"Ash kalau aku jadi, urm maksud aku jatuh...." kata-kata Adam terhenti apabila pelayan menghantar air.
"Uh, apa kau nak cakap tadi?" Tanya Ash selepas pelayan itu pergi.
"Tak ada apa-apa," balas Adam membuatkan Ash tak puas hati. Niat Adam untuk teruskan berkata. Allah menghalangnya teruskan berkata tadi tentu ada sebab. Hanya Allah tahu yang terbaik buat hambanya.
"Woi, cakaplah. Apa yang jadi? Apa yang jatuh?" Tanya Ash tidak puas hati.
"Hish. Aku cuma nak tanya. Kalau takhta jatuh kat aku, sesuai tak aku jadi sultan," bohong Adam membuatkan Ash ketawa.
"Weyh! Sejak bila kau gila takhta ni?" Tanya Ash dengan nada mengejek sebelum kembali ketawa berdekah-dekah sebelum Cik Mas menepuk bahunya.
"Apa anak dara ketawa macam Pontianak. Malu orang tengok," tegur Cik Mas membuatkan Ash memuncung.
Adam diam. Matanya memerhati laut yang gelap. Hidup tak perlu terburu-buru. Aku muda lagi. Biar Allah yang aturkan semuanya.
💞💓💞💓💞💓💞
Ash buat muka geli. Gamat yang berada di hadapannya di pandang jijik. Ditenung lama gamat itu seperti gamat itu telah membuat kesalahan besar terhadapnya.
"Ashreena! Kutip lah gamat tu masuk dalam baldi. Boleh tak cepat sikit. Selagi kau tak kutip, selagi tu aku tak naik tau!" Marah Adam yang masih berendam dalam laut.
"Tak nak lah! Geli! Dah lah bergerak! Euw! Kau duduk je lah dalam tu. Aku tak nak pegang!" Rungut Ash membuatkan Adam merengus.
"Ash, tolonglah. Ambil dan masukkan dalam baldi. Aku dah penat ni. Dah tiga jam aku dalam air," kata Adam dengan suara merayu.
"Dik, angkat je masuk dalam baldi. Kesian kawan kau tu. Tadi dah kutip gamat dalam laut, sekarang kena berendam sebab kau," kata seorang lelaki berumur lingkungan 20-an.
"Sial lah! Siapa yang macam babi buat mission ni!" Ash mula maki hamun. Gamat atau nama lainnya Timun Laut atau nak lebih advance nama saintifiknya Holothuroidea di cucuk sehinggakan gamat itu makin membesar.
"Argh! Bang, kenapa dia membesar ni," rengek Ash membuatka dua orang lelaki itu ketawa.
"Kau cucuk, dik. Mana tak besar," balas lelaki itu.
"Tak nak lah. Geli!" Jerit Ash sebelum menjauhi gamat yang pelabagai warna dan bentuk.
Adam tahan marah. Kulitnya sudah mula mengecut akibat berendam terlalu lama. Kesabarannya yang hampir sampai limit di tahan. Mulutnya terkumat-kamit beristighfar. Tiba-tiba kakinya terasa seperti dicuit. Dia merendamkan kepala. Kelihatan seekor tapak sulaiman berwarna hijau berada di sebelah kakinya. Tapak sulaiman itu diraih.
"Ash! Last aku nak tanya! Kau nak kutip sea cucumber tu masuk dalam baldi atau tidak?" Kata Adam dengan tegas. Ash buat muka menyampah.
"Kalau aku tak buat, kau nak buat apa?" Tanya Ash mencabar.
"Kau nampak starfish ni? Jangan sampai aku lekatkan dekat muka kau!" Ugut Adam sambil mengangkat tapak sulaiman itu.
"Ei, tak nak lah! Dah lah binatang tu berbulu. Ye lah, aku buat. Kau duduk lah sana diam-diam. Memekak je," bebel Ash sebelum mula mencapai timun laut itu mencapakkannya ke dalam baldi. Tak usah dikata ekspresinya. Cukup untuk menunjukkan betapa gelinya dirinya dan haiwan laut yang penuh dengan khasiat itu.
Ash dah Adam duduk di tepi pantai dengan air kelapa berada di tangan. Bayu laut yang menyapa lembut tubuh mereka amat menyegarkan. Penat tak terkata penatnya hari ini. Selepas sahaja selesai aktiviti dengan gamat, mereka perlu ke muzium 3D bagi menjalankan misi lain. Selepas itu. Naik cable car. What a hilarious mission? Siapa saja mampu buat karangan Bahasa Jepun lebih 500 patah perkataan sepanjang masa di dalam cable car. Penalti boleh tahan melampau. Makan gamat mentah! Ini ujian ketahanan mental dan fizikal ke? Pegang pon dah geli, lagikan nak kunyah. Rasa geli dari hujung lidah hingga ke hujung usus kecil.
Telefon bimbit Ash yang berbunyi menarik perhatian kedua-dua mereka memalingkan wajah ke arah beg milik Ash. Ash menyeluk begnya untuk mengambil telefon bimbit. Nama yang tertera di skrin telefon disapa. Matanya dijulingkan ke atas.
"Hello, what? What do you want?" Tanya Ash acuh tak acuh.
"I'm right behind you," kata si pemanggil membuatkan Ash terus memusingkan dirinya. Bulat matanya melihat Khairul dengan sejambak bunga. Weyh, cliche!
"What are you doing here?" Tanya Ash sebelah meletakkan telefon bimbitnya ke atas pasir pantai itu. Khairul menghampiri Ash. Dia melabuhkan duduk di antara Ash dan Adam.
"Ash, I'm sorry. I'm way too harsh yesterday. I shouldn't force you to accept me," ucap Khairul membuatkan Adam memandang jauh laut biru itu. Riak mukanya sedikit kendur.
"Chill. Bagi I masa lah. Anyway, we are still student. Why must we be impatient?" Kata Ash membuatkan Khairul tersenyum. Tapi, tidak bagi Adam. Dadanya rasa mahu terbakar.
"So, you will think about it?" Tanya Khairul tidak percaya.
"Yeah, if you stop clubbing and have fun at bar. Stop touching me without excuse," kata Ash membuatkan senyuman Khairul mati.
"Ash, since when did you care about that type of things? We went to bar together several times. We used to hold hands together," tutur Khairul tidak percaya. Walaupun Ash bertudung, dia tidak pernah terkejut dengan perangai Ash yang sedikit liar. Ramai gadis yang bertudung tapi, macam perempuan murah. Sekurangnya, Ash pergi ke bar tidak pernah dia menunggang arak. Tetapi, hukumnya sama. Haram tetap haram.
"People change by time. Salah ke I nak berubah sikit-sikit. Lagipun, apa yang kita buat selama ni salah. Entering clubs and bars, touching non-mahram and all the mistakes that we've done. It's hard to change so drasticly. Then, move on to the right path slow by slow," kata Ash sambil matanya melihat langit yang kemerahan memandangkan senja.
"I guess that you change this way might because of our college president," kata Khairul dengan matanya melirik ke arah Adam. Tetapi, Adam hanya buat tidak tahu.
"He'd done the right thing," balas Ash pantas.
"Okay, whatever about him. Deal. Usually, I pergi club and bar almost everyday. I try to reduce it. How about 3 times a week?" Kata Khairul dengan senyuman. Berat baginya untuk tidak ke kelab setiap hari.
"Okay. Now we are TTM," kata Ash membuatkan Khairul berkerut.
"TTM what?" Tanya Khairul. Ash senyum.
"Teman tapi mesra. Remember, teman not teman wanita. Don't spread fuck news all over the college," kata Ash tegas.
"Okay, promised. Here flowers for you." Khairul menghulurkan sejambak bunga kepada Ash.
"Thought you won't give it to me," seloroh Ash membuatkam Khairul tersengih.
Adam bangun dari duduknya. Punggunnya dibersihkan dari sisa-sisa pasir yang melekat. Cawan yang tadinya berisi air kelapa dan kini kosong dicapai.
"Ash, dah nak maghrib. Balik bilik, mandi dan solat. Malam ni kita keluar shopping," pesan Adam tanpa nada. Sedikit pun dia tidak berpaling ke arah dua orang kawan satu kolejnya. Rasa sakit hatinya membuak-buak.
Sampai sahaja di dalam bilik, Adam merebahkan badannya di atas katil. Ada lah rasa menyesal sikit sebab tak luahkan apa yang terbuku. Tapi, semuanya pasti ada hikmah. Allah tak akan lakukan sesuatu sia-sia.
YOU ARE READING
Tyara College ✔
Ficção AdolescenteTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...