"Kalau kau tak nak cerita tak apa. Aku tak paksa. Kau jangan lah menangis macam ni,"pujuk Adam bersungguh.
"Aku teremosi pula. Tak apa. Aku nak cerita," kata Ash putus. Apa salahnya berkongsi cerita dengan musuh sendiri pon.
"Serius?" Tanya Adam. Ash angguk lemah.
"Masa tu aku lima tahun. Petang Jumaat hujan lebat. Ada seekor kucing ni dia menggigil kesejukan dekat pembahagi jalan. Aku bodoh. Aku paksa mama berhenti ambil kucing tu. Aku tak fikir keselamatan mama. Aku bodoh. Aku yang buat mama dan adik aku mati," cerita Ash sambil menahan sebak.
"Adik?" Tanya Adam sepatah.
"Yup. My mom. She was pregnant that time. Masa doctor ask nak pilih mama or my bro, papa decided to save my bro. Tapi, dia tahan seminggu je," jawab Ash dengan air mata yang berjujuran.
"Is it hard for you?" Tanya Adam. Ash angguk.
"And it's hurt too," kata Ash perlahan.
"You know, DIA tak akan berikan ujian pada hambaNYA tanpa mengetahui kekuatan hambaNYA. Allah dah sebut dalam al-Quran," kata Adam dengan senyuman kecil.
"Dia? ALLAH? Entahlah," kata Ash lalu melarikan anak matanya ke arah lain. Adam geleng kecil.
"Jangan macam tu, Ash. ALLAH berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 153. 'Wahai orang-orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH berserta dengan orang yang bersabar'. Kau tak boleh terima semua ni lagi. Jiwa kau tu tak tenang lagi. Dengan solat dan bersabar, nescaya Allah menenangkan lagi hati kau," kata Adam. Risau jika Ash terpesong ke arah lain.
"Kau tak rasa apa yang aku rasa. Mak kau hidup lagi. Aku sedih. Aku dah penat bersabar," kata Ash dengan suaranya sedikit tinggi sebelum bangun untuk berlalu masuk ke dalam bilik. Kakinya berhenti apabila Adam berkata.
"Ash, la tahzan innallah ma'ana wa innallah ma'assobirin," kata Adam lembut seakan memujuk. Ash tidak berpaling.
"Aku tak faham," kata Ash pendek tetapi masih lagi tidak berlalu.
"Jangan bersedih sesungguhnya ALLAH bersama kamu dan sesungguhnya ALLAH bersama orang yang bersabar. Terimalah pilihan ALLAH dengan gembira sebab kau tak tahu hikmahnya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik daripada kemudahan. Patience is a pillar of faith. Bacalah Al-quran. Sesungguhnya kitab yang diturunkan kepada Rasulullah selama 23 tahun itu penuh dengan penawar penyakit. Salah satunya penawar jiwa. Dalami surah Al-Baqarah ayat 156. Insya Allah. Allah permudahkan semuanya," kata Adam. Selesai Ash mendengar, dia kembali mengatur langkah ke dalam bilik. Adam mengeluh perlahan.
"Sorry, aku terdengar semuanya tadi," kata Affin yang baru keluar dari bilik Cik Mas.
"Tak apa," kata Adam dengan senyuman kecil. Affin mengambil tempat di sebelahnya.
"Kau hafiz?" Tanya Affin ingin tahu.
"Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan mengahafal aku," jawab Adam rendah diri. Apa-apa pun, utamakan ALLAH dulu. ALLAH yang memberikan kekuatan untuk menghafal. Jangan terlalu mendabik dada dengan kelebihan dari ALLAH.
"Aku jahil. Aku banyak buat dosa," kata Affin sayu.
"Every human being makes mistakes, bang. Apa yang perlu lakukan ialah berdoa dan berusaha supaya ALLAH ampunkan dosa kau," kata Adam membuatkan Affin tertunduk.
"Tapi, kesilapan yang aku buat aku tahu salah. Aku abaikan," jujur Affin. Adam senyum hambar.
"Jadi, kau bukan jahil. Kau bodoh," kata Adam selamba. Affin angkat muka.
"Bodoh?" Tanya Affin inginkan keterangan tentang perkataan bodoh yang dimaksudkan Adam.
"Bodoh sebab tak takutkan azab ALLAH," balas Adam lalu tersenyum. Affin terkedu.
YOU ARE READING
Tyara College ✔
Teen FictionTyara Series: Book 1 'JANGAN BENCI SANGAT, NANTI SUKA!' Sumpahankah ayat turun temurun ini kepada Tengku Putera Adam Farhan iaitu president kolej dan Ashreena Lavender gadis nakal di kolej? Mereka bergaduh, Mereka memahami, Mereka jatuh cinta. Tetap...