♚
×Once in a while, right in the middle of an ordinary life, love gives us a fairytale×
Sorry sebab lama tidk update. Now, im back stlh penat brya😂 and here we goo....
***
Setelah seminggu cuti sekolah, aku pun kembali ke sekolah hari ini. Tidak sabar rasanya untuk berkongsi semua cerita-cerita hitzzz aku kepada Sinarti dan Sasmita.
"Eih awal datang", tegur Sasmita sebaik aku melabuhkan punggungku di dewan utama sekolah.
"Ntahlah, for some reason aku semangat nak belajar harini.", jawabku.
"Semangat nak gi sekolah sebab nak belajar ke or semangat sebab nak jumpa si.... ahhh tu dia orangnya", sindir Sinarti. Kebetulan, Farhan juga baru sampai di dewan dan mata Sinarti melirik ke arahnya.
Huh. Menyesal sungguh aku cerita dengan Sinarti ni pasal perasaan si Farhan kat aku ni -,-
"Cerita hangat apa yang aku dah termiss ni uollss? sharelah dengan aku!!", desak Sasmita.
Sambil menepuk peha Sasmita aku berkata, "Haa kalau kau nak tau Sas, si Sinar ni ada peminat!!", nadaku sedikit tinggi.
"Ahh siapa lelaki malang tu?", gelak Sasmita mengisi setiap sudut di dewan tersebut. Sehingga pelajar lain merenung ke arah kami.
"Ishh mana ada! kau jangan nak percaya cakap dia ni Sas. Ntah, dia yang ada peminat kita pula yang dikatanya.", balas Sinarti.
"Ergh okay okay sis confuse. Boleh tak korang dua straight to the point.", Sasmita sedikit geram melihat aku dan Sinarti yang saling berbalas sindiran.
Setelah mengambil nafas dalam, aku pun menerangkan segalanya kepada Sasmita.
"Ohh so selama ni Farhan layan kau baik semacam ni sebab dia suka kau lah? patutlah aku perasan dia layan kau lain sikit berbanding dengan cara dia layan perempuan lain. Hmm rupanya... si Faizrel tu pula, dah kemaruk sangat ke nak dapatkan cinta cik Heartless kita ni", ulas Sasmita sebaik mendengar penjelasanku disertai dengan perlian.
"Hmm tu lah. Tapi.. korang dua tau kan aku tak suka untuk ada sebarang perasaan dengan lelaki sekelas. Lagipun...", luahku.
"Lagipun apa? lagipun kau dah suka kat si Izhar tu?", teka Sinarti.
"Eih Farhan tu okaylah. Lagi okay dari si Izhar tu. Masa kau susah dia ada tolong kau? takde kan? Farhan jugaaaa.", sampuk Sasmita.
"Hmmm tapi Izhar pandai buat hati aku cair", aku sedikit blushing.
"Ahh dah la cerita pasal tu. Kau fikir la dulu masak-masak mana satu kau nak. Hmm pasal sepupu kau tu pula, bagitau dia aku kirim salam and suruh dia main jauh-jauh.", Sinarti berpesan sebaik kami telah diarahkan untuk masuk ke kelas.
Tak sempat aku nak cerita kat dorang dua ni pasal chat aku dengan Izhar. Hmm nanti-nantilah.
Sepanjang masa belajar di kelas tadi, aku tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru yang mengajar kerana aku perasan Farhan asyik melihat ke arahku. Dah kenapa dia ni? Aku pun membuat keputusan untuk berhadapan dengan Farhan.
Pada waktu rehat, aku sengaja menyuruh Sasmita dan Sinarti untuk keluar rehat terlebih dahulu kononnya aku tidak begitu lapar. Tahu sajalah, kawan aku dua ekor ni, upss maksud saya dua orang ni kaki makan.
Hanya tinggal aku, Farhan dan beberapa orang sahaja lagi yang masih berada di kelas. Akhirnya mereka pun keluar dan hanya tinggal aku dan Farhan di kelas. Aku pun menghampiri Farhan yang kelihatan sibuk mengemas buku-bukunya.
"Farhan", panggilku.
"Ya sayang Izhara?", jawab Farhan lalu berhenti daripada mengemas bukunya.
"Hmm macam ni lah. Kita kawan kan? kau sayang aku kan?", soalku.
"Soalan apa kau tanya aku ni? mestilah sayang!"
"Aku pun sayang kau Farhan", senyuman manis terserlah pada muka Farhan sebaik mendengar ayatku, "Tapi aku sayang kau tak lebih daripada kasih sayang seorang kawan kepada kawannya. Aku tau kau suka aku aku, Faizrel dah cerita dah semuanyaa. Aku rasa aku tak boleh teruskan persahabatan kita ni kalau kau terus menyimpan perasaan tu kat aku. Aku minta maaf Farhan.", terangku.
Farhan hanya terdiam apabila mendengar peneranganku.
Dia hanya tersenyum hambar lalu mengatakan "Oh pasal tu. Aku tak suruh Faizrel bagitau kau tapi rupanya dia bagitau kau juga... so... I guess lelaki yang dah bertakhta kat hati kau Izhar la. Takpe, Izhara kau tak payah nak minta maaf.", Farhan berkata dengan nada yang mendatar lalu bangkit daripada kerusinya dan berdiri di hadapanku. "kau jangan risaulah, perasaan aku ni sekejap je. Kau kenal aku kan? aku suka kat perempuan sekejap je pastu aku dah bosan. So.. kau tak payahla nak risau okay?"
Aku merasa sedikit lega mendengar pengakuan Farhan.
"Oh kalau macam tu, baguslah. Lega aku dengar. So kita masih kawan kan? kawan sampai bila-bila?", soalku sambil menunjukkan jari kelingking ku kepada Farhan tanda perdamaian."Okay, sampai bila-bila. Dah lah, aku nak cek kelas-kelas dulu. Kau jangan nak pinky promise sangatlah, kita bukan mahram tak leh nak sentuh-sentuh" lalu Farhan berjalan keluar daripada kelas meninggalkan aku sendiri.
Aku harap Farhan betul-betul maksudkan apa yang dia dah cakap tadi. Lalu, aku pun bergerak menuju ke kantin. Dengan penuh kegirangan, aku berlari-lari anak di koridor kelas.
***
Sedih kan bab ni?😫 untuk sesiapa yg suka watak Farhan, mesti dah anti dah dgn si Izhara ni😂 kankan. But its not the ending yet. Stay tune! jgn lupa vote uolss😃

YOU ARE READING
Cinta Separuh Saja
Teen FictionSegalanya bermula apabila lelaki yang dahulunya bergelar "crush" muncul menghiasi hidup remaja Nul Izhara Azura.. "Saya Sayang awak, Nul Izhara Azura." -Izhar Rayqal Kehadirannya yang disangka hanya akan membawa pelangi indah dalam hidup Izhara t...