Bab 41

7K 350 0
                                    

"Selamat hari lahir, bonda," ucap Tengku Azmi lalu mencium pipi bondanya. Kotak cincin dihulurkan.

"Terima kasih. Masya Allah, lawanya. Buatannya sangat halus. Mesti mahal ini," kata Tunku Hasnah terharu. Tengku Azmi tersenyum.

Sangat mahal, bonda.

💞💞💞💞💞

Tengku Azmi melangkah masuk ke dalam biliknya. Isterinya yang sedang membaca dikerling. Jam tangan dibuka sebelum diletakkan di atas meja solek.

"Awak pergi mana masa saya di Jepun?" Tanya Tengku Azmi dingin. Selepas dua hari, baru dia berani mahu bertanya.

"Bukan masalah awak," balas Ungku Fazihah.

"Awak isteri saya. Maruah saya. Jangan pijak maruah saya," marah Tengku Azmi apabila isterinya langsung tidak mempedulikannya.

"Apa masalah awak? Apa yang saya buat?" Tanya Ungku Fazihah dengan riak rimas.

"Masalahnya itu adalah awak. Pergi Krabi dengan lelaki lain. Kalau orang perasan, tak ke malu saya?" Tengku Azmi mula meninggikan suaranya.

"Sejak bila saya isytiharkan yang kita ni perlu jaga tepi kain sesama sendiri? Sedar diri sikit lah. Kau tu bukan siapa-siapa lah dalam hidup aku," balas Ungku Fazihah. Dia bangun mahu keluar dari bilik itu.

"Sekurangnya, tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak kita," kata Tengku Azmi membuatkan Ungku Fazihah berhenti melangkah.

"Pembetulan, Tengku Azmi. Anak awak bukan anak saya. Saya tak pernah anggap mereka anak," balas Ungku Fazihah seraya pusing menghadap Tengku Azmi.

"Masya Allah, Fazihah. Awak yang mengandungkan dia orang!" Tengking Tengku Azmi.

"Selagi ianya dari benih awak, mereka bukan anak saya," kata Ungku Fazihah sebelum berlalu.

Tengku Azmi terduduk di birai katil. Dia dayus. Dia lemah. Dia tidak mampu nak didik isterinya. Salah diakah jika isterinya begini? Sumpah, hati sudah penat. 19 tahun mendirikan rumah tangga yang tak ada hala tuju. 19 tahun berkeluh setiap hari. 19 tahun menahan perasaan. 19 tahun terseksa.

Telefon di atas meja lampu dicapai. Nombor telefon bimbit Ahmad didail.

"Assalamualaikum, Ahmad. Sudah dapatkan mereka tempat tinggal?" Tanya Tengku Azmi kepasa Ahmad.

"Waailakumsalam, Tengku. Sudah, Tengku. Kami telah berpindah ke Iwate. Sebuah rumah agam milik moyang Hanae yang telah diwasiatkan kepada Hanae berada di sini. Geran tanah telah kami dapatkan melalui pejabat guaman. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Isao akan mula bersekolah bermula minggu hadapan. Semuanya baik-baik sahaja," balas Ahmad gembira. Tengku Azmi tersenyum.

"Kalau saya ada masa, saya ke sana," beritahu Tengku Azmi.

"Baik, Tengku."

🎍🎍🎍🎍🎍

"Ayahanda, bonda tak balik lagi hari ini?" Tanya Tengku Ammar, anak sulung Tengku Azmi.

"Ammar tahu kan bonda bagaimana? Pedulikan dia," balas Tengku Azmi malas. Tengku Ammar mengeluh.

"Dah 4 hari bonda tak balik. Adra sibuk tanya pasal bonda," kata Tengku Ammar membuatkan Tengku Azmi merengus marah.

"Boleh tak kau adik beradik tak menyusahkan aku? Apa lagi tak cukup?" Tengku Azmi meninggikan suaranya. Lantang mengisi bilik bacaannya.

"Kenapa dengan ayahanda ni? Kalau bonda sudah perangai macam tu, tak akan ayahanda juga nak begini. Ayahanda harapan kami adik beradik. Harta bukan segalanya. Kami cuma nak kan perhatian. Kalau susah sangat, kenapa wujudkan kami? Kenapa perlu ada kami kalau ayahanda dan bonda tidak saling mencintai. Kenapa perlu wujudkan kami? Salah kami ke?" Tengku Ammar keluar selepas melepaskan segalanya.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now