Bab 24

7.8K 378 10
                                        

Pengawal kesalamatan menahan kereta Adam. Tuan rumah perlu memberi tahu pengawal keselamatan jika tetamu ingin hadir. Ataupun, pelawat perlu menelefon tuan rumah untuk meminta pengesahan dari tuan rumah baru pengawal kesalamatan memberi izin masuk.

Adam membuka tingkap. Cermin mata hitam berjenama Bvlgari dibuka. Jelas terkejut riak pengawal keselamatan itu. Terus kepalanya ditunduk.

"Nak melawat siapa, Tengku?" Tanya pengawal keselamatan itu dengan sopan.

Adam tidak menjawab. Dia mendail nombor Dato' Ashraf. Telefon bertukar tangan dengan pengawal itu. Selepas mendapatkan pengesahan dari Dato' Ashraf, baru Adam dibenarkan masuk.

Kereta dipandu ke arah kediaman mewah Dato' Ashraf. Pintu kereta dibuka sebelum dia melangkah keluar. Kediaman itu diteliti sebelum menekan punat loceng. Seketika, seorang lelaki dalam lingkungann umur lewat 40-an membuka pintu kecil. Terkejut dia dengan kehadiran cucu Sultan Melaka.

"Tengku nak jumpa Ash?" Tanya lelaki itu menebak tujuan Adam ke sini. Adam senyum sebelum menanggalkan cermin mata hitamnya.

"A'ah. Dia dah bangun?" Tanya Adam selepas mengiyakan tekaan lelaki itu.

"Baru bangun rasanya. Tengku masuklah dulu. Duduk di taman mini. Nanti saya bawa Ash keluar." Kata lelaki itu sebelum mengiringi Adam ke taman mini.

Lelaki itu yang bergelar Cik Han iaitu pemandu Ash mengarahkan salah seorang pembantu rumah untuk memanggil Ash.

"Cik Ash, Tengku Putera Adam datang nak jumpa," kata pembantu rumah itu. Ash yang sedang mengikat rambutnya tercengang.

"Dia datang sini? Dia nak apa siak!" Bebel Ash dengan langkah menuju ke bilik. Pakaiannya perlu ditukar. Tak akan nak jumpa Adam pakai wife beater dan shorts je. Gila gamaknya tu.

Sampai sahaja di bilik, Ash mencapai jubah abaya dan disarungkan ke tubuh. Mudah dan senang. Instant shawl dari jenama Naelofar disarungkan. Kaki mengorak langkah turun ke bawah. Kelihatan Adam sedang ralit melakukan aktiviti dengan telefon pintarnya dengan kaki yang disilangkan di tempat bersantai yang terletak di taman mini. Ash berdehem sebelum mengambil tempat di sebelah Adam. Adam pandang Ash atas bawah.

"Baru bangun? Pukul berapa dah ni? Subuh tak?" Bertalu-talu soalan dari Adam. Ash mengeluh rimas.

"Non of your business. Just fuck off from my life, please," kata Ash dengan nada menjengkelkan. Adam senyum senget.

"From now on, your life is my business. Jadi, aku tanya kau ni, solat tak subuh tadi?" Adam berkata serius. Ash pelik.

"Eh! Dah pahal lak hidup aku ada kena mengena dengan kau? Please lah, Putera Adam! Aku kalau boleh memang tak nak ada kena mengena dengan kau lepas balik dari Kedah. Jadi, fuck off from my life. I'm fuckingly begging right now," kata Ash separuh merayu. Adam pandang tanpa riak. Telefon pintarnya dibuka sebelum diberikan kepada Ash. Ash menyambut dengan perasaan tertanya-tanya. Video di telefon pintar itu dibuka.

"Assalamualaikum, princess papa ni. From now on, Ash di bawah tanggungjawab Adam. Papa buat semua ni bukannya nak hidup Ash merana. Trust me, it is all for your own good sake. For not being a good father, I'm sorry. Papa cuma nak anak papa berdisiplin, pandai agama. Papa tak mampu nak didik anak papa sampai papa terpaksa bagi tanggungjawab papa pada orang lain. Jadi, sebelum Ash merayu, biar papa yang merayu. I'm begging you, tolong dengar cakap Adam. Kalau Ash tak boleh dengar cakap papa, tolong dengar cakap Adam. Assalamualaikum."

Kalau orang lain mungkin dah mengalirkan air mata mendengar rintihan ayahnya. Tapi, tidak bagi Ash. Dia berasa berang dengan keputusan papanya. Telefon Adam dipulangkan dengan kasar.

Tyara College ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang