Bab 7

8.1K 392 1
                                    

"Ya Allah budak ni! Aku terajang juga," marah Cik Mas apabila kacang itu berterabur akibat Ash melepaskannya. Baru sahaja Cik Mas ingin menyerang Ash, Mak Min dari sebelah rumah sudah memanggilnya dari pintu belakang.

"Tak pe lah. Adam tengokkan Ash," kata Adam lalu berlalu ke bilik Ash. Pintu bilik Ash diketuk

"Boleh aku masuk?" Tanya Adam.

"Hmm," jawapan dari Ash membuatkan Adam perlahan-lahan memulas tombol pintu bilik itu.

Kelihatan Ash sedang menangis sambil bersandar di dinding di atas katil. Adam mendekati Ash. Adam mengambil tempat di sebelah Ash. Ash tidak menghiraukan Adam. Dia masih lagi menangis teresak-esak.

"Kau kenapa?" Tanya Adam selembutnya. Ash angkat muka. Merah mukanya akibat menagis.

"Aku benci dia. Dia siapa nak kutuk arwah mama," luah Ash lalu air matanya lebih lebat berjujuran. Adam terkedu. Arwah mama? Patutlah Dato Ashraf kata dia kurang kasih sayang.

"Dia tak tau tu," kata Adam lalu menggosok lengan Ash untuk memujuk.

"Kalau....kalau mama boleh hidup lama. Kalau mama... mama dapat tengok aku besar. Kalau...mama tak...tinggalkan aku. Mama akan... ajar aku. Mama ajar aku macam-macam," kata Ash dengan esakannya yang masih sama.

"I just pretend that I've a normal life. Tapi, bila...bila balik rumah. Tak ada yang sambut kecuali Mak Jah. Papa? Its okay, I understand how busy he is. I tried to make friends with Tyara's students. But, just what they give me? They stabbed my back. life are too shit!" Ash meluahkan perasaannya lagi. Tangisannya sudah berhenti. Hanya esakan yang berbaki.

Teringat The Vogue. Bukannya dia tak tahu yang mereka mengumpat pasalnya kecuali Wendy. Kawan hidup mati.

"Aku harap sangat aku dapat kawan yang ikhlas kawan dengan aku dan aku harap sangat mama hidup balik. Kalau aku boleh pergi balik pada 12 tahun yang lalu...aku akan," kata Ash lalu mengeluh. Adam hanya menggosok belakang Ash.

"Kau rehat dulu. Emosi kau tak stabil," kata Adam. Ash mengangguk dan Adam mengorak langkah keluar dari bilik Ash.  Dia mengeluh.

Adam kembali ke dapur. Kacang yang sudah bertaburan disapu. Dia menggoreng kacang baru dan menumbuknya. Cik Mas yang baru sahaja masuk rumah terus memandang Adam yang sudah siap menyiapkan kerja Ash.

"Kenapa dengan Ash?" Tanya Cik Mas pada Adam. Adam senyum hambar.

"Mak dia dah meninggal. Tak tahu sebab apa. Dia marah cik sebab kutuk mak dia. Teruk juga dia menangis. Dia sibuk mempertikaikan kenapa mama dia mati, tak tengok dia besar dan tinggalkan dia. Dia ada juga sebut kalau dia boleh balik ke 12 tahun dahulu. Tapi tak habis. Dia macam tak nak luahkan," kata Adam dengan suara yang sayu. Cik Mas bertukar riak.

"Cik nak minta maaflah dengan dia," kata Cik Mas sebelum berlalu pergi ke bilik Ash.

Pintu bilik Ash dibuka perlahan. Kelihatan Ash sedang menangis. Tudungnya masih belum buka. Cik Mas menghampiri Ash. Tudung Ash dibuka. Air mata Ash diseka perlahan. Ash tidak langsung memandangnya.

"Maafkan cik. Cik tak tahu," ucap Cik Mas. Ash hanya mengangguk.

"Tak apalah. Ash bukan tak biasa. Cuma Ash rindukan mama. Cik bagi masa Ash sendiri boleh?" kata Ash yang sedang meleraikan ikatan sanggulnya. Cik Mas angguk dan beredar.

"Ash rehatlah untuk hari ni. Nanti makan, cik panggil," kata Cik Mas sebelum keluar dari bilik itu. Ash merebahkan dirinya di atas katil.

~///~

Ash keluar dari bilik tanpa memakai tudung disebabkan hanya tinggal dia di rumah. Cik Mas dan Adam sudah keluar pergi ke rumah sapa entah. Nak hantar kuih untuk majlis malam berinai malam ini.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now