Bab 1

24.8K 587 10
                                    

Ash dan Sofy berlari sekuat hati apabila pak cik guard mengejar mereka dari belakang. Dia dan Sofy ketawa riang.

Vee dan Tiza sudah sedia untuk menegakkan tali. Dalam kiraan 1,2 dan...

Bush!

Pak cik guard itu terjatuh akibat tersadung tali yang menjadi perangkap mereka. Wendy mengikat pak cik guard itu dan mereka meninggalkan pak cik guard itu di tengah padang.

"Mission complete," sorak Ash gembira.

"Yeay," mereka yang lain menyambut sorakan Ash.

《______________》

Ash keluar dari kelasnya dan mahu menuju ke pintu pagar sekolah. Tiba-tiba susuk tubuh seorang lelaki mematikan langkahnya. Dia mendongak memandang lelaki itu. Ash senyum manja. Dia tahu lelaki depannya akan menengkingnya dalam lima saat.

5
4
3
2
1

"Ash! Boleh tak kau berhenti buat masalah?! Aku dah penat lah," tengking Adam sebelum mengeluh.

"Siapa suruh bongkak sangat nak jdai presiden. Padan muka," kata Ash sebelum menolak sedikit tubuh Adam ke tepi untuk memberikannya laluan.

"Aku tak habis lagi dengan kau," kata Adam keras. Ash berhenti.

"Kau ni cucu raja ke anak alien ke, aku tetap malas nak layan. Buang masa," kata Ash malas tanpa berpaling sebelum mengorak langkah meninggalkan Adam.

Adam menjadi bengang. Tangannya dikepal geram.

《_____________》

Mercedes V class bewarna dark blue menunggu Ash di hadapan pintu pagar sekolah. Ash terus masuk ke dalam kereta.

"Assalamualaikum, Cik Han," sapa Ash dengan gembira.

"Waalaikumussalam. Ni nak suruh cik hantar rumah atau ada nak melencong tempat lain?" Tanya Cik Han kepada Ash.

"Rumah," balas Ash yang sibuk dengan telefon pintarnya.

Cik Han memandu menuju ke kawasan perumahan mewah Knight Ville di Sri Hartamas. Setibanya di Villa milik Dato' Ashraf, Ash terus turun dan masuk ke dalam rumah. Bilik tidurnya ialah lokasi utama.

Setibanya di bilik tidur yang terletak di tingkat empat dengan menaiki lift, Ash terus menanggalkan tudung sekolahnya. Ikatan rambutnya yang merah dengan inai dileraikan.

Baju ditukar sebelum turun ke bawah untuk menikmati makan tengah hari.

"Mak Jah! Masak apa hari ni," sapa Ash kepada tukang masak villa ini.

"Medium steak. Nak air apa ni?" Tanya Mak Jah yang sudak membuka peti sejuk untuk mengambil air.

"Orange juice," pesan Ash. Mak Jah menuangkan jus oren ke dalam gelas sebelum menyuakan pada Ash. Ash menyambut huluran gelas itu.

"Mak Jah nak tahu tak? Ash rasa Ash dah banyak sabar dengan cucu Melaka tu lah. Suka sangat menyibuk hal orang. Suka hatilah Ash nak buat apa. Semak," Ash mengadu pada Mak Jah yang sedang sibuk menghidang steak untuk anak majikannya itu.

"Dah memang tanggungjawab dia. Ash yang banyak buat masalah kat sekolah. Ash tak boleh nak salahkan dia. Salah Ash," kata Mak Jah lembut.

"Eh, yang Mak Jah back up sangat cucu Melaka tu kenapa? Sakit pula hati kita," kata Ash lalu mengipas pada bahagian organ jantungnya.

"Dia duduk asrama eh?" Tanya Mak Jah secara tiba-tiba.

"Yup. Asl? Nak ngurat?" Ash berkata lalu menjongketkan kedua belah keningnya beberapa kali.

"Eh, ke situ pula dia. Apa kata kalau Ash cuba baik dengan dia. Tak adalah Ash sakit hati, dia pun tak sakit hati nak kacau Ash. Macam bagi dia lunch box," cadang Mak Jah membuatkan muka Ash berubah.

"Tak nak lah. Sebab Ash tak suka nak berbaik dulu. Ash tak suka dia. Ash tak reti masak,"Ash memberikan alasan. Mak Jah menggeleng.

"Jangan benci sangat," kata Mak Jah lalu meletakkan sepinggan steak di hadapan Ash

"Asal? Nanti suka? Mengarutlah," kata Ash sombong. Mak Jah senyum.

《____________》

Ash menyarungkan instant shawlnya yang bewarna hitam dipadankan dengan jump suit pink. Dia sudah berjanji untuk menemani Vee dan Tiza jogging di taman rekreasi kawasan perumahan elit Tiza.

"Cik Han! Ash dah siap!" Laung Ash kuat seraya mengikat tali kasut sport Adidas Women bewarna biru dan pink.

"Ya, kejap," sahut Cik Han. Selang beberapa minit, Cik Han datang dengan kunci kereta Lexus RX di tangan.

"Nich Residence tau," Ash mengingatkan Cik Han sebelum masuk ke dalam kereta.

Setibanya Ash di taman rekreasi Nich residence, Vee dan Tiza merenung Ash dengan muka bosan.

"Alah, guys. Sorry lah. I sibuk gosip dengan Mak Jah lah," kata Ash lalu tersengih.

"Late again. Lama tau I dengan Tiza tunggu," rungut Vee. Ash buat tidak tahu. Dia memakai headphone dan memulakan jogging.

"Woi! Tunggulah!" Jerit Tiza lalu mengejar Ash yang sudah jauh.

Jam menunjukkan angka 6:15 p.m. Ash dan dua orang kawannya sudah berehat di bawah sebatang pokok pine. Sebuah kereta Audi r8 berhenti di hadapan mereka. Ash angkat kening.

"Weyh, got to go. Boyfriend I dah sampai," Vee berkata sebelum beredar masuk ke dalam kereta buah hatinya.

"Untunglah Vee. Dapat mamat cina handsome," seloroh Tiza dengan mimik mukanya.

"You tu yang jual mahal. Okey kot Asri. Handsome, kaya dan bergaya. You tu yang mengada nak lelaki kacuk lah apa lah," kata Ash kepada Tiza.

"Alah, I nak cari orang macam abang Vee. Muka belanda. Baru menarik. Setakat Asri yang muka melayu buat apa," balas Tiza dengan mindanya sudah terbayang wajah abang Vee.

"You pun kena sedar yang you tu muka melayu juga. Tak ada kacuk pun," Ash berkata membuatkan Tiza menarik muka.

"Apa-apa je lah. You nak I tunggu you sampai balik tak? Sebab I promise dengan my mom nak balik pukul 6:30 petang," tanya Tiza.

"Balik lah. Nanti your mom marah you pula. Kejap lagi sampailah tu Cik Han," ujar Ash lalu mengeluarkan Iphone7 miliknya dari kocek seluar.

"Kalau itu yang you nak. Okay, I'll get going first. Hurm, Ash. You rasa I lagi cantik pakai tudung ke free hair? Sebab abang Vee suka perempuan melayu pakai tudung," Tanya Tiza seperti ragu-ragu.

"Pelik abang Vee tu. Cita rasa mengalahkan Islam. You memang cantik tak pakai tudung. Tapi, simpankan lah kecantikan you tu untuk orang yang berhak. I pun tak boleh nak cakap banyak. Aurat I sendiri tak tutup dengan perfect. Tapi kalau you rasa nak mulakan berhijab, apa salahnya. I support you. Tapi niat kena betul," kata Ash dengan senyuman.

"Thanks. I balik dulu," ucap Tiza sebelum mengambil sling begnya dan beredar.

Ash bersandar di pokok pine. Tiba-tiba otaknya teringatkan Putera Adam. Dia mengeluh. Kan lebih bagus kalau cucu Melaka tu berambus. Suka sangat jaga tepi kain orang. Nampak tak yang dia tak pakai kain pelikat masa solat.

"Tengku Putera Adam Farhan Mukmin Shah. Nama dah sedap. Muka dah handsome. Tapi, orangnya sahaja yang tak sedap nak buat kawan. Menyampah," bebel Ash seorang diri. Kereta Audi TT yang berhenti di hadapannya membuatkannya teruja.

Dia berlari ke arah kereta itu sebelum membuka pintu kereta itu dan memeluk erat pemandunya. Pemandu kereta itu membalas pelukan gadis di hadapannya.

Note: Just pretend macam kesultanan melaka tak pupus

Tyara College ✔Where stories live. Discover now