku, "hmmm dia malulah tu. K jomlah balik".

"Fuh! nasib baik takde orang nampak apa yang dah jadi tu, kalau tak... tak pasal-pasal jadi viral pula kat sekolah ni.", aku berkata sambil mengurut-gurut dadaku.

"Hahahaha perasannya Mrs Farhan kita ni!", kata Sinarti sinis.

Cis! 😂

***
Someone's POV
(Pandangan seseorang yg belum diketahui identitinya)

Betulkah apa yang aku nampak ni? Farhan pegang pinggang Izhara? kalau ya pun Izhara ni terjatuh takkan la sampai macam tu sekali. Ni mesti plan dia nak menggatal dengab Farhan. Patutlah Izhara ni asyik berkepit je dengan Farhan.. Rupanya.. tu motif dia. Dorang dua ni ada apa-apa affair ke apa? Sinarti dan Sasmita tu pun sama je! gatal!  Izhara ni memang gatal! dengan si Farhan tu pun dia nak menggatal! Farhan tu aku punya! 

Izhara kau memang nak cari pasal ngan aku. Kau tunggulah nasib kau! -,-

***

Aku berbaring di atas katilku setelah penat menelaah ilmu Fizik sambil menatap skrin telefonku. Hampir kusut neuron-neuron kat kepala aku ni mengingat formula-formula tu semua.

Hmmm. Sunyi.
No call. No message. No chat.

Tiba-tiba..

Ding!
Skrin telefonku yang tadinya malap bertukar cerah menandakan ada notification baru.

Aku dengan segera menekan password telefonku (start letak password sejak peristiwa si Faizrel haritu -,-)

Ada orang mesej aku kat whatsapp. Guess who?

Faizrel:
Kau wat pa tu Iz?

Hmmm Faizrel rupanya. Teruk bebenor style menaip tu dah lah salam pun tak bagi. Rosaklah keindahan Bahasa Malaysia kalau wujud lagi 100 orang macam dia ni. cehh 💁

To Faizrel:
Waalaikumussalam. Hmm kau nak apa?

Faizrel:
Perli nampak? k la,  assalamualaikum w.b.t. Klau aku kta aku nk kwan kau, rasa2nya kau bgi tk? 😍

To Faizrel:
Eihh gatal! 😒 hmm bagitaulah cepat kau nak apa chat aku ni? I don't have all day for you, you know.

Faizrel:
Baiklh. Sbnarnya, ayah aku ni kena brtgas kt tmpt lain lgi. So, sklah trdkat tu kat sklah kau je😔  (ayah Faizrel ni pun polis juga. Sebab tu lah rapat sangat famili aku ngan Faizrel ni)

To Faizrel:
Kau tak yah la nak guna emoji sedih2 bagai. Aku tau kau lagi suka kan kalau kau pindah sekolah sebab ada Sinarti 😑

Faizrel:
😂😂eh mna tau? sbb tu la aku syg kau, sbb kau je phm mksud tsirat aku 😘

To Faizrel:
So kau nak pindah sekolah la ni? k tahniah. Dah lah aku nak tidur💤 Assalamualaikum. Besok kita sambung.

Faizrel: K la. Kirim salam kat Sinarti dan suruh dia tunggu kedatangan aku tau! 😚

*seen*

Banyak-banyak sekolah kenapa sekolah aku juga kau nak pindah. Faizrel Faizrel -.-

Aku meletakkan telefonku di meja tepi bersebelahan katilku lalu lampu ku matikan.
***

So, akhirnya muncul pun watak jahat dalam cerita ni,  kamu rasa siapa orang ketiga yang tak suka dengan Izhara ni? komen komen 🙌 *sorry so much sebab author tak pandai terangkan watak2 jahat ni and stay tune for more Faizrel-Sinarti moments 😘

Cinta Separuh SajaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang