Treasure hunt bergaduh hingga petunjuk hilang. Jungle trekking, Ash jatuh kaki terseliuh. Night storry telling, Ash dan Adam bercerita tanpa ada perasaan hingga kumpulan mendapat markah terendah. Aktiviti membina raket sedikit pun Ash tidak mahu membantu. Adam hanya membiarkan Ash duduk sambil bermain telefon bimbit di atas batu.
"Saya kesal sebernanya nak umumkan siapa students istimewa yang akan duduk di Kedah selama sebulan. Tapi, saya akan tetap teruskan juga. Ahsreena Lavender dan juga Tengku Putera Adam," kata Encik Amzar sewaktu majlis penutup.
Ash dan Adam bangun dengan muka tidak berpuas hati. Mereka saling menyalahkan sesama sendiri melalui pandangan mata. Mereka berdua berdiri di hadapan orang ramai.
"Di sini kita ada president sekolah dan juga kaki cari masalah. Pihak sekolah sengaja meletakkan mereka sebagai satu pasangan supaya mereka akan lebih berbaik. Harapannya ialah supaya Ashreena boleh menerima teguran Putera Adam apabila mereka sudah berbaik. Tapi, di sini malangnya hati mereka tidak boleh bersatu dalam masa yang singkat. Sebulan mungkin cukup masanya untuk mereka bersatu hati. Putera Adam, jangan hampakan pihak sekolah dengan jawatan yang kamu sandang. Ashreena, cubalah berubah," kata Encik Amzar. Ash membuat muka menyampah manakala Adam hanya menekur memandang lantai. Malu dengan warga sekolah.
~///~
"Pa! Do something. You need to help me. I don't want to go there. Suck! A month? Even 2 days make me critical, how about a month!" Ash mula memberontak dengan suruh papanya meminta pihak sekolah membatalkan denda ini.
"Tapi, papa dah tanda tangan surat perjanjian. We, parents can't get involved with cocuriculum activity," kata Dato Ashraf membuatkan Ash mahu menangis.
"Ash tak nak pergi! Ash tak nak! Papa!" Raung Ash dengan air matanya sudah jatuh. Dato Ashraf hanya mampu memeluk Ash.
"Sorry, daughter. I can't do anything," ucap Dato Ashraf kepada Ash yang masih lagi menangis.
Manakala Adam pula hanya mengemas dengan tanpa perasaan. Dia sudah boleh agak yang dia akan ke Kedah jua bersama Ash. Barangnya yang siap di kemas diletakkan di depan bilik. Amer yang sedang sibuk bermain game melalui Xbox One S di kaca TV menegur Adam.
"Hoi! Tengku Putera nak berangkat ke kampung ke?" Tanya Amer sinis sebelum tersengih kecil.
"Aku tak kisah kalau nak duduk kampung. Yang aku kisah ada perempuan tu pula. Stress hidup aku lah," kata Adam lalu mengambil tempat di sofa.
"Chill. Sebelum kau terlupa, baik kau bagi tahu nenda kau dulu. Nanti dia risau kalau dia call kau tak dapat. Mana tahu sana tak ada line," cadang Amer membuatkan Adam mengangguk setuju. Dia mendail nombor nendanya.
Tut~ Tut~ Tut~ Tut~ Panggilan di sambung.
"Assalamualaikum. Nenda, cucunda akan berangkat ke Kedah untuk mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah pagi esok. Harap Nenda tidak mencari cucunda di sekolah selama sebulan. Cucunda juga takut jika di sana tidak mempunyai talian. Harap kita bertemu selepas sebulan cucunda mengikuti aktiviti sekolah ini," kata Adam kepada nendanya dengan bahasa baku.
"Nenda doakan cucunda kesayangan nenda ini dipermudahkan urusan di Kedah kelak. Sebaik sahaja pulang, berikan panggilan pada nenda. Nenda mahu berjumpa dengan cucunda. Nenda berhasrat mau membawa cucunda pulang ke Melaka selama seminggu," titah Nendanya.
"Ouh. Okey lah Nenda. Adam setuju. Nanti balik Adam telefon lagi. Bye, Assalamualaikum," kata Adam sebelum mematikan talian.
"Wow, mula-mula sedap dengar bahasa baku.Lama-lama, hampeh," seloroh Amer membuatkan Adam tergelak kecil.
"Kau fikir tak penat ke nak guna bahasa istana ni? Aku bukan mahir sangat pun. Apa aku cakap ni pun ala kadar je," kata Adam lalu baring di atas sofa.
YOU ARE READING
Tyara College ✔
Novela JuvenilTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...