Bab 11

8K 381 7
                                        

Affin menuju ke halaman rumah. Indahnya petang ni. Setibanya dia di beranda, kelihatan Ash dan Adam mengemas daun-daun kering yang bertaburan di halaman rumah. Affin geleng perlahan. Ash menyapu daun kering sambil menyanyi dan terlompat-lompat. Hyper budak ni. Adam pula serius membuat kerja tanpa memperdulikan Ash.

"Hoi! Buat kerjalah budak!" Laung Affin kepada Ash. Ash berpaling.

"Buta ke? Tak nampak orang tengah busy buat kerja?" Kata Ash dengan serta merta menyapu dengan siuman. Affin ketawa perlahan.

"Bukan tadi terkinja-kinja macam beruk?" Perli Adam pula. Ash ketuk kepala Adam dengan batang penyapu. Adam merengus kesakitan.

"Kau orang ni comel lah," puji Affin.

"Euw! Yang comel Ash seorang je. Dia tu muka dah macam tapir," kata Ash. Adam buat tidak layan lalu meneruskan kerjanya.

"Ash ni. Cuba tengok macam Adam. Professional," kata Afzin yang muncul dari mana entah.

"Stop! Ash pun professional lah!"

《___________》

"Tengku dengan Ashreena pakai sahaja baju sekolah yang dipakai di Tyara College," kata seorang pegawai yang datang ke rumah untuk memberitahukan hal Adam dan Ash perlu ke sekolah di kampung untuk seminggu.

"Encik, masalahnya pakaian kami  sangat jauh berbeza berbanding sekolah kerajaan. Tak akan lah si Ash ni nak pakai kebaya hari jumaat," kata Adam kepada pegawai itu.

"Tak apa. Apa salahnya. Ini borang yang perlu diisi. Tengku start sekolah esok," beritahu pegawai itu. Adam mengeluh.

"Kenapa tak bagi tahu lebih awal? Tak adalah menyusahkan," kata Adam sedikit marah. Pegawai itu tunduk sahaja.

"Maafkan saya tengku," ucap pegawai itu perlahan.

Adam mengambil dua borang dan buku peraturan sekolah sebelum berlalu masuk ke dalam. Dia meninggalkan pegawai itu di halaman rumah.

"Siapa tu?" Tanya Ash yang menunggu di hadapan pintu.

"Bacalah ni. Masuk, dah maghrib," kata Adam dengan memberikan Ash borang sebelum menegur Ash.

Ash masuk ke dalam rumah dengan borang di tangan. Borang itu dibaca dengan dahi berkerut. Apa entah yang boleh buat hingga Adam bad mood.

Ash tercengang. 'Pengalaman di sekolah bantuan kerajaan'. What?! Gila apa? Taraf aku dengan si cucu Melaka tu nak pergi sekolah kerajaan? Jauh lah nak sama tinggi.

"Ash, borang tu dah isi?" Tanya Adam kepada Ash yang sedang mengemas beg sekolah di sebelahnya.

"Dah. Weyh, kita mana ada buku teks macam dia orang. Tapi dalam syarat dia suruh kuta bawa buku teks," kata Ash keliru. Bila masa Tyara College sediakan buku untuk pelajar.

"Bawa je lah Ipad tu. Kan kita guna textbook dari situ," balas Adam berkenaan kekeliruan Ash.

"Tapi, macam mana nak hantar work? Cikgu terima e-mail tak?" Tanya Ash dengan masalah kekeliruan yang lain. Adam diam sejenak.

"Entah. Aku tak tahu lah. Dah lah kita kena pakai baju sekolah kita," kata Adam buntu.

"Biar lah. Nampak sikit grand. Tak macam dia orang, baju sekolah putih murah," kata Ash berlagak. Adam geleng perlahan.

"Kita datang sini bukan untuk menunjuk," kata Adam perlahan. Ash buat tak tahu.

《__________》

"Naik motor lah. Gila apa nak jalan kaki," cadang Ash pada Adam.

"Ye lah, ye lah," Adam bersetuju. Kunci motor dicapai. Cik Mas awal-awal lagi sudah keluar ke kebun belakang rumah. Ambil ulam agaknya.

Ash dan Adam dijadikan perhatian di sekolah. Semua orang memandang pelik Ash dengan kemeja putih dan skirt merah. Shawl merah dan knitted vest merah. Adam pula seluar khaki pants merah dan kemeja putih dan knitted vest merah.

"Ash kau tak rasa kita jadi perhatian ke?" Bisik Adam kepada Ash. Ash senyum berlagak.

"Biarlah. Terkedu lah tu tengok baju kita. Baju dia orang kan murah-murah," balas Ash angkuh. Adam geleng kepala.

"Weyh, kita nak pergi mana ni?" Tanya Adam. Ash angkat bahu. Seorang pelajar lelaki yang melintasi mereka ditahan oleh Ash.

"Eh, kejap. Kita orang kena pergi mana ni?" Tanya Ash dengan senyuman manis.

"Ouh, hang pa transfer student kan? Jom lah pergi tapak perhimpunan," kata pelajar itu. Ash dan Adam membuntuti pelajar itu ke tapak perhimpunan.

Ash dan Adam terpinga-pinga di tapak perhimpunan. Outdoor? Duduk lantai? Oh my god! Seorang pelajar dengan pakaian pengawas datang menghampiri mereka.

"Assalamualaikum. Aku Ahmad Afiq bin Ahmad Abu. Aku ketua pengawas sekolah. Kau orang boleh ikut aku," kata Afiq sebelum berjalan menuju ke barisan. Adam dan Ash hanya membuntuti Afiq.

"Memang perhimpunan rasmi buat kat kawasan terbuka macam ni ke?" Tanya Ash dengan muka menjengkelkannya. Afiq senyum.

"Ya. Kejap, apa nama korang eh? Tak ingat lah masa aku tengok borang," kata Afiq.

"Adam Farhan. Call Adam," Adam mengenalkan dirinya. Ash buat muka. Rendah diri lah tu. Student tag yang tergantung dileher Adam diraih kemudian dihalakan pada Afiq. Afiq tersenyum hambar. Adam cepat-cepat menepis tangan Ash yang memegang student tagnya,

"Ashreena Lavender binti Dato' Ashraf. Nickname, Ash," Ash mengenalkan dirinya dengan senyuman sombong.

"Lebih dikenali sebagai Queen Diva Tyara College," seloroh Adam membuatkan Afiq ketawa kecil. Ash jeling maut Adam. Adam buat muka selamba.

"Kita sambung sembang nanti lah. Masuk barisan dululah. Perempuan bahagian depan. Ash duduklah bahagian belakang sekali. Adam duduk lah paling hadapan. Dekat dengan Ash. Nanti kekok sangat pula," kata Afiq lalu meninggalkan Ash dan Adam sebelum dia menuju ke podium untuk menjalankan tugas sebagai MC. Ash dan Adam mengambil tempat.

Lagu negaraku, lagu negeri kedah, lagu sekolah dan ikrar. Ash rasa tidak selesa. Outdoor! Teruknya sekolah awam ni!

"Oi, apa nama hang?" Terjah pelajar dihadapannya kasar. Ash pandang dengan ekor mata tajam.

"Ashreena Lavender binti Dato' Ashraf," Ash mengenalkan dirinya malas. Malas mahu bercakap dengan pelajar bajet taiko.

"Dekat IC memang ada dato' tu ke? Tak ada kan? Boleh tak jangan nak berlagak sangat," kata seorang pelajar yang bertag nama Asyikin dengan mata dijulingkan ke atas.

"Asal? Senak ke?" Sinis Ash membalas.

"Hang pikiaq, kat kampung ni, tak dak oqhang kaya?" Seorang pelajar disebelah Asyikin yang bertag nama Fatimah.

"Ada pangkat? Tak ada kan? Sekurangnya aku kalau nak berlagak pun, memang dah kenyataan kaya. Bukannya nak berlagak tapi habuk pun tak ada. Tak payah nak senak sangat lah. Aku anak dato' ke anak orang biasa ke, tak bawa ikut masuk liang lahad kau orang," balas Ash sungguh sinis. Yang lain buat muka menyampah.

"Budak bandar qhempang sungguh," kata Fatimah dengan menggunakan loghat kedah yang tak dapat difahami Ash. Ash berkerut. (qhempang=masuk air)

"Dak faham le tu," kata Asyikin lalu beberapa konconya ketawa sinis.

"If I talk in English, maybe you can understand. But, du wirst es bereuen," kata Ash dengan matanya tajam menikam mereka yang mengacau hidupnya. (Kau akan menyesal)

"Ash, genug. Ignorier sie einfach," tegur Adam dari belakang Ash. Ash toleh sedikit. Dia mengeluh perlahan. (Ash, dah. Abaikan je)

"Aber sie beginnen, es zuerst," Ash tidak mahu kalah. (Tapi, dia orang mulakan dulu)

"Kono betsu no jikan o setoru," Adam buat kata putus dengan bahasa jepun biar Ash puas hati.(selesaikan lain kali)

"Jag kommer att lösa in hämnd," kata Ash dengan senyuman mautnya. (aku tuntut balas dendam tu)

Adam berkerut. Bahasa apa tu? Ada dalam syllabus otak tak? Cari!

Tyara College ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang